Part 1

513 25 0
                                    

"LEPASKAN Milah." Permintaan seorang isteri diungkap dengan nada cukup tenang. Tiada kesedihan. Tiada kekecewaan. Atau lebih tepat lagi seolah tidak punya perasaan.

Perkahwinan yang berusia setahun jagung ingin diakhiri begitu sahaja. Never!

"Abang takkan lepaskan Milah!" deram sang suami membantah keras. 

"Untuk apa encik terus simpan Milah? Untuk dijadikan perhiasan?" soal sang isteri senada.

"Paras Milah cuma biasa-biasa aje. Tak indah untuk dipandang. Encik punya pilihan yang lebih baik. Tak perlu buang masa dengan Milah," tambah sang isteri menyatakan hakikat di hadapan mata.

Bertaut kening sang suami mendengar sang isteri memperkecilkan diri. Hanya dia yang tahu keindahan yang dimiliki seorang isteri. Cukup indah di mata. Cukup memuaskan selera seorang suami.

"Encik bawa haluan hidup encik. Milah akan bawa haluan hidup Milah."

Makin rapat tautan kening sang suami bila sang isteri jelas ingin mewujudkan jarak di antara mereka. Ingin melangkah pergi dari hidupnya.

Panggilan abang sudah tidak sudi disebut oleh bibir merah itu. Lebih suka menggunakan panggilan yang kedengaran cukup formal di telinga. Sengaja ingin meletakkan jurang di antara mereka. 

"Milah isteri abang. Status Milah takkan berubah. Sampai bila-bila pun takkan berubah!" tegas sang suami memasakkan kenyataan itu di benak sang isteri. Jangan sesekali menanam niat untuk meninggalkannya.

Sang isteri tertawa bisu. Setelah apa yang berlaku lelaki tinggi lampai itu masih ingin berbicara tentang statusnya sebagai isteri.
Isteri, huh?

Untuk apa terus menjadi isteri bila dipinggirkan suami sendiri? Lebih baik hidup tanpa suami dari memendam rasa yang menyakitkan hati.

Dia hanya ingin hidup tenang. Bukan sentiasa dibadai gelora perasaan. Dia lebih suka dilabel sebagai gadis yang berhati batu mahupun kayu. Itu lebih baik dari membiarkan sekeping hati dihiris pilu. Lalu bicara sang suami dianggap bagai angin lalu.

Beg baju ditarik meninggalkan sang suami tanpa sepatah kata lagi. Tiada apa yang perlu diungkap bila jawapan sudah terbentang di hadapan mata.
Dia tidak penting di mata lelaki itu. Mengundur diri lebih baik dari terus menyeksa diri.

Cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Dia tidak sudi menjadi patung bisu di sisi seorang suami. Dia mahu kembali menjalani hidup seperti biasa. Membina hidup baru.

"Siti Jamilah!"

Panggilan sang suami tidak dihiraukan. Dia terus melangkah pergi. Menoktahkan segalanya.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now