Part 3

218 14 0
                                    

"AYAH dah lama tunggu kamu pulang," tingkah Tuan Azlan senada merenung tajam si anak bongsu yang baru kini sudi pulang ke pangkuan keluarga. Satu-satunya anak lelaki yang akan mewarisi syarikat yang dibinanya dengan hasil titik peluh sendiri.

Dia bukan berasal dari golongan berada. Apa yang dimiliki hari ini semuanya datang dari usaha keras ketika usianya masih terlalu mentah.

    Dia tidak membuang masa seperti teman-temannya yang lain. Setiap keputusan yang dibuat dirangka dengan tepat. Malah isteri yang dipilih juga menjadi sayap kanan yang boleh diharapkan.

    "Dah tiba masa untuk kamu pikul tanggungjawab kamu, Mateen," tegas Tuan Azlan.

    Apa yang berlaku bertahun yang lalu buat si anak bongsu membawa diri ke luar negara. Ingin melupakan kisah yang menyakitkan. Jauh dari pangkuan keluarga yang turut menjadi penyebabnya.

Pun begitu sampai bila si anak ingin melayan rajuk di hati?

Usianya sudah melebihi 50an. Dia juga ingin menikmati usia emas tanpa perlu memikirkan soal syarikat lagi. Biarlah anak muda pula mengambil tanggungjawab itu.

"Okay."

Hanya itu balasan yang terbit di bibir si anak. Bersetuju. Tidak membantah.

Pulangnya kali ini sememangnya untuk menggantikan tempat Tuan Azlan. Permintaan si umi yang mengadu tentang kesihatan Tuan Azlan yang tidak lagi seperti dulu buatnya memutuskan untuk kembali.

Lagi pula dia sudah terlalu lama berada jauh dari keluarga. Tetap perlu pulang ke pangkuan ibu bapa yang melahirkan dan membesarkannya.

    Dia bukan anak yang tidak tahu mengenang budi. Tetap punya rasa kasih terhadap insan yang sanggup berkorban apa sahaja untuk dirinya.

    "Ikut cakap ayah kamu, Mateen. Bagi suami umi rehat lepas ni," sela Puan Aien tersenyum senang mendengar jawapan si anak.

"Hmmm." Anggukan kecil menjadi balasan untuk permintaan si ibu.

    "Minggu depan kamu masuk uruskan syarikat," arah Tuan Azlan.

    Si anak mungkin berada jauh dari keluarga. Tidak bermakna si anak hanya tahu membuang masa.

    Buah yang jatuh bergolek pasti tidak akan jauh dari pohonnya. Si anak juga sepertinya. Tidak membuang masa berjoli di sana sini. Sebaliknya membina syarikat dengan rakan kongsi di luar negara.

Walaupun syarikat yang dibina tidak sekukuh syarikat yang sudah bertapak bertahun-tahun lamanya, tetap mampu membuat seorang bapa rasa bangga dengan pencapaian si anak.

Disebabkan itu, dia tidak sedikit pun risau untuk menyerahkan syarikat hasil penat lelahnya ke tangan si anak. Dia tahu Mateen tidak akan mengecewakannya.

"Okay."
Puan Aien mendengus halus. Pendek benar jawapan yang diberikan si anak. Macam ada ketul emas di dalam mulut tu. Berat benar mahu membuka mulut.

"Mateen naik dulu," tingkah Mateen terus mengangkat kaki. Memanjat naik ke bilik untuk berehat. Tubuh masih terasa lesu dek perjalanan di awan biru yang memakan masa berjam-jam lamanya.

Pasangan veteran yang ditinggalkan si anak hanya mampu mengeluh berat. Tidak cuba menghalang. Biarlah si anak mendapat rehat yang cukup sebelum mereka berbicara dengan lebih lanjut.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now