Part 6

166 21 1
                                    

"NAMA?" Suara garau dingin si majikan menampar gegendang telinga si gadis yang tertanya-tanya kenapa tiba-tiba dia dipanggil menghadap.

Si majikan yang baru masuk ke pejabat hari ini tidak memanggil sesiapapun masuk menghadap. Hanya dia yang digamit untuk berhadapan dengan lelaki tinggi lampai itu seorang diri.

"Jamilah," tutur Jamilah senada.

"Nama penuh?" soal si majikan lagi.

"Kenapa nak tahu?"
Terletus juga soalan di bibir si gadis. Tidak faham kenapa si majikan ingin tahu tentang namanya. Takkanlah nak mengurat pula.

"Saya tak boleh tahu, huh?"

"Boleh," balas Jamilah lurus.
Si majikan menjongket kening. Menanti jawapan dari si gadis. Wajah si gadis dipandang lama. Seolah cuba mencari cela di situ. Atau ingin melihat kesempurnaan yang tiada.

Sesusuk tubuh berbaju kurung itu juga menjadi tatapan mata. Genit orangnya. Berwajah selenga. Lucu mencuit hati.

"Siti Jamilah Binti Jamlun."

"Siti Jamilah Binti Jamlun."
Sebaris nama itu meniti di bibir si majikan. Lembut kedengaran. Bagai cuba memasak di dalam ingatan.
Si majikan terangguk kecil. Entah apa yang bermain di fikiran ketika ini.

"Buatkan saya kopi."
Arahan pertama terbit di bibir si majikan. Buat mata si kerani terkelip-kelip bagai tidak percaya. Takut tersalah dengar.

"Encik nak saya buatkan kopi?" soal Jamilah inginkan kepastian.

Seingatnya jawatan yang disandang cuma kerani cabuk. Bukan tea lady atau barrista.

Walaupun dia selalu menyediakan kopi atau teh untuk Tuan Azlan selama ini, itu datang dari kerelaan hati untuk melayan lelaki veteran yang melayannya dengan cukup baik.

Perlukah dilayan anak Tuan Azlan sama seperti lelaki veteran itu?

Soalan itu berlegar di benak lurus Jamilah. Cuba menilai baik dan buruk arahan si majikan.
Walaupun lurus, Jamilah bukan gadis yang suka dibuli. Lalu penolakan menjadi pilihan.

"Saya cuma kerani kat syarikat ni, encik. Saya tak pegang jawatan tea lady," tutur Jamilah serius.
Si majikan menjongket kening mendengar jawapan itu. Tidak menyangka akan menerima penolakan untuk arahan pertama yang diberikan pada gadis yang kelihatan lurus. Interesting!

Pun begitu bukan penolakan yang ingin didengari si majikan. Arahan yang dikeluarkan perlu dituruti oleh pekerja bawahan.

"Awak tak nak ikut arahan saya, hurm?"
Nada diktator mula digunakan. Nada yang mampu mendominasi dan mamanipulasi seorang pekerja. Serius dan tegas. Buat si kerani terpaksa mengangguk akur kali ini.

Bila si majikan mula menggunakan kuasa, Jamilah tidak lagi dapat membidas. Lebih baik menurut sahaja dari berhadapan dengan kemungkinan hilang kerja, bukan?

Bukan mudah untuk mencari kerja di syarikat yang selesa dalam keadaan ekonomi sekarang. Ramai yang dibuang kerja dari diberi peluang pekerjaan.

"Saya buatkan kopi encik sekarang," tingkah Jamilah laju menghilang dari pandangan si majikan.
Senyuman sinis tersugil di bibir si majikan sebaik kelibat si gadis lurus menghilang dari pandangan. Cute!

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now