Part 18

199 18 4
                                    

MALAM ini banyak perkara baru yang dilalui si gadis kampung. Tidak cukup dengan dapat menaiki kereta mewah, si gadis kampung turut dibawa ke restoran mewah yang hampir mustahil untuk dijejakkan kaki seumur hidup ini.

    Steak di pinggan dipotong penuh hati-hati. Biarpun terasa kekok, si gadis tidak mahu steak yang kelihatan begitu lazat menyelerakan terbang melayang keluar dari pinggan di atas meja.

    Potongan steak dibawa ke bibir. Mata terpejam sesaat menikmati keenakan masakan yang beratus sepinggan harganya. Delicious!

    Si gadis terus menikmati hidangan di hadapan mata. Langsung tidak memberi perhatian pada si majikan kacak di hadapan mata.

    Untuk apa memberi perhatian pada si majikan yang bukan kepunyaannya? Lebih baik menikmati hidangan lazat yang dapat mengenyangkan perut.

    Si gadis mungkin tidak peduli. Si majikan pula sebaliknya. Mata tertancap pada gadis yang menjadi perhatian mata-mata memandang dek tingkah laku kekampungan yang tidak cuba disembunyikan.

    Pun begitu tiada rasa malu di hati si majikan membawa Jamilah keluar menemaninya makan malam bersama. Yang wujud cuma rasa lucu yang menceriakan malamnya.

    "Kenapa encik pandang saya macam tu?" soal Jamilah kala tersedar dirinya menjadi perhatian sepasang mata hitam yang bersinar penuh makna sukar untuk ditafsir.

    "Pandang awak macam mana?"
    Soalan dibalas dengan soalan.

    "Macam... nak makan?"
    Mateen tersenyum penuh makna.

    Macam nak makan, huh?

    Mata melorot pada sesusuk tubuh yang tersarung kurung hitam ketika ini. Menutup segala lekuk di tubuh. Membuat seorang lelaki terasa ingin mengintai keindahan yang cuba disembunyikan.

    Keinginan nakal yang timbul buat senyuman di bibir berubah sinis. Tidak menyangka diri mampu berfikir ke arah itu terhadap pekerja sendiri.

    "Macam mana awak tahu?"
    Soalan terus melata di bibir tanpa jawapan yang kedengaran. Kedengaran cukup nakal di telinga.

    Terkebil-kebil mata Jamilah bila si majikan tidak cuba menidakkan tuduhan. Sebaliknya melempar soalan yang membuat bibirnya kelu untuk terus berbicara. Lalu perhatian kembali terarah pada steak yang masih bersisa. Berpura-pura tidak memahami maksud renungan lelaki tinggi lampai itu.

    Lebih baik menghabiskan makanan secepatnya untuk pulang ke rumah. Tidak mahu Mak Eton memekak andai dia pulang terlalu lewat.

   Mateen tidak mendesak jawapan dari Jamilah. Turut melicinkan pinggan sebelum membawa Jamilah pulang ke pangkuan keluarga.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now