Part 12

211 26 2
                                    

"COMEL kerani kau," komen Afdal tersenyum penuh makna. Mata leka memerhatikan gadis genit berbaju kurung biru melenggang keluar meninggalkan bilik si majikan sebaik meletakkan dulang air di atas meja.

Comel?

Mengecil sepasang mata hitam si majikan bila mendengar pujian itu. Entah kenapa ada api yang mula menyala ketika ini. Tidak suka mendengar pujian itu dari mulut lelaki lain hatta teman baik sendiri sekalipun.

"Pekerja syarikat aku... off limit untuk kau," tutur Mateen tanpa emosi.

Terjongket kening Afdal bila diberikan amaran oleh si teman. Senyuman di bibir berubah sinis.

"Kalau hati dah suka... kau tak boleh nak halang," tingkah Afdal sengaja menduga.

"Dia budak baik. Tak sama dengan perempuan yang selalu jadi mangsa kau." Sinis nada yang bergema. Menyindir si teman agar sedar diri. Jangan cuba menyentuh gadis yang polos.

Tidak semua gadis boleh dipermainkan di tangan si teman. Sekurang-kurangnya bukan gadis yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Sebagai majikan dia perlu menjaga kebajikan pekerja. Tidak akan membenarkan emosi pekerja diganggu anasir luar yang boleh merosakkan kehidupan.

Gelaran buaya yang dipegang si teman sudah cukup untuk meletakkan si teman dalam zon berbahaya. Tidak dibenarkan mendekati pekerjanya.

"Mana kau tahu aku cuma nak jadikan dia mangsa? Mungkin aku betul-betul serius nak kenal dia. Siapa tahu dia sesuai dijadikan isteri aku," balas Afdal dengan nada cukup bersahaja. Seolah berbicara tentang cuaca.

"Dia tak sesuai jadi isteri kau."
Bukan dia tidak tahu citarasa teman baik sendiri. Hanya gadis seksi menjadi pilihan. Tidak pernah pula si teman tertarik dengan gadis berbaju kurung seperti Jamilah.

"Sejak bila kau prihatin sangat tentang gadis lain? Dah lupa..."

"Shut up!"
Mateen menderam bahaya. Memberi amaran agar tidak mengungkit kisah lama.

"Wooo... relaks, bro," ucap Afdal separuh bersenda. Tidak gentar dengan amarah si teman. Tidak juga ingin terus memprovok.

Dicapai muk kopi di dalam dulang lalu dibawa ke bibir. Disisip perlahan.

"Sedap."
Bersinar sepasang mata hazel kala menyisip kopi bancuhan pekerja si teman. Tidak hairanlah si teman begitu protective. Tidak mahu dia cuba merampas si pekerja yang pandai menyediakan air.

"Patutlah orang tua-tua cakap nak tambat hati suami mesti tahu jaga perutnya. Kalau air pun sedap macam ni... Masakan dia mesti tak kurang hebatnya."

"Sedap atau tak... dia bukan pekerja kau."

"Aku tahu dia pekerja kau. Apa salahnya aku menumpang tuah teman baik sendiri," balas Afdal tanpa silu.

"Get lost."
Lebih baik menghalau si teman yang bermuka tembok. Pekerja miliknya bukan untuk dikongsi dengan lelaki lain.

Rasa kesal pula mengarahkan Jamilah menyediakan air untuk tetamu tidak tahu malu. Jika dia tahu begini reaksi si teman, setitik air pun tidak sudi diberikan.

"Tak baik kedekut dengan kawan baik sendiri, bro," tingkah Afdal separuh bersenda.

"Get lost."
Mateen terus menghalau si teman pergi. Tidak berminat untuk terus mendengar gurauan yang tidak terasa lucu di pendengarannya.

"Kau betul-betul halau aku? Jangan cakap kau dah jatuh hati dengan kerani kau sendiri," serkap Afdal menduga hati si teman.

Jatuh hati? Mungkinkah?
Mateen tertawa sinis. Entah kenapa terasa lucu dengan telahan si teman.

Dia tidak tahu sama ada dia telah jatuh hati terhadap pekerja sendiri. Yang dia tahu dia suka mengusik gadis itu sedari saat pertama mereka bertemu. Gadis yang menghiburkan hati.

"Aku tak salah teka, huh?"
Bila tidak mendapat jawapan, Afdal menganggap telahannya itu tepat mengena sasaran. Tidak sangka si teman yang baru pulang dari luar negara begitu mudah ditawan oleh gadis lain.

Sudah lupakah tentang kisah lama?
Memikirkan kemungkinan itu buatnya ingin mengenali si kerani yang mampu mengusik kedinginan hati si teman. Ingin melihat keistimewaan yang dimiliki.

Kalau dilihat dari sekadar paras tidak cukup untuk dibandingkan dengan gadis yang pernah wujud dalam hidup si teman. Lalu mustahil untuk si teman memandang pada wajah yang hanya boleh dianggap comel di mata.

Tentunya karakter yang memainkan peranan. Jika tidak si teman tidak akan punya reaksi seperti ini. Interesting!

    "Get lost."
    Sekali lagi Mateen membuka mulut. Mata mula memberi fokus pada skrin komputer riba di atas meja. Tidak lagi menganggap si teman sebagai tetamu.

    "Fine. I will go first... and meet your girl along the way," tingkah Afdal senada.

    Dia bingkas bangun meninggalkan si sahabat yang enggan melayan tetamu. Lebih baik digunakan masa yang ada untuk 'mengenali' gadis yang mungkin akan menjadi suri sahabatnya itu di kemudian hari.

    "Don't you dare."
    Belum sempat Afdal melangkah pergi, si teman sudah menderam memberi amaran. Terletus tawa sinis di bibir.

    "Jangan risau. Aku takkan culik kerani kau," balas Afdal bersahaja. Tidak berniat untuk memprovok si teman yang pasti akan menimbulkan kekecohan.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now