Part 8

181 21 1
                                    

"DAH jumpa dengan si Milah?" soal Tuan Azlan membuka mulut di meja makan.

    "Dah." Sepatah balasan si anak. Berat benar mulut untuk berbicara.

    Tuan Azlan menjongket kening. Mengharap si anak mengulas dengan lebih lanjut. Malang sekali si anak sengaja menghampakan harapannya.

    "Ayah suka budak Milah tu. Baik orangnya. Pandai bancuh air. Tak berkira kerja," puji Tuan Azlan tersenyum lebar mengenangkan si pekerja yang seorang itu.

    Walaupun dia punya setiausaha, dia lebih suka menyerahkan tugas untuk menyediakan air pada Jamilah. Sedap.

    Tersugil senyum sinis di bibir mendengar pujian Tuan Azlan terhadap gadis lurus itu. Berbeza benar dari apa yang dialaminya.

    Tak berkira kerja, huh? Siapa yang begitu berani menolak arahannya pagi tadi?

    Mujur sahaja dia bertegas dalam memberikan arahan. Jika tidak dia akan kerugian tidak menggunakan kelebihan pekerja bawahan sendiri dengan sebaik mungkin.

Kopi yang disediakan gadis itu kena benar dengan tekaknya. Lalu tugas yang satu itu akan diserahkan sepenuhnya ke tangan Jamilah.

"Ayah kamu memang suka sangat dengan budak tu. Umi pun tak tahu apa yang dia berkenan sangat," sela Puan Aien. Bibir tercebik tidak puas hati.

Sesekali dia ada juga menjenguk syarikat suaminya. Pernah bertemu gadis lurus itu. Tiada apa yang istimewa di mata. Tidak punya paras yang cantik. Tidak berpelajaran tinggi. Terlalu biasa.

"Siapa tak suka budak yang tahu ambil hati orang tua?" tingkah Tuan Azlan tersenyum simpul.
Persepsi lelaki dan wanita tentunya berbeza. Tidak sama. Tidak hairanlah kalau isterinya tidak mampu memberikan penilaian yang sama.

Lagi pula dia tahu isterinya itu tidak sukakan gadis kampung seperti Jamilah. Lebih suka bergaul dengan gadis bandar. Yang setaraf dengan keluarga mereka.

"Ayah kamu ni kalau boleh nak bawak balik budak tu jadi menantu baru dia puas hati."
Puan Aien mendengus kasar. Nyata tidak akan bersetuju dengan keinginan sang suami.
Dia langsung tidak faham apa lebihnya gadis itu di hadapan si suami. Pelik benar.

Tuan Azlan tersenyum tawar. Kalau dia punya anak lelaki lain mungkin akan dipadankan dengan gadis lurus itu.

Dikerling pada si anak yang lebih senang menjadi pendengar setia sedari tadi. Dia tahu dengan si anak yang baru sudi pulang dari luar negara soal jodoh tidak boleh disebut. Bimbang si anak akan menghilang sekali lagi. Entah bila pula sudi pulang jika itu berlaku.

Terjongket kening Mateen mendengar kataa-kata Puan Aien. Tidak menyangka Tuan Azlan menyimpan hajat seperti itu.

"Apa salahnya kalau saya nak buat Milah jadi menantu kita? Elok budaknya."

"Elok apanya? Rupa tak ada. Pelajaran pun tak ada. Keluarga pun tak setaraf dengan kita," bidas Puan Aien menyenaraikan kekurangan gadis itu.

Hilang terus selera bila mendengar pujian si suami. Bimbang si suami benar-benar menjadikan gadis kampung lurus itu sebagai menantu.

Bagaimana dia mahu berdepan dengan teman-temannya nanti andai punya menantu kampung seperti Jamilah? No way!

Rupa pun tak ada, huh?
Tersugil senyum sinis di bibir si anak. Jelas tidak bersetuju.

"She's cute."
Pujian itu terletus di bibir sebelum bingkas bangun meninggalkan meja makan. Pinggan yang sudah licin buat si anak punya alasan untuk meninggalkan ibu bapa yang masih ingin bertekak.

Melopong mulut Puan Aien tidak percaya apa yang didengarinya. Tuan Azlan pula tersenyum lebar. Suka bila si anak punya pandangan yang sama. Lalu langkah si anak tidak cuba dihalang.

"Awak dengar tu. Anak awak pun tahu nilai budak Milah tu," tingkah Tuan Azlan mendabik dada bila punya penyokong.

"Mengarut!" bentak Puan Aien tetap tidak bersetuju. Macam sudah tak ada gadis lain yang lebih menarik untuk dipuji.

Puan Aien bingkas bangun. Malas mahu melayan si suami yang cuba memprovok. Humph!

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now