Part 13

170 23 4
                                    

"SIAPA yang datang? Kawan bos ke?" soal Kak Bainun. Tidak melepaskan peluang untuk bergosip.

"Entah."

Jamilah mengangkat bahu. Manalah dia tahu. Bukan kawan dia yang datang. Dia cuma masuk ke bilik si majikan untuk menghantar air. Bukan menyiasat siapa gerangan yang datang.   

"Handsome orangnya," komen Kak Bainun bersungguh.

Bukan selalu dapat melihat lelaki kacak di syarikat mereka bekerja. Kebanyakannya biasa-biasa sahaja. Habis kuat pun sesedap rasa. Tak berpeluang untuk mencuci mata. Mujurlah majikan baru mereka cukup kacak membuai jiwa.

"Erm, handsome."
Jamilah mengangguk setuju. Kawan si majikan memang kacak orangnya. Tidak kurang hebat dari si majikan sendiri.

Si gadis polos lurus tentu sahaja jujur dalam membuat penilaian. Tidak cuba menidakkan hakikat di hadapan mata.

"Siapa la yang bertuah dapat laki handsome macam bos dan kawan bos tu?"

"Tak tahu," balas Jamilah dengan wajah sepuluh sen.

Mendengar jawapan itu buat tangan Kak Bainun ringan naik mengetuk geram kepala si adik yang suka benar memberikan jawapan menduga jiwa.
Dia cuma melontarkan persoalan. Tidak mengharapkan jawapan pun.

"Memanglah kau tak tahu. Bukan kau yang diorang nak pilih. Ish, budak ni!"

Jamilah tersengih menayang gigi. Mengusap kepala yang menjadi mangsa si kakak.

Derap langkah yang menghampiri buat kedua-duanya berpaling serentak. Dua pasang mata hitam tertancap pada wajah kacak yang menjadi sebutan di bibir.

Derap langkah lelaki tinggi lampai yang menjadi tetamu si majikan berhenti betul-betul di hadapan kedua-duanya. Buat masing-masing terkebil-kebil memandang si tetamu penuh tanda tanya.

"Afdal. Kawan baik bos baru you."
Tangan kekar dihulur untuk berjabat dengan jemari runcing si kerani comel. Malang sekali tidak bersambut.

    "Lelaki dengan perempuan tak elok bersentuhan. Haram," tutur Jamilah selamba.

    Hampir tersedak Afdal mendengar alasan yang diberikan si gadis. Tangan yang dihulurkan dijatuhkan ke sisi. Senyum dikulum di bibir.

    "Siapa nama?"

    "Kenapa nak tahu?"
    Sekali lagi Afdal hampir tersedak dengan reaksi si kerani yang tidak mengikut skema jawapan.

    "Tak boleh ke saya nak tahu?"

    "Saya bukan kawan encik. Kawan encik kat dalam sana. Jadi encik tak perlu tahu nama saya," balas Jamilah tanpa rasa bersalah.

    Kak Bainun di sisi menyiku si adik yang tidak tahu berbudi bahasa. Apa salahnya berkenalan dengan kawan baik bos sendiri.

    "Orang tanya jawab ajelah," desis Kak Bainun geram.

    "Jamilah."
Di hadapan Kak Bainun, Jamilah terpaksa akur. Sentiasa kalah di tangan si kakak. Bimbang jika dia enggan telinga atau kepalanya akan menjadi mangsa si kakak.

    "Jamilah?"
    Dipandang seraut wajah yang kelihatan polos di mata. Kemudian melorot pada baju kurung yang dipadankan dengan tudung bawal hitam. Kelihatan seperti gadis kampung. Nama pun jelas kekampungan. Tidak bermakna langsung tidak menarik di mata. 

    "Nice meeting you," ucap Afdal tersenyum penuh makna. 

    "Bos awak terlalu posesif. Be careful," tokok Afdal penuh maksud tersirat sebelum berlalu pergi.

    Bertaut dahi Jamilah. Keliru dengan bicara si teman majikan. Kak Bainun di sisi juga mengerutkan dahi. Masing-masing hanya mampu memandang lelaki tinggi lampai itu menghilang dari pandangan dengan tanda soal di kepala.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now