Part 15

157 14 2
                                    

DIKERLING Kak Bainun yang kelihatan sibuk menaip data di hadapan komputer. Ingin mengganggu. Namun risau disembur si kakak yang bermulut lepas.

Bibir yang ingin berkata sesuatu terbuka sebelum tertutup semula. Berkali-kali begitu.

"Psst..."
Walau tahu si kakak tidak boleh diganggu, Jamilah tetap tidak dapat menahan diri dari mengganggu.
Si kakak yang tengah sibuk malas melayan akal si Jamilah. Menulikan telinga. Jemari runcing laju menaip keyboard komputer.

"Psstt... Kak Bainun."
Jamilah tidak berputus asa. Tetap cuba menarik perhatian si kakak.

"Apa?!"
Kak Bainun menjegilkan mata ke arah si adik yang cuba melarikan fokusnya.

"Kalau bos kita suka kat Milah macam mana?"

"Perasan!" selar Kak Bainun mendengus kasar.
Api membara di dada bila diganggu hanya untuk soalan yang dirasakan tidak masuk akal. Ingin sahaja dipiat telinga si adik geram.

"Milah rasa bos kita suka Milah la," betah Jamilah tanpa ragu. Kalau tidak kenapa memanggilnya begitu mesra?

"Bos muda kita tu belum buta lagi," tingkah Kak Bainun tidak bersetuju.

Dia bukan mahu menghina si adik. Dia cuma mahu si adik berpijak di atas bumi yang nyata. Jangan cuba bermimpi di siang hari.

Si adik tidak punya sedikitpun kelebihan untuk bersama dengan bos baru mereka. Kalau dipadankan dengan lelaki biasa-biasa itu logiklah. Yang penting bukan lelaki seperti bos baru mereka.

"Tapi Milah rasa dia memang buta," tekan Jamilah serius. 

"Kau tu yang buta Milah."
Si Jamilah dipaku semula. Pandai-pandai sahaja membuat andaian sendiri.

"Bukan Milah. Bos tu yang buta."
Jamilah masih enggan mengalah. Percaya dengan telahan yang dibuat.

Dia tidak menganggap diri istimewa. Dia cuma menganggap mata si majikan punya masalah yang memerlukan perhatian. Jika tidak bagaimana mungkin boleh memanggilnya sayang.  

"Ish, budak ni. Perasan!" dengus Kak Bainun langsung tidak percaya.

Kak Bainun tidak kuasa terus melayan si adik bila kerjanya memerlukan sepenuh perhatian. Lagi pula bicara si adik boleh mendatangkan amarah. Lebih baik menulikan sahaja telinga dari mendengar si adik berbicara yang bukan-bukan.

Jamilah melepaskan keluhan di bibir. Bibir diketap menayang wajah 'terluka' bila si kakak enggan percaya.

"Buat kerja tu," arah Kak Bainun. Tangan memanjang mahu memiat telinga si adik.
Jamilah pantas mengelak. Dia tidak lagi cuba mengganggu si kakak. Kembali fokus pada kerja yang masih bertimbun.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now