Part 16

223 23 3
                                    

"CERIA semacam kamu hari ini. Siapa yang buat kamu ceria macam ni?"

Soalan dilempar pada si anak yang tersenyum sendiri. Seolah ada perkara baik yang berlaku di syarikat. Atau lebih tepat lagi mungkin sudah hadir gadis baru yang mampu mencairkan sekeping hati yang telah lama membeku. Menimbulkan tanda tanya di kepala seorang ayah.

    Jarang mahu melihat senyuman di bibir si anak setelah apa yang berlaku. Kebelakangan ini seraut wajah si anak tidak lagi kelihatan dingin dan tegang seperti selalu.

    Mateen tidak membalas. Hanya imej gadis yang kejung kala diusik dengan panggilan sayang bermain di layar ingatan. Buat senyuman di bibir melebar tanpa dapat dikawal.

    Entah kenapa imej si gadis kejung terasa begitu menarik di mata. Buatnya ingin terus mengusik si gadis yang tidak pernah gagal menghiburkan hati sejak hampir sebulan mengambil alih tempat Tuan Azlan.

    "Siapa?" Puan Aien menyoal teruja. Hati terasa berbunga-bunga memikirkan kemungkinan si anak mungkin telah melupakan apa yang berlaku.

    Sungguh hati risau tentang masa depan si anak. Bimbang si anak takkan mampu melupakan gadis yang pernah berada di hati.

    Siapa sangka baru sebulan si anak pulang ke kampung halaman sudah bertemu gadis yang mampu membuat anak mereka tersenyum begini.

    "Kalau betul Mateen suka... bawa aje pulang jumpa umi. Umi tak kisah. Yang penting anak umi suka," tokok Puan Aien bila si anak kekal membisu.

    "Betul umi tak kisah?"
    Mendengar tawaran Puan Aien baru ringan mulut Mateen untuk menyoal. Bukan dia tidak tahu sikap uminya yang cukup memilih latar belakang calon menantu.

    "Umi tak kisah. Yang penting anak umi suka," ulang Puan Aien bersungguh.

    Dia tidak kisah bagaimana sekalipun pilihan si anak. Dia lebih risau kalau Mateen memilih untuk membujang hingga ke hari tua. Dan dia yakin gadis yang berjaya membuka kembali hati anaknya bukan gadis sembarangan. Pasti punya keistimewaan tersendiri. Jika tidak mustahil mampu memikat hati yang telah lama mati.

    "Okey."
Hanya itu balasan yang terbit di bibir si anak. Tidak memberi kata putus. Jauh sekali sebarang harapan.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now