Part 17

236 20 4
                                    

"MOTOR rosak?" Soalan dilempar pada si gadis yang tekun menunduk membelek motorsikal di basement. Fokus benar hingga tidak sedar akan kewujudan majikan sendiri yang sudah lama berdiri di sisi menjadi pemerhati.

Kalaulah yang menjadi pemerhati itu orang yang berniat tidak baik bagaimana?

Bertaut kening si majikan memikirkan kemungkinan itu. Gadis itu nyata tidak tahu menjaga diri.

"Entah," balas Jamilah mengerutkan dahi. Tidak tahu apa masalah yang melanda Wave 100 yang sudah bertahun-tahun menjadi peneman setia untuk bergerak ke mana-mana.

Dia hanya tahu menunggang. Tidak pernah mengambil tahu soal penjagaan yang diperlukan. Soal itu diserahkan sepenuhnya ke tangan Pak Jamlun.

"Entah?" Si majikan menjongket kening mendengar jawapan acuh tak acuh dari si gadis.

Jamilah langsung tidak cuba mengangkat wajah memandang ke arahnya. Masih tekun memerhatikan motorsikal yang masih tidak boleh dihidupkan. Seolah dengan memerhati sahaja dapat menyelesaikan masalah itu.

"Saya hantar awak balik," usul Mateen bermurah hati terhadap pekerja bawahan.

Hari sudah pun kelam. Bimbang si gadis lurus yang tidak tahu menjaga diri tidak selamat tiba di rumah. Sebagai majikan apa salahnya dia menghulurkan bantuan.

Jamilah mengangkat wajah sebaik mendengar usul itu. Mengelipkan mata berkali-kali memandang lelaki tinggi lampai yang entah bila berdiri di sisinya.

Terlalu fokus membuatnya tidak sedar akan dunia sekeliling. Hanya mulut yang ringan membalas tanpa berfikir menggunakan akal. Automatik.

"Encik Mateen," seru Jamilah. Baru tersedar siapa gerangan yang berdiri di sisinya.

Terlorek senyum sinis di bibir si majikan. Rasa mahu diketuk kepala si gadis yang jelas tidak berfungsi dengan baik.

"Saya hantar awak balik," ulang Mateen.

"Encik nak hantar saya balik? Macam mana dengan motor saya?"

"Tinggal dulu kat sini."
Malam-malam begini semua bengkel pasti sudah tutup. Tiada apa yang dapat dilakukan ketika ini. Esok sahaja baru boleh dihantar ke bengkel.

"Kalau saya tinggal motor kat sini... macam mana saya nak datang kerja esok?"

Satu per satu soalan diajukan pada si majikan yang bermurah hati mahu menghantarnya pulang. Digaru kepala yang tidak gatal. Cuba mencari solusi untuk masalah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Wave 100 yang digunakan tidak pernah membuat onar sebelum ini. Ini pertama kali tiba-tiba sahaja tidak boleh dihidupkan. Tidak tahu apa yang tidak kena.

Terasa patah kaki bila motorsikal mula membuat onar. Mungkin sudah tiba masa untuk diganti dengan yang baru.

"Saya ambil awak di rumah esok," putus Mateen tanpa berfikir panjang.

Walaupun jarak di antara rumah mereka mengambil masa 30 minit, dia tidak kisah sesekali berbuat baik dengan pekerja sendiri. Malang sekali si pekerja tidak tahu menghargai. Memandangnya penuh curiga.  

"Kenapa encik nak datang rumah saya? Apa tujuan encik?"

Sekali lagi soalan diajukan buat si majikan. Menimbulkan urat biru di dahi lelaki tinggi lampai itu.

Mateen mengetap rahang geram dengan bibir mungil yang begitu banyak soalnya. Si gadis bukannya tahu berterima kasih. Sebaliknya cuba mempersoalkan niat baik seorang majikan.

Ditarik nafas dalam-dalam. Cuba menyabarkan diri dengan si gadis yang berbeza benar cara berfikir.

"Tinggalkan motor awak. Saya hantar awak balik," tegas Mateen tidak lagi membenarkan si gadis mempersoalkan niatnya.

Pergelangan tangan si gadis diraih lalu ditarik membuntuti langkahnya menuju ke Lexus putih yang setia menanti.

Terkebil-kebil mata Jamilah melihat tangan lebar yang menggenggam pergelangan tangannya. Belum sempat dia bersuara, genggaman sudah dileraikan oleh lelaki tinggi lampai itu.

"Masuk," arah Mateen.
Bagai robot si gadis memboloskan diri ke dalam kereta mewah milik si majikan. Akur.
Mata meliar memandang ruang dalaman kereta yang serba mewah. Seumur hidup ini baru pertama kali dia menaiki kereta semewah ini.

Ya, bagi Jamilah kereta si majikan sudah cukup mewah jika mahu dibandingkan dengan saga buruk yang dimiliki oleh Pak Jamlun.

Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan masakan mampu merasa walau setitik kemewahan. Cukup makan dan pakai sahaja sudah membuatnya memanjatkan rasa syukur pada Sang Pencipta.

Si majikan mengerling si gadis yang diam membisu. Hanya sepasang mata hitam itu meliar mengagumi kereta yang dinaiki.

Tingkah si gadis benar-benar kekampungan. Tidak sesuai untuk dibawa bertemu dengan kenalan Puan Aien. Pasti akan dipandang sinis.

Mateen hampir tergeleng sendiri bila diri mula memikirkan yang bukan-bukan. Apa kaitan si gadis kampung dengan kenalan Puan Aien? Bukannya dia akan membawa gadis itu pulang bertemu umi.

"Kita nak ke mana?"
Jamilah membuka mulut bila si majikan tidak terus memandu pulang menuju ke rumahnya. Dahi bertaut erat seraya berpaling memandang ke wajah kacak yang kelihatan tenang dalam pemanduan.

Takkanlah mahu menculiknya pula? Dia tidak punya barang berharga untuk diserahkan pada lelaki tinggi lampai itu.

"Kenapa? Takut saya culik awak, huh?"
Tidak sukar untuk membaca apa yang bermain di fikiran Jamilah. Riak wajah penuh curiga yang terpampang jelas menceritakan segalanya.

"Temankan saya dinner," tutur Mateen tenang.

Makan free?

Bersinar sepasang mata hitam Jamilah sebaik mendengar usul itu. Mak kata tak baik tolak rezeki. Sebagai anak yang baik, dia tidak pernah menolak rezeki. Kecil tapak tangan, nyiru dia sudi tadahkan.

"Okey." Laju sahaja bibir memberi jawapan. Tidak lagi cuba mempersoalkan niat si majikan. Buat si majikan tertawa sinis.

SAYANGKU, JAMILAHWhere stories live. Discover now