Aiman terbangun dari tidurnya kerana cahaya matahari mula menerangi bilik. Aiman menggosok matanya kemudian merengangkan badannya lalu melabuhkan punggung di atas katil. Aiman dalam keadaan mamai cuba mencari jam yang tergantung di dinding.
"Dah pukul berapa eh?" Aiman memandang jam dinding di sebelah kiri. Ternyata sudah 9 pagi. Aiman bangun terus ke bilik air. Sakit dipukul tidak dihiraukan. Aiman qada solat Subuh lalu bersiap dan keluar dari bilik. Aiman berjalan dengan cepat terus menyarung kasut dan terus ke tempat kerjanya...
Maksu yang selalunya bangun 11 pagi terus ke dapur untuk breakfast. Tetapi, tiada satu pun masakan terhidang di atas meja makan
"Kau tak masak ya. Kau tunggu nasib kau lepas ni"kata maksu dengan perasaan marah.
"Aiman tolong cover dekat cashier"arah manager. Aiman terus ke cashier seperti yang diarah oleh managernya...
"Berapa ya dik?"
"Semua rm 289" kemudian pelanggan tersebut menyerah duit kepada Aiman. Aiman masukkan pakaian ke dalam beg dan memberi kepada customer berserta resit.
"Terima kasih datang lagi"ucap Aiman kemudian melepaskan keluhan berat..
Shift Aiman sudah tamat...Aiman gerak ke loker lalu mengeluarkan beg sandang.. Sebelum itu, Aiman singgah kedai tomyam yang berdekatan untuk membeli makan.
"Adik nak oder apa?"
"Saya nak nasi goreng ikan masin dengan limau ais"oder Aiman
Disingkatkan cerita,selepas membuat pembayaran Aiman pun meneruskan perjalanan..
"Assalamualaikum"kata Aiman sebaik sahaja masuk tapi tiada sahutan lalu menutup pintu. Belum sempat Aiman berpusing,secara tiba-tiba rambutnya telah ditarik oleh maksu secara kasar
"Maksu tolong lepaskan rambut Iman... sakit maksu"rayu Aiman yang menahan kesakitan..
"Tau pun sakit. Kau ingat hati aku tak sakit. Kau boleh keluar rumah macam tu ja pagi tadi dengan tak masak. Tau tak aku kebulur pagi tadi." Tengking maksu.. matanya terlihat plastik makanan di tangan Aiman. Dengan kemarahan masih membuak-buak terus maksu merampas plastik makanan...
"Maksu... tu makanan Iman. Iman tak makan lagi maksu"
"Kau nak makan sangat kan. Nah makan" terus Melissa buka pintu dan melempar makanan Aiman. Aiman hanya kaku melihat nasi gorengnya bertaburan manakala air sudah pecah.
"Kau nak makan kan?. Pi lah makan. Kau ingat sikit kau ni menyusahkan aku. Susah buat cara susah"kata maksu sambil menunjal kepala Aiman dan berlalu pergi.. Aiman berjalan lalu mengutip nasi yang sudah bertaburan dengan tangannya..
Skip
Selesai solat Isyak, Aiman duduk di atas katil sambil memegang gambar arwah maknya. Perutnya sudah beberapa kali berbunyi tanda minta untuk diisi dengan makanan
"Lapar lah pulak.."Aiman memegang perutnya. Makanan yang dibeli petang tadi sudah tidak boleh dimakan...
"Minum air je lah.."Aiman terus bangun lalu keluar dari bilik terus ke dapur. Aiman mengambil air dan tuang ke dalam gelas...
"Harap dapat bertahan sampai esok lah". Aiman bergerak balik ke biliknya kemudian baring atas katil untuk tidur tapi tidak berhasil. Perutnya berbunyi tanda minta untuk diisi dengan makanan...
"Hoii. Kau gi masak. Aku lapar" terjah maksu. Aiman yang terkejut dengan kehadiran maksu terus bangun.
"Ishhh. Tak reti ketuk pintu dulu ka atau bagi salam. Ini tak terus terjah"kutuk Aiman dalam hati.
"Hoi bangang. Kau dengar tak apa aku cakap?"
"Ye Iman dengar." Aiman bangun dan terus ke dapur. Aiman mengeluarkan bahan dari peti sejuk , kemudian periuk dan terus masak.... 15 minit bertarung di dapur, akhirnya siap jugak makanan.
"Ini ja yang kau masak?"soal maksu yang baru tiba di meja makan lalu duduk di kerusi.. Aiman melihat maksunya sedang menyedok lauk ke dalam pinggan sebelum membalas pertanyaan sebentar tadi
"Ya. Sebab bahan masak tak banyak" jawab Aiman. Maksu mencedok lauk kemudian letak di pinggan dan terus makan..
"Asal kau masak tak sedap. Tawar nak mampus"marah Melissa. Maksunya meluah semula makanan ke dalam pinggan yang masih terisi dengan makanan.
"Memang tawar sebab garam dah habis. Maksu tak beli." Balas Aiman terus terang. Garam tak da memang tawar lah jawabnya
PANG!!
Satu tamparan di pipi Aiman sehingga bibirnya pecah sedikit dan darah mengalir keluar...
"Ada aku suruh kau jawab. Buang masa ja aku suruh kau masak. Dah lah tak sedap" bebel maksu lalu bangun dan terus keluar rumah. Aiman hanya diam sahaja dan menahan pedih
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirnya
General FictionAiman-Seorang remaja yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan menetap bersama maksunya di Kuala Lumpur sejak kehilangan orang tuanya pada usia 17 tahun. Dirinya berfikir yang tinggal bersama maksunya akan dijaga dengan baik namun salah, dia...