Aiman yang selesai kerja hanya termenung jauh. Rasa rindu akan kampung terus menebal dalam dirinya. Pusara orang tuanya sudah lama tidak diziarahinya. Aiman yang tidak perasan kehadiran Tengku Aqil terus berdiri berdampingan.
"Kenapa Aiman termenung jauh. Aiman ada masalah ka? If ada masalah cuba cerita mana tahu saya boleh bantu"kata Tengku Aqil. Dia melihat Tengku Aqil di sebelahnya sebelum mengalih semula pandang ke hadapan. Dia rindu akan suasana kampung namun dia takut hendak memberitahu kepada tuannya.
"Saya rindu kampung halaman saya. Kubur mak bapa pun dah lama tak ziarah. Saya nak balik kampung saya."Aiman cuba menahan air mata agar tidak mengalir... Tengku Aqil berasa kasihan dengan Aiman. Dia harus berasa untung kerana masih ada ibu bapa walaupun sudah bercerai.
"Aiman sebelum ni tak pernah balik kampung dengan masku atau dengan kawan?"soal Tengku Aqil. Aiman geleng kepala sebagai tanda tidak pernah.
"Kenapa orang layan kau sebegini. Kau orang baik tapi orang lain ambil kesempatan atas kebaikan kau."getus hatinya kemudian menarik tubuh Aiman ke tubuhnya. Aiman agak hairan dengan layanan Tengku Aqil sejak beberapa minggu ini namun dia berfikir sebagai tuan perlu mengambil tahu masalah pekerjanya termasuk dirinya sendiri
"Lepasni kita balik kampung Aiman ya. Sebelum tu, ini bag untuk Aiman. Lepas Asar, Aiman packing baju ya termasuk dengan suits yang saya bagi" Aiman rasa pelik. Nak ke mana sampai bawa beg besar.
"Kita nak ke mana tuan?"tanya Aiman yang ingin kepastian
"Secret. Jangan lupa ya apa yang saya pesan tadi. Bawa passport ya." Terus Tengku Aqil meninggalkan Aiman. Dia pening dengan tuannya. Nak ke mana sampai bawa beg luggage besar nak mampus.
"Passport ada kan? Semua ada dalam beg? Tak da barang yang tertinggal?"
"Semua dah ada tuan. Tak da barang yang tertinggal"
"Sepanjang ketiadaan kami berdua, tolong jaga rumah elok-elok ya. Pastikan semua cctv terpasang setiap masa"pesan Tengku Aqil kepada mereka berempat.
"Baik tuan."jawab mereka berempat.
"Kami gerak dulu ya" mereka berdua masuk ke dalam kereta dan terus ke airport. Sepanjang perjalanan ke airport , Aiman hanya diam manakala Tengku Aqil menyanyi dengan riangnya.
"Tuan nak bawa Aiman ke mana?. Selalu dia yang akan gi sorang-sorang. Kalini bawa Aiman sekali. Pelik betul"kata Daniel. Shafiq dan Hakim hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu kecuali Mikael sahaja.
"Tuan bawa Aiman ke Jepun"kata Mikael dengan datar. Mereka bertiga memandang Mikael.
"What!!!! Jepun" kata mereka serentak.
"Buat apa gi sana?"soal Hakim pulak.
"Tengku nak melamar Aiman sebagai kekasih" terus Mikael beredar tanpa mempedulikan mereka bertiga
"What!!!"sekali lagi mereka terkejut akan kata Mikael
"Dah jom masuk nanti terlepas flight" mereka berdua masuk ke dalam airport dan menunggu ketibaan kapal terbang. Kapal terbang sudah tiba, mereka melepasi pemeriksaan dan terus masuk.
"Kalau Aiman nak tidur, tidur lah sebab 6/7 jam flight kita. Nanti dah sampai saya kejut Aiman"
Skip
"Aiman... bangun kita dah sampai. Nanti sambung tidur dekat hotel" Aiman yang mamai bangun dan berjalan dengan keadaan terhuyung-hayang kerana mengatuk.
Tiba sahaja di hotel yang telah ditempah, Tengku Aqil check in bilik dan menerima kunci dari pekerja,terus menujuk ke bilik. Masuk sahaja dalam bilik , Aiman terus merebahkan badan lalu tidur manakala Tengku Aqil meletak beg bersebelahan almari.
Tengku Aqil pusing dan terlihat Aiman yang sudah tidur nyenyak hanya tersenyum lalu menyelimut Aiman.
"Mesti penat. Tidur lah puas-puas..Good night Aiman." Ucap Tengku Aqil kemudian mencium dahi Aiman dan baringkan badan di katil bersebelahan dengan Aiman.
Tengku Aqil yang masih tidak boleh melelap mata mengalih kedudukan namun masih tidak boleh tidur. Dia cuba untuk tutup mata namun tidak berhasil lalu memandang Aiman yang sudah tidur dengan nyenyak. Setiap inci wajah tenang Aiman diperhati olehnya. Dia tersenyum lebar tanpa disedari olehnya. Dia rasa tenang melihat wajah Aiman. Baginya mungkin Aiman ada keistimewaan tersendiri.
"Aku minta maaf atas semua kesalahan aku pada kau. Aku jahat, aku banyak buat dosa pada kau. Kau insan yang sangat baik, penyabar dan penyayang. Aku tahu aku insan tidak sempurna. Maafkan aku Aiman."getus hatinya. Dia mengaku dia banyak kesalahan, banyak buat silap. Tetapi Aiman langsung tidak lawan apatah lagi ingkar perintahnya.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirnya
General FictionAiman-Seorang remaja yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan menetap bersama maksunya di Kuala Lumpur sejak kehilangan orang tuanya pada usia 17 tahun. Dirinya berfikir yang tinggal bersama maksunya akan dijaga dengan baik namun salah, dia...