#41

308 12 0
                                    

Author Pov

Sudah enam bulan Aiman menjalani kemoterapi. Sepanjang tempoh itu jugak tiada sebarang tanda-tanda berlaku namun Aiman masih teruskan rawatan untuk mencegah sel leukemia.

Tengku Aqil sudah tidak risau namun dia masih memantau kesihatan Aiman dari semasa ke semasa. Dia minta para bodyguard untuk memerhati Aiman setiap masa. Walaupun kesihatan Aiman kelihatan baik namun itu tidak cukup untuk melawan penyakitnya.

End Pov

"Adik nak makan apa abang boleh ambilkan" kata Hakim. Tengku Aqil sudah ke pejabat untuk menghadiri meeting bersama sebuah syarikat. Jadi dia awal-awal siap masak breakfast untuk Aiman.

"Ambil ja apa pun. Adik tak kisah." Hakim bergegas ke dapur mengambil makanan untuk mereka berdua. Tidak lama kemudian dia kembali bersama makanan di tangan.

"Lepasni makan ubat tau. Abang nak adik cepat sembuh macam dulu." Aiman tersenyum manis. Dia harap sangat dia sembuh tapi tuhan lebih berkuasa. Walau bagaimana pun dia harus terima dengan hati terbuka.

"Abang doakan adik cepat sembuh tau"

"Baiklah abang doakan. Jom makan" mereka membaca doa lalu makan dengan nikmat sambil menonton Running Man di kaca tv. Mustaqim baru selesai mandi menyarung pakaian bersih ke tubuhnya. Dia nak melawat Aiman di rumah Tengku Aqil dan dia ingin buat kejutan.

"Kek red velvet dah beli. Mesti dia suka" Mustaqim ambil kek dari peti sejuk lalu menyarung kasut kemudian menyarung helmet. Ejin moto dihidupkan lantas motosikalnya meluncur atas jalan raya. Aiman yang selesai kemas ruang tamu melabuhkan punggung atas sofa. Dia dilarang sama sekali untuk buat kerja namun dia tetap bekeras juga.

"Assalamualaikum."ucapnya di luar rumah. Mikael lantas membuka pintu. Dia buka pintu pagar automatik.

"Waalaikumsalam. Mari masuk dalam Aiman tengah rehat. Moto parking dekat dalam." Mustaqim tolak motosikal ke dalam halaman rumah. Kek dibawanya kemudian masuk ke dalam rumah.

"Assalamualaikum sahabatku. Kenapa muka kau cekung? Kau sakit ka?"Mustaqim kemudian duduk sebelah Aiman. Aiman melihat Mikael supaya nak beritahu atau tidak. Mikael angguk.

"Waalaikumsalam. Sebenarnya aku sakit leukemia dan sekarang aku tengah buat kemoterapi"balas Aiman. Mustaqim agak terkejut dengan penjelasan dari Aiman.

"Kenapa tak beritahu kat aku."

"Aku minta maaf tapi aku tak sanggup"

"Aku ada beli kek red velvet untul kau. Yang penting kau dah buat rawatan. Suami kau dah tahu pekara ni?" Aiman angguk. Mustaqim senyum.

"Asal aku rasa macam tak sedap hati ni?" kata pirasat Tengku Aqil. Tidak sampai 10 minit, phone berbunyi. Tengku Aqil menjawab panggilan

Mikael: hello tuan, Aiman tuan

Tengku Aqil: kenapa dengan Aiman? Apa jadi.

Mikael: Aiman masuk hospital tuan.

Tengku Aqil: ya Allah. Stay dekat hospital sampai saya datang.

Tengku Aqil menamat panggilan,mengambil kunci kereta serta kot dan bergegas ke hospital. Mikael serta lain menunggu diluar bilik dengan harapan tiada apa-apa berlaku.

Flashback

"Aku balik dulu. Nanti ada masa aku datang lawat kau. Jangan lupa makan ubat" pesan Mustaqim. Sudah hampir dua jam berada di rumah Tengku, Mustaqim minta izin ubutk pulang ke rumahnya. Selesai menyarung kasut, dia membetulkan semula pakaiannya

"Hamba menurut perintah. Doakan aku cepat sihat"

"Baiklah"Mustaqim berjalan ke arah motosikalnya. Tidak sempat menghidup enjin moto, doa terdengar seperti orang terjatuh lantas mengangkay wajah. Mustaqim meninggalkan motosikal kemudian angkat tubuh Aiman ke atas ribanya.

"Aiman kau ok ka? Jangan main-main wei. Bangun Aiman. Mikael tolong!!" Jeritnya. Mikael serta yang lain berlari ke ruang tamu dan terlihat Aiman sudah terbaring atas riba Mustaqim.

"Mikael, cepat bawa Aiman ke hospital" Mikael angkat tubuh Aiman masuk ke dalam kereta. Hakim ambil barang peribadi milik Aiman manakala Shafiq serta Daniel menemani Aiman dalam kereta. Tiba di ruang kecemasan, mereka minta bantuan dari nurse dan doktor yang bertugas. Doktor kemudian masuk ke dalam bilik untuk memeriksa.

"Macam mana dengan keadaan Aiman doktor?"

"Sebenarnya keadaan pesakit bertambah teruk. Harapan untuk sembuh hanya 50-50 sahaja. Kemoterapi yang dijalankan tidak memberi kesan pada sel leukemia dalam badan pesakit. Saya akan usaha sebaik mungkin untuk merawat pesakit. Kamu doa banyak-banyak pada tuhan." Ujar doktor kemudian berlalu pergi.

End flashback.

"Aiman macam mana?"terjah Tengku Aqil yang baru tiba di hospital. Mereka berempat berdiri. Mustaqim kemudian menyalam Tengku Aqil.

"Keadaan Aiman semakin teruk.Doktor cakap peratusan nak sembuh hanya 50-50. Kemoterapi pun tak berkesan.Sekarang Aiman tengah tidur dan doktor terpaksa tahan beberapa hari untuk pantau kesihatan Aiman." Tengku Aqil jadi bisu dengan penerangan dari Mikael. Dia terduduk atas kerusi

"Ya allah" itu sahaja yang mampu dikata. Dia masih perlukan Aiman dalam hidupnya. Tengku Aqil tidak sanggup kehilangan Aiman. Baginya Aiman seperti permata mahal yang tidak boleh diganti"

"Terima kasih sebab bawa Aiman ke hospital. Pasal Aiman saya akan jaga malam ini." Mikael serta lain mengangguk setuju.

"Baiklah. Kalau macam tu kami semua balik dulu. Tuan nak apa-apa call ja kami.
Assalamualaikum"Mikael dengan yang lain beransur pulang. Tengku Aqil membuka dan terlihat Aiman sedang terbaring atas katil berjalan ke arahnya dan duduk di kerusi. Tanpa sedar, air mata mengalir membasahi pipinya namun sempat mengesat air mata. Sedih melihat dengan keadaan Aiman sekarang

"Tengku baik dengan Aiman walaupun tak sampai setahun. Untung Aiman dapat dia"

"Tengku Aqil memang baik orangnya tapi sejak masalah keluarga Tengku Aqil berubah jadi panas baran. Aiman yang kembalikan Tengku yang asal"ujar Mikael

"Walaupun luaran nampak jahat , tapi dia sebenarnya penyayang. Walaupun kami kerja sebagai bodyguard dia tapi dari segi layanan dia macam family."tambah Hakim lagi.

Tengku Aqil memegang tangan Aiman dengan harapan Aiman akan sembuh seperti sedia kala. Aiman dengan perlahan-lahan membuka matanya setelah dia rasakan seperti seseorang memegang tapak tangannya yang juga sudah dibasahi dengan air mata, dia menoleh ke arah Tengku Aqil yang masih dengan pakaian kerja sedang tidur . Dia cuba tersenyum seperti selalu walaupun tubuhnya kekurangan tenaga

"Terima kasih hubby. Sayang tak mampu nak balas jasa baik hubby tapi sayang akan doa agar hubby sihat dan dimurahkan rezeki" Aiman kembali pejamkan mata kerana tubuhnya terlalu lemah dan tidak berdaya.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now