#44

666 23 11
                                    

8 tahun kemudian

Tengku Aqil menutup buku yassin lalu menyiram dan menabur bunga di pusara kekasihnya. Hari ini genap 8 tahun Aiman pergi meninggalkan dirinya. Sedikit sebanyak hidupnya juga terkesan. Jenazah Aiman disimpan bersebelahan dengan maksunya.

"Assalamualaikum Tengku" ucap Mustaqim yang baru tiba. Tengku mengangkat wajah kemudian berdiri

"Waalaikumsalam Mustaqim. Baru sampai ka?"

"Ha a baru sampai. Tengku pulak?"

"Dah lama sampai. Nanti jangan lupa datang dekat rumah. Saya buat tahlil lepas Asar." kata Tengku Aqil

"Insya allah kalau tak da apa-apa saya datang."balas Mustaqim. Tengku Aqil senyum dan melihat jam tangannya.

"Kalau macam tu saya balik dulu lah. Tikar ni kamu simpan ja. Assalamualaikum" ucap Tengku Aqil.

"Waalaikumsalam. Untung kau Aiman dapat lelaki baik macam dia. Sayang betul dia dekat kau sampai sekarang"kata Mustaqim dan melihat ke arah Tengku.

Sepanjang perjalanan pulang, Tengku Aqil berasa sunyi sepi tambah pula lagu Gundah by Ernie Zakri dimainkan di corong radio. Setiap lirik lagu tersebut seperti tepat dengan perjalanan hidup dia bersama Aiman dari pertama kali bertemu sehingga orang yang disayangi meninggal dunia. Kerusi penumpang hadapan favourite Aiman di tatap dengan sayu. Selalu dihiasai dengan gelak tawa kini bertukar sunyi.

"Haihh, kalau lah sayang masih ada, mesti sayang akan duduk sebelah hubby, peluk lengan hubby, selalu teman hubby gi kerja tapi kini sudah berubah. Hubby redha dengan pemergian sayang" Tengku Aqil terus pemanduan.

Para tetamu termasuk ustaz sudah memenuhi pelusuk ruang tamu. Majlis dimulakan dengan zikir dan selawat lalu disambung dengan al-fatihah dan surah lain. Habis sahaja majlis, para tetamu yang hadir termasuk ustaz menjamu selera.

"Sekejap ja adik dah 8 tahun"kata Hakim

"Rindu dekat adik. Kalau masih ada sekarang umur adik dah 28 tahun. Tapi allah lebih sayang adik"kata Daniel dengan rasa sebak. Shafiq yang berada dibelakang tenangkan Daniel.

"Kita sepatutnya kena happy dapat adik macam tu. Jangan sedih, nanti adik tengok lagi sedih. Adik akan jumpa kita dekat sana. Mungkin adik tengah gembira sebab jumpa dengan orang tuanya."

Tengku Aqil termenung di luar sambil mendengar lagu serta melihat bulan dan bintang. Rasa rindu akan Aiman kian menebal. Lagu Dawai yang pernah dinyanyi Aiman dimainkan sambil melihat gambar mereka bersama semasa bercuti di Jepun. Kenangan berharga yang paling tidak boleh dilupakan. Dia juga harus menerima takdir dan ketentuan ilahi. 8 tahun kehilangan orang tersayang bagaikan 80 tahun masa yang sedang berjalan.

"Hubby" Tengku Aqil mengalih pandangan. Matanya terbutang luas apabila terlihat bayangan Aiman sedang tersenyum manis dan menghampirinya

"Sayang. Hubby rindu dekat sayang" Tengku Aqil sedaya upaya menahan air mata daripa mengalir namun tidak berjaya.

"Sayang pun rindu dekat hubby."kata Aiman dan menyeka air mata. Rindu terhadapnya jejaka di hadapannya tiada tandingan.

"Hubby minta maaf sayang sebab pukul sayang, dera sayang, liwat sayang. Tapi sayang tak pernah marah atau pukul hubby. Hubby mengaku salah."tutur Tengku Aqil dengan suara sebak.

"Sayang dah maafkan hubby."

"Sayang jangan tinggalkan hubby ya. Hubby nak jaga sayang." Aiman tersenyum sambil memegang wajah Tengku Aqil. Anak mata diperhati lama olehnya.

"Dunia kita berbeza hubby. Tapi jangan risau sebab kemana sahaja hubby pergi, sayang selalu ada di sini."kata Aiman kemudian memegang dada kiri dengan lembut. Tengku Aqil senyum sahaja

"Kenapa sayang tipu hubby?"

"Sayang minta maaf sebab terpaksa menipu dari hubby dan tak nak hubby tersika bila sayang dah tiada. Janji dengan sayang, jaga lah rumah baik-baik, jangan ingkar perintah tuhan dan paling penting solat 5 waktu jangan tinggal"jelas Aiman sambil tersenyum manis.

"Baik sayang. Hubby janji" mereka memadang sesama sendiri sambil senyum manis.

"Tuan dah masuk waktu Isyak. Jom solat berjemaah" kata Mikael di sebalik pintu bilik.

"Saya turun sekarang" Tengku Aqil melihat semula hadapan dan bayangan Aiman sudah tiada. Tengku Aqil mencari bayangan Aiman sekitar bilik tetapi tiada. Tengku Aqil melihat hoodie Aiman yang pernah dipakai berada atas katil dan mencium bau. Masih lekat bau Aiman. Terubat sikit rindunya.

"Kau lah orang yang buka pintu hati aku dan tutup kembali dengan diisi cinta kau dekat aku. Aku janji aku tak akan buka pintu hati aku dekat siapa-siapa pun. Itu janji aku. Terima kasih Aiman untuk segala kenangan kita."ucap Tengku Aqil dengan senyuman manis menatapi bingkai yang diisi dengan gambar mereka bersama taktala mengalir setitis air mata dipipi. Dia letak semula bingkai itu bersebelahan dengan lampu tidur sebelum beredar dari bilik untuk menunaikan solat berjemaah.

Tamat.

Sejahat mana layanan orang terhadap kita, jangan balas dengan kejahatan tetapi balas dengan kebaikan.Yakin dengan ketentuan tuhan.Walaupun kita sebagai hamba banyak dosa sekali pun,jangan lupa pada tuhan kerana tuhan maha pengampun dan maha penyayang.

Memang agak perit untuk menerima semua namun percaya setiap keperitan yang dialami pasti akan ada hadiah di penghujung.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now