#9

560 31 0
                                    

Selesai bersihkan diri dan solat Subuh, Aiman melabuhkan punggung di birai katil. Fikirannya masih bercelaru dengan pekara yang terjadi pada dirinya. Luka serta lebam pada wajahnya mula pudar , namun sakit di bahagian perut masih rasa.

Luka di betis terpaksa dijahit kerana agak dalam .Tanpa sedar, air matanya mengalir dipipi apabila mengenang nasib dirinya. Dipukul, dihina, dimaki hamun dan paling teruk maksunya jual dirinya demi kepentingan duit. Mesti sekarang maku tengah bahagia dengan duit 300 ribu.

Kolar di leher serta rantai di kaki masih tidak ditanggalkan. Aiman berjalan sekitar bilik walaupun terhencot untuk menghilang rasa bosan. Sudah empat hari dia tidak keluar dari bilik kerana Tengku Aqil mengunci pintu dari luar. Dia yang terdengar bunyi dari arah pintu mengalih pandangan lalu terlihat Tengku Aqil datang ke arahnya bersama dulang di tangannya

"Hoii!!. Nah makanan kau."kata Tengku Aqil dengan kasar. Aiman hanya diam sahaja. Kalau balas memang cari nahas. Dia melihat makanan di tepi sebelum melihat semula Tengku Aqil sedang berjalan meninggalkan dirinya.

"Sampai bila nak kurung aku dalam rumah ni?"soal Aiman perlahan. Langkah Tengku Aqil terhenti kemudian pusing ke belakang dan memandang ke arah Aiman...

"Kau kata apa tadi?"soal Tengku Aqil dengan nada datar.

"Sampai bila nak kurung aku dalam rumah ni?"

"Sampai kau mati. Kau sekarang jadi hamba aku. Maksu kau tu mata duitan. Bila dapat duit , terus dia lupa semua benda termasuk kau sekali dia lupa.."terus Tengku Aqil meninggalkan Aiman di dalam bilik. Aiman mengambil makanan lalu menyuap ke dalam mulutnya sambil mengalir air mata.



"Hoii!! Bangun.... Sedap kau tidur ya.... Dasar pemalas."tengking Tengku Aqil. Aiman yang dengar suara Tengku Aqil terus bangun dari tidur. Aiman menggosok matanya kemudian memandang ke arah Tengku Aqil dengan pandangan jijik.

"Asal pandang aku macam tu? Marah apa yang aku cakap?" Aiman hanya diam dan tidak balas. Kalau cakap balik mau kena tamparan seribu...

"Boleh tak tolong buka rantai dekat kaki?. Sakit"kata Aiman perlahan dengan wajah memandang ke lantai. Takut melihat wajah Tengku Aqil

"Boleh sayang. Alololo kesiannya dia sakit" Tengku Aqil menghampiri Aiman kemudian merendahkan tubuhnya di hadapan Aiman. Aiman berfikir yang Tengku Aqil akan tanggalkan rantai tapi ternyata salah, terus Tengku Aqil menarik kaki Aiman dengan kuat sehingga terjatuh dari katil dan menyebabkan kepalanya terhentak di lantai simen

"Arghhhhh!!!!"jerit Aiman yang menahan sakit di kepala.. Tengku Aqil mengengam rambut Aiman dengan kuat lalu memerhati dengan pandangan tajam.

"Kau ingat aku percaya cakap kau. Kalau aku buka rantai dekat kaki kau, mesti kau cuba lari lagi kan?"kata Tengku Aqil kemudian menendang perut Aiman.. Dada Aiman dipijak dengan kuat berkali-kali menyebabkan Aiman sukar untuk bernafas.

"Kau dengar sini baik-baik ya. Kalau kau cuba larikan diri lagi dari aku, aku akan buat hidup kau lagi tersiksa atau mungkin kau tak akan lihat dunia ni lagi... FAHAM!!!!"

"Fa...fa...fa...faham" balas Aiman ketakutan. Tengku Aqil menolak kepala Aiman terkena bucu katil... Aiman terasa seperti ada cecair merah mengalir keluar lalu menyentuh dahinya dan jelas tompokkan darah di tangannya

"Argh sakit. Ya Allah kau tariklah nyawa aku. Aku tak sanggup nak harungi lagi. Aku redha jika ini ujian mu kepada ku." Aiman dengan perlahan-lahan bangun dan berjalan ke bilik air untuk mencuci luka di dahinya.

Di ruang tamu, Tengku Aqil sedang merehatkan diri sambil menonton tv. Tangannya yang memegang remote kemudian menukar channel. Tengku Aqil yang berasa bosan terus menutup tv..

"Movie pun tak best. Nak keluar tak da mood.Bosan betul" Tengku Aqil melepaskan keluhan berat kemudian memejamkan matanya sekejap.. Tangannya menyeluk dan mengeluarkan kunci dari poket seluarnya...

"Mikael!!!" Panggil Tengku Aqil

"Ya tuan"

"Ini kunci rantai. Esok pagi kau buka rantai dekat kaki budak tu dan kolar dekat leher jangan buka sampai aku suruh.Pastikan dia tak melarikan diri dari rumah lagi dan awasi dia. Sebelum aku lupa, bawak dia jumpa aku Faham!" Arah Tengku Aqil.

"Baik tuan"

"Kau sambung tugas kau. Aku nak masuk tidur dulu"Tengku Aqil bangun kemudian berjalan ke bilik dan terus tidur.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now