#6

631 30 0
                                    

Aiman yang sudah kemas bersiap dengan pakaian kerjanya berjalan ke pintu utama. Sebaik sahaja menyarung kasut kerja, dia mengambil beg sandang yang berada di tepi lalu menyilang di tubuhnya dan membetul semula baju supaya kelihatan kemas

"Iman tunggu kejap" panggil maksu. Dia memberhentikan langkahnya lalu mengalih pandang ke arah maksunya yang sedang menghampirinya.

"Ya. Kenapa maksu?"soal Aiman pelik. Apahal orang tua ni cakap elok dengan aku...

"Iman jangan gi mana-mana lepas kerja sebab maksu nak ajar Iman keluar makan malam"kata maksu.. Aiman terkejut dengan perwatakan maksunya yang lemah lembut

"Maksu aku ni buang tabiat ka apa?.. Selalu tak macam ni. Harini cakap elok pulak. Kalau tak macam singa dekat zoo.Biar je lah bukan masalah aku pun"kutuk Aiman dalam hati.

"Nanti Iman balik cepat. Iman gi keja dulu. Assalamualaikum"Aiman terus berjalan ke pintu pagar, mengunci semula dan terus hilang dari pandangan

"Kau dah masuk perangkap aku Iman. Kesian dekat kau, mudah sungguh kau kena tipu dengan aku"kata maksu dengan senyuman sinis..

"Asal maksu aku lain macam eh? Kena sampuk ka dengan jin ka. Baik semacam ka dengan aku. Eh.. asal aku fikir pasal dia."bebel Aiman seorang diri. Tanpa sedar, ada orang di belakangnya lalu

"Hoi"jerkah Mustaqim

"Oii mak bapak kau hijau"latah Aiman. Aiman terdengar orang ketawa lalu pusing ke belakang. Amboi kau Mus sampai hati buat kawan kau macam ni eh.

"Kau ni kan. Nasib aku tak mati dekat sini. Nanti masuk berita orang mati dalam shopping mall."marah Aiman lalu menumbuk bahu kawannya.

"Mak bapa aku bukan warna hijau" Mustaqim cuba menahan ketawa tetapi gagal. Suka lah kau kacau orang..

"Suka lah kau gelak dekat aku."terus Aiman meninggalkan Mustaqim masih ketawa dengan perasaan marah. Dia menyusun baju mengikut saiz di rak jualan yang disediakan manakala Mustaqim cuba memujuk kawannya semula.

"Alolololo majuk pulak. Mai sini abang yang hensem nak pujuk"

"Bla lah kau"

Skip

"Maksu nak bawak Iman gi mana malam-malam ni?"soal Iman tetapi maksu hanya diamkan diri. Sampai sahaja di lokasi, maksu matikan ejin kereta.

"Maksu betul ka tempat ni.?"Aiman sudah ketakutan melihat sekeliling taman yang sunyi dan gelap dengan ketiadaan lampu jalan

"Dah jom keluar"mereka berdua keluar dari kereta dan duduk di kerusi taman.Aiman mula rasa takut dan tidak sedap hati. Sebuah kereta hitam berhenti di hadapan maksunya. Aiman dapat lihat seorang lelaki bersuits hitam menghampiri Melissa bersama 2 orang konco..

"Tu ka orangnya?"tanya lelaki yang tinggi lampai. Aiman yang melihat dari jauh mula rasa pelik dengan lelaki misteri

"Yup. Macam mana helok tak?"

"Boleh tahan helok budak tu. So aku tambah lagi 200 ribu"Lelaki itu memberi isyarat kepada orang suruhan untuk mengambil beg hitam di dalam kereta dan menyerah kepadanya.

"Nak duit kau 300 ribu.So sekarang budak tu dah jadi hak milik aku"

"Kau boleh ambik dia"kata maksu. Lelaki itu mengarah kepada orang suruhan untuk membawa Aiman. Aiman yang rasa takut dengan kehadiran dua lelaki ingin lari tapi tidak sempat kerana tangan Aiman dipegang erat.

"Maksu diaorang nak bawa Iman ke mana?"soal Aiman ketakutan. Maksunya hanya diam kerana matanya sudah rambang melihat duit di tangannya. Dah dapat duit nak ingat apa.

"Dah cepat aku tak da masa"

"Maksu tolong Iman maksu. Maksu suruh diaorang lepas Iman" rayu Aiman. Maksu hanya pekakkan telinganya.

"Bye-bye"terus maksu masuk ke dalam kereta, menghidupkan ejin dan terus meninggalkan lokasi.

Ini semua rancangan maksunya. Maksunya menjual Aiman untuk mendapat duit demi kepentingan diri sendiri sebab duit gaji Aiman tidak mencukupi....

"Dah jalan"arah lelaki itu kepada orang suruhannya. Terus kereta meluncur ke jalan. Aiman meronta dengan harapan dapat lepaskan diri.

"Kau boleh duduk diam-diam tak!!"tengking lelaki itu. Aiman tidak diam tapi melawan balik.....

"Kau nak bawa aku ke mana?"

"Ke istana kita sayang..hahahahaha" Aiman yang dengar terus marah. Dengan tenaga yang ada terus dia menumbuk hidung lelaki itu. Darah mula mengalir keluar..

"Kau memang nak kena"terus lelaki itu mengambil sapu tangan kemudian menekup mulut dan hidung Aiman dengan kuat.Secara tidak langsung, mata Aiman dengan perlahan-lahan tutup dan akhirnya pengesan..

"Diam pun kau. Bising ja memanjang." Tengku Aqil membetulkan semula pakaiannya yang sedikit kusut.Dia melihat Aiman yang sudah pengsan dengan senyuman sinis lalu main rambutnya dengan jari dan mengalih semula pandangan ke hadapan

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now