Aiman bangun awal walaupun hari weekend. Selesai buat breakfast, Aiman mengambil pakaian dalam mesin kemudian menjemur di ampaian dan menyiram pokok bunga di halaman rumah. Tengku Aqil hanya memerhati dari jauh tersenyum.
"Kau dah buat hati aku terpaut pada kau. Tapi aku tak tahu nak cakap macam mana. Biar aku simpan dan sampai masa aku akan luah dekat kau" Aiman yang selesai menyiram kemudian memusingkan badan dan terlihat Tengku Aqil memandang ke arahnya
"Assalamualaikum Tuan" ucap Aiman
"Waalaikumsalam" balas Tengku Aqil sebelum memberi senyuman manis.Aiman berjalan ke arah Tengku.
"Ermmm. Tuan saya nak jumpa kawan saya sebab saya rindu. Dah lama saya tak melawat dia. Kalau tuan tak izinkan saya tak jumpa."
"Kau boleh jumpa dia tapi Daniel mesti teman kau"
"Be...be..betul ka tuan. Terima kasih tuan" Aiman memeluk tubuh Tengku Aqil. Tengku Aqil terkaku dengan perbuatan Aiman. Mana ada orang berani peluk dia selain orang yang dia sayang. Tetapi Aiman orang yang pertama berani peluk
"Daniel"panggil Tengku Aqil. Tidak sampai seminit , Daniel munculkan diri di hadapan
"Kau teman Aiman jumpa kawan dia dan kau awasi dia kemana sahaja. Faham!!!"
"Baik tuan" mereka berdua masuk semula ke dalam rumah. Aiman ke bilik untuk mengganti pakaian. Secara langsung, Tengku Aqil mengukir senyuman di wajahnya..
"Macam mana eh budak tu. Dah lama tak dengar khabar dia. Haritu pun terserempak dengan dia. Masih elok macam dulu.Asal aku fikir pasal dia. Dia bukan bawah jagaan aku lagi..hahaha" ketawa maksu. Duit hasil jual Aiman diguna untuk membeli barangan kemas dan hiasan rumah.
"Kesian kau Iman oiii. Padan muka kau. Kan dah kena jual. Itu lah jangan nak lawan aku, kau tak setanding dengan aku. Kau dengan mak kau sama ja lemah"
"Kawan Aiman kerja dekat mana?"
"Dekat mall xxxxxx" Daniel terus pandu ke mall yang dikatakan oleh Aiman. Tiba di mall, mereka berdua keluar dari kereta dan masuk ke dalam... Sampai di hadapan butik tempat kerjanya, Aiman terus masuk dan diiringi oleh Daniel. Aiman terpandang susuk tubuh yang sangat dikenali lalu berlari dan terus peluk dari belakang
"Aiman kau gi mana. Aku cari kau kot dekat rumah maksu kau. Maksu kau kata kau tak tinggal dah dekat rumah dia. Kau hilang sebulan lebih..Kau gi mana Aiman."
"Maafkan aku Mus sebab tak jumpa kau. Aku stay dengan abang angkat aku. Maafkan aku.."terus Aiman memeluk Mustaqim semula. Daniel yang lihat dari jauh hanya tersenyum. Persahabatan mereka tiada tandingan..
"Cuba cerita apa yang terjadi dekat aku sekarang. Aku nak dengar"
"Janji dengan aku yang kau tak marah"
"Yup. Aku janji. Dah sekarang cerita apa yang jadi sampai macam ni" Aiman mencerita semua yang terjadi pada dirinya. Mustaqim terkejut apa yang disampaikan Aiman. Mahu saja Mustaqim serang maksu tetapi dilarang oleh Aiman. Dia tidak mahu pekara ini dibesarkan
"Maksu kau memang gila. Sanggup jual kau demi duit" Aiman hanya memandang lantai. Perasaan geram Mustaqim sudah muncul
"Aku tak kisah Mus. Mungkin ini takdir aku tapi aku percaya ada hikmah disebaliknya. Kau jangan risau pasal aku ya."kata Aiman seraya air mata mengalir.
"Macam mana aku tak risau. Kau tu kawan aku dari kecil. Parents kau pun kenal aku. Nanti kau bawak aku ya jumpa abang angkat kau ya. Kau nak kerja ka dekat sini?"
"Nanti aku bawa jumpa ya. Pasal kerja tu nanti aku tanya abang angkat aku samada dia bagi ataupun tidak. Aku balik dulu. Bye" terus Aiman meninggalkan Mustaqim. Mustaqim gembira kerana dapat jumpa Aiman setelah sebulan lebih menghilang diri tanpa khabar berita.
"Aiman masak untuk saya udang masak sambal serta daging salai masak lemak cili api. Saya teringin nak makan" kata Tengku Aqil. Aiman tersenyum dengan perubahan sikap tuannya sebelum dia bergegas ke dapur lalu mengambil bahan dan mula masak.
"Ini makanan untuk tuan. Tuan makan ya. Saya ada kerja nak diselesaikan." Aiman meninggalkan Tengku Aqil sebelum dia mengambil kain jemuran yang sudah kering. Aiman yang sudah biasa tahu pakaian yang perlu diasing. Aiman yang selesai melipat menyiram pokok bunga tapi tanpa disedari dia tersiram Mikael.
"Adikkk!!!!" Aiman melepaskan getah paip lalu berlari ke arah Mikael dan matanya membulat melihat setiap tubuh sasa Mikael jelas kelihatan. Serta-merta wajahnya menjadi merah malu.
"Adik, basah suit abang" dia rasa hairan kenapa Aiman masih terkaku di hadapan lalu memandang bawah. Dia pun terkejut. Jelas kelihatan tubuh badannya yang berotot.Mikael petik jari di hadapan wajah Aiman dan dia kembali sedar ke dunia asal.
"Ha!! Pandang apa tu sampai tak kelip mata"usik Mikael manja. Saja nak kenakan Aiman aka adik angkatnya.
"Nothing" Aiman bergegas masuk ke dalam rumah. Mikael menahan ketawa dengan Aiman. Dia kemudian masuk semula ke dalam untuk menyalin suit yang basah. Aiman memegang jantung yang berdegup laju.
"Apa yang aku lihat tadi.?"soalnya pada diri sendiri. Dia masih tidak dapat lupakan kejadian tadi.
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirnya
General FictionAiman-Seorang remaja yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan menetap bersama maksunya di Kuala Lumpur sejak kehilangan orang tuanya pada usia 17 tahun. Dirinya berfikir yang tinggal bersama maksunya akan dijaga dengan baik namun salah, dia...