#42

339 15 0
                                    

Sudah sebulan berlalu, kini kesihatan Aiman bertambah teruk. Aiman kelihatan lebih pucat dan bertambah kurus dari sebelumnya. Nurse mengambil beberapa catatan untuk dimasukkan ke dalam rekod.

"Aiman rasa macam mana?"

"Saya rasa letih sangat dan saya takda selera nak makan. Kalau saya makan mesti akan muntah balik"jelas Aiman. Doktor tersebut faham. Mikael di luar bilik hanya mampu berdoa agar Aiman sembuh kembali

"Mikael. Keadaan Aiman macam mana?" tanya Mustaqim yang baru tiba sahaja. Helmet diletak atas kerusi.

"Doktor masih buat pemeriksaan dekat dalam."Mustaqim duduk kerusi bersebelahan dengan Mikael. Doktor kemudian keluar dari bilik mengatakan kesihatan Aiman turun mendadak. Mustaqim bangun lalu masuk dan terlihat Aiman yang masih baring di atas katil.

"Assalamualaikum sahabat ku. Aku datang ni. Aku bawa buah favourite kau."kata Mustaqim kemudian letak buah di atas meja. Mustaqim tak mampu menahan kesedihan lalu mengalir air mata

"Waalaikumsalam sahabat ku. Terima kasih sebab datang lawat aku. Kenapa kau menangis?"kata Aiman lemah. Mustaqim menyeka air mata sambil mengeleng kepala.

"Mana ada aku menangis. Mata aku masuk habuk"bantah Mustaqim dan melabuhkan punggung di kerusi. Tangan Aiman dipegang dengan lembut dan erat sekali

"Aiman macam mana?"soal Tengku yang baru sampai termasuk yang lain. Mikael mengalih pandangan ke dalam dan menarik nafas yang panjang kemudian hembus

"Doktor kata Aiman makin lemah dan kesihatannya merosot. Sekarang dia dengan Mustaqim dekat dalam." Mikael terus menangis. Mereka yang lain melihat ke dalam bilik. Aiman melihat ke luar terukir senyuman.

"Mus ,tolong panggil yang lain. Aku nak jumpa buat kali terakhir sebelum aku tutup mata."pinta Aiman sambil memandang sayup ke arah kawannya.

"Kau merapu apa ni? Tak elok lah cakap macam tu. Kejap aku panggil"Mustaqim bangun dari kerusi lalu keluar dari bilik.

"Aiman nak jumpa korang semua"kata Mustaqim. Mereka semua masuk ke dalam dan terlihat Aiman senyum kemudian berdiri di sekelilingnya.

"Mus, Hakim, Daniel, Shafiq, Mikael dan Tengku Aqil, saya nak nak ucapkan terima kasih dekat korang semua sebab selalu ada dengan saya di saat saya susah ataupun senang. Terima kasih sebab membuatkan hidup saya lebih bermakna. Saya tak dapat balas semua jasa baik korang semua. Maafkan saya sekiranya saya ada sakitkan hati korang."kata Aiman sambil air mata mengalir dengan deras. Mereka semua memeluk Aiman dengan erat.

"Kau tak da salah dekat aku. Kau lah kawan baik aku dunia akhirat. Aku doakan kau cepat sembuh"kata Mustaqim kemudian mengesat air matanya

"Adik tak pernah buat salah. Abang semua minta maaf kalau ada salah, terkasar bahasa dan lain-lain"kata mereka berempat. Tiba sahaja giliran Tengku, Aiman memeluk tubuhnya dengan erat. Mungkin ini pelukkan terakhirnya sebelum dia menutup mata.

"Tuan, maafkan saya sekiranya saya tidak dapat jadi partner yang terbaik buat tuan dan maafkan saya sebab selalu susahkan tuan selama ni"

"Sayang tak pernah susahkan hubby. Hubby rasa bahagia bila dapat insan yang baik dalam dunia seperti sayang. Maafkan hubby sebab banyak buat salah" ucap Tengku Aqil kemudian memeluk kembali insan yang paling disayangi.

"Dah jangan nangis, tak hensem. Tuan.. Terima kasih ya"ucap Aiman kali terakhir sebelum tangannya dengan perlahan terjatuh di atas pahanya. Tengku Aqil yang berasa pelik cuba mengejut Aiman. Mereka yang lihat turut rasa terkejut kemudian berjalan menghampiri mereka berdua.

"Sayang bangun sayang."kejutnya tapi tidak berhasil. Tengku Aqil memeriksa nadi di pergelangan tangan serta leher. Tengku Aqil terus memanggil doktor untuk memeriksa keadaan Aiman.Doktor kemudian masuk ke dalam untuk membuat pemeriksaan tetapi sayang sekali

"Saya minta maaf, pesakit tidak dapat diselamatkan. Saya harap encik sekeluarga tabah" kata doktor sebelum berlalu pergi. Tengku Aqil terduduk di atas lantai. Mereka yang lain tidak mampu menahan air mata. Pada tarikh 9/10 dan waktu 1:30 pm, Aiman telah pergi buat selamanya pada usia 20 tahun.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now