#43

389 13 0
                                    

Sehari sebelum kejadian

"Mikael... adik nak bagi sesuatu pada Tengku Aqil. Nanti tolong bagi pada dia ya"pinta Aiman kemudian menyerah sampul berwarna coklat kepadanya.

"Kenapa adik tak bagi terus dekat dia sahaja?"soal Mikael pelik. Aiman terseyum seperti sudah tahu sesuatu. Namun dirinya tidak tahu hendak terang padanya.

"Adik taknak Tengku tahu tapi beri dekat dia bila adik sudah tiada di dunia. Janji dengan adik ya abang Mikael" Aiman pegang tangan Mikael dengan lemah-lembut. Mikael pandang wajah pucat Aiman dengan rasa hairan

"Adik nak pergi mana?" Aiman mampu diamkan diri dan hanya mampu senyum.

End Flashback

"Kenapa sayang pergi cepat sangat. Hubby tak puas nak gurau dengan sayang, nak main kejar-kejar dengan sayang. Siapa nak teman hubby tidur nanti, nak peluk hubby, masak sama-sama dengan hubby" Tengku Aqil menangis teresak-esak di hadapan pusara Aiman. Andai masa boleh diputarkan semula , dia akan menjaga Aiman dengan sebaik mungkin namun tuhan lebih sayang Aiman.

"Tuan... jangan sedih lagi. Kalau Aiman tahu mesti dia lagi sedih. Biarkan dia pergi dengan tenang. Kita yang hidup kena teruskan dan doa agar Aiman ditempatkan di dalam syurga"pujuk Daniel sambil menggosok belakang badan tuannya. Mereka turut berada sedih dengan kehilangan Aiman yang dianggap sebagai adik dan keluarga..

"Jom pulang dah lewat petang ni. Nanti kita datang lagi"

"Hubby pergi dulu sayang. Assalamualaikum" mereka berlima bergerak ke kereta dan pulang ke rumah. Tengku Aqil melihat suasana rumah yang dulunya riuh dengan gelak tawa, kini bertukar sunyi sepi dengan ketiadaan Aiman. Tapi dia harus redha dan tabah. Dia harus kuat demi Aiman.

"Tuan saya nak jumpa kejap." Tengku Aqil mengikuti dari belakang. Mikael kemudian menyerah sampul berwarna coklat kepada Tengku Aqil. Mikael menarik dan menghembus nafas sebelum mula bicara

"Ini pemberian dari Aiman sebelum dia meninggal. Saya minta maaf sebab tidak cerita perkara sebenar pada tuan dulu. Aiman minta rahsia dari tuan. Saya salah dan saya patut terima hukuman."

"Mikael tak salah pun. Itu permintaan dari kekasih saya dan juga adik kamu. Saya sebagai boyfriend faham. Dia nak lihat kita gembira disampingnya sehingga menghembus nafas terakhir. Saya tidak terkilan walaupun saya dapat tahu lambat tapi kita sudah buat yang terbaik untuk Aiman. Mungkin sudah tiba masa untuk dia berjumpa sang pencipta." Tengku Aqil menyeka air mata di pipi. Dia masih sedih atas kehilangan kekasihnya buat selamanya.

"Saya minta maaf sekali lagi tuan." Tengku Aqil senyum. Jauh di sudut hatinya dia sudah maafkan kesalahan Mikael.

Masuk sahaja dalam biliknya, dia membuka almari yang teriisi dengan pakaian Aiman yang tersusun elok. Dia mengambil hoodie favourite Aiman lalu menghidu. Bau Aiman masih lekat walaupun sudah dibasuh. Dia kemudian baring atas katil sambil memeluk pakaian Aiman. Air mata membasahi pipi sehingga dia terlelap.

Skip

Assalamualaikum hubby yang dicintai,

Hubby masih ingat pertemuan kita pertama kali? Hubby beli sayang dari maksu dan sayang menjadi hamba hubby. Sayang fikir mungkin takdir sayang sudah tertulis bergitu. Sayang minta maaf terpaksa menipu hubby. Sayang rasa bersyukur sangat-sangat kerana dikelilingi orang yang baik seperti hubby dengan yang lain

Sayang tidak menyesal mengenali hubby walaupun keseng­saraan pada mulanya. Semua kenangan terindah kita bersama, sayang akan ingat sampai bila-bila. Walaupun pertemuan kita sekejap, tapi bagi sayang begitu lama. Sayang nak ucapkan terima kasih sebab jaga sayang hingga hujung nyawa

Sayang juga mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, tolong halalkan makan minum sayang dan segalanya. Sayang akan sentiasa di sisi hubby. Nanti kita jumpa di syurga. Selamat tinggal hubby"

Tengku Aqil menangis sebaik sahaja baca surat dan terdapat kunci rumah parents Aiman di Pulau Pinang. Mikael dan yang lain turut mengalir air mata. Tapi semua sudah tertulis, mereka dengan hati terbuka terima ketentuan ilahi.Hoodie milik Aiman dipeluk dan dicium.

"Menangis lah selagi tuan rasa tidak lega. Memang perit untuk terima semua yang terjadi lagi-lagi pada orang yang kita sayang. Saya janji dengan Aiman yang saya serta lain akan jaga tuan baik-baik"

"Saya banyak buat salah pada Aiman. Saya menyesal Mikael. Saya betul-betul menyesal."kata Tengku Aqil.

"Biarlah pekara yang lepas. Most important is Aiman dah maafkan tuan." Mikael dengan yang lain memeluk Tengku Aqil.

"Terima kasih sayang. Kenangan kita berdua hubby akan ingat sampai bila-bila. Itu janji hubby."kata hatinya.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now