Mereka berdua yang penat bersenam merehatkan diri di kerusi taman. Aiman melihat kanak-kanak berlari dengan penuh keseronokkan. Terimbau kenangan manis bersama orang tua ketika dia masih kecil. Kenangan yang cukup bermakna dan berharga baginya. Namun, dia harus redha dengan ketentuan Ilahi.
"Eh,apa ni main cubit-cubit" Aiman menarik tangan Tengku Aqil lalu melempar jauh. Mereka sedang rehat sambil keringkan peluh. Kini tubuhnya sudah terbentuk dengan elok kerana selalu mengikut boyfriendnya ke gym. Urat yang timbul di pergelangan tangan boyfriend di perhati lama. Untung dapat boyfriend sado...
"Dah jom balik mandi, abang busuk bau peluh" Aiman bangun kemudian berjalan ke kereta. Tengku Aqil di belakang bercekak pinggang.
"Adik cakap abang busuk.!!! Eh sapa yang suka tidur dalam pelukan sampai orang tu kata dia suka bau abang?" Tengku Aqil bangun dan mengejar Aiman sepantas mungkin.Matanya sudah membulat dan terus lari.
"Abang tak yah lah!!"jerit Aiman dan cuba elak dirinya dipeluk Tengku Aqil tapi tidak berhasil. Tengku Aqil mendukung buah hatinya sehingga ke kereta. Wajah Aiman sudah bertukar merah kerana malu.
"Sayang kemas baju cepat. Hubby nak balik kampung" Aiman yang sedang menonton tv berasa pelik. Bila laki aku ada kampung. Tak pernah pun dia cerita.
"Hubby nak balik kampung mana dan sejak bila hubby ada kampung.?"soal Aiman janggal. Tengku Aqil menghampiri sang kekasih.
"Kampung sayang lah. Dah gi siap-siap cepat. Nanti hubby packing baju" tangan Aiman dipegang Tengku Aqil dan dibawa masuk ke dalam bilik air. Aiman yang siap mandi mengambil t-shirt serta seluar slack slim fit warna hitam dan menyarung di tubuhnya.
"Lekas nanti lambat sampai Penang." Tengku Aqil memegang tangan Aiman dan berjalan dengan lajunya. Aiman tidak sempat menyarung kasut hanya ambil dan pakai di dalam kereta
"Ya Allah. Ye sayang tahu kita nak balik kampung tapi sabar lah hubby oiii." Aiman pasrah sahaja. Mereka berempat turut join sekali.Perjalanan dari KL ke Penang memakan masa sekitar satu hingga dua jam. Tanpa sedari, Aiman sudah tertidur sepanjang perjalanan. Untungnya Aiman sudah memberi alamat rumah kepada Tengku Aqil.
"Sayang bangun kita dah sampai." Kejut Tengku Aqil. Aiman membuka mata perlahan-lahan dan meregangkan badan. Aiman seperti hendak menangis melihat rumah yang banyak kenangan berharga. Walaupun sudah ditinggalkan hampir tiga tahun tapi keadaan rumah masih elok. Aiman membuka pintu dan keadaan dalam rumah agak berhabuk. Tengku Aqil dan yang lain meletakkan beg ke dalam.
"Adik minta maaf sebab rumah berhabuk sangat. Korang pilih lah bilik dan letak beg dekat dalam. Rumah ni ada tiga bilik." Aiman dan yang lain masuk ke dalam bilik terus menyalin pakaian.
"Banyak juga yang kena kemas."
"Yup. Sebab dah lama biarkan. Sayang pun tak pernah balik sini sejak tinggal dengan maksu"kata Aiman sambil menyapu lantai. Mereka berempat mencantas semak samun sekitar halaman rumah. Selesai kerja-kerja mengemas, mereka semua rehat di pangkin tambah pula dengan cuaca reduk
"Best betul duduk kampung ni. Tenang ja rasa. Tak rasa serabut pun."kata Mikael sambil melihat sawah padi yang cantik dan terbentang luas.
"Memang best duduk kampung. Adik nak stay dekat sini dan jaga rumah ni. Ini sahaja rumah yang adik ada"
"Sayang jangan sedih ya. Rumah hubby rumah sayang jugak. Kami semua akan jaga Aiman dengan penuh kasih sayang." lantas mereka semua peluk Aiman. Aiman rasa syukur dengan insan seperti mereka. Bagaikan sebuah keluarga. Dia baru teringat yang barang mentah tiada di rumah.
"Ermm, harini kita makan dekat luar ya. Barang masak tak beli lagi..hehehe"
"Don' worry. I pay for your guys. Esok pagi kita pi pasar" mereka semua terus masuk ke dalam semula dan bersihkan diri.
"Oder ja apa korang suka. Saya bayarkan" dapat greenlight dari Tengku, mereka oder makanan yang menarik perhatian. Hampir penuh meja dengan makanan. Tengku Aqil mengetuai bacaan doa dan terus makan.
Diringkaskan cerita....Setelah selesai makan malam, Tengku Aqil menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
"Dah jom balik. Semua sudah kenyang." Mereka semua menuju ke kereta masing-masing. Seperti biasa Aiman bersama dengan kekasihnya. Tiba di rumah, semua merebahkan diri di ruang tamu kerana kekeyangan.
"Abang-abang semua gi lah masuk bilik rehatkan badan. Goodnight"
"Good night adik"mereka semua masuk ke dalam bilik masing-masing. Tengku Aqil yang sudah baring menepuk katil tanda minta Aiman baring di sebelahnya. Tengku Aqil memeluk tubuh Aiman dengan erat lalu menyelimut sebahagian tubuh mereka.
"Goodnight my little sunshine" ucap Tengku Aqil lalu satu kucupan diberi pada dahi, pipi dan akhir sekali bibir merah milik Aiman.
"Goodnight too my hubby" lantas Aiman menyembam wajah pada dada bidang milik Tengku Aqil. Dia sudah ketagih dengan bau tubuh lelaki itu. Kalau tidak buat sedemikian dia tidak boleh tidur dengan nyenyak. Dia yang terdengar dengkuran halus tersenyum sahaja lalu memejam mata dan akhirnya belajar ke alam fantasi
YOU ARE READING
Andai Itu Takdirnya
General FictionAiman-Seorang remaja yang terpaksa meninggalkan kampung halamannya dan menetap bersama maksunya di Kuala Lumpur sejak kehilangan orang tuanya pada usia 17 tahun. Dirinya berfikir yang tinggal bersama maksunya akan dijaga dengan baik namun salah, dia...