#33

315 11 1
                                    

Sudah seminggu berada di kampung, dengan berat hati Aiman terpaksa pulang semula ke Kuala Lumpur kerana Tengku Aqil akan masuk semula office untuk hadir ke meeting penting pada esok hari.

"Jangan sedih. Nanti kita datang lagi."pujuk Tengku Aqil. Aiman hanya diam sahaja dan tidak cuba untuk berfikir. Tengku Aqil yang rasa sunyi mengalih pandangan dan ternyata Aiman sudah tidur

"Penat sayang hubby ni. Tidur lah nanti hubby kejut"Tengku Aqil teruskan pemanduan. Selamat tiba di rumah, Tengku Aqil mengeluarkan beg terlebih dahulu baru mengangkat tubuh Aiman yang sedang tidur dengan nyenyak.

"Korang tolong bawakan beg saya boleh. Saya nak bawa masuk Aiman dalam bilik. Terima kasih" Tengku Aqil masuk ke dalam rumah. Daniel senyum melihat Tengku Aqil aka tuannya

"Harap adik dapat kekalkan tuan yang sekarang."kata Daniel. Sejak kedatangan Aiman dalam hidupnya, Tengku Aqil sudah banyak berubah. Dari seorang kaki pukul dan panas baran, kini kepada seorang yang penyayang dan penyabar.

Tengku Aqil meletak tubuh Aiman di atas tilam dengan perlahan kemudian ke bilik air. Dahi Aiman sudah berpeluh dengan banyak bukan kerana panas tetapi:

"Iman tolong maksu "rayu maksu dalam mimpinya. Kelihatan maksunya sangat takut dan cemas. Dia sedaya upaha menekan brek tapi tidak berkesan.

"Iman akan tolong maksu. Sabar maksu" kata Aiman dalam mimpinya. Kereta yang dipandu maksu tidak boleh berhenti kerana brek dalam keadaan tidak baik. Tengku Aqil yang baru keluar dari bilik memandang Aiman yang mengigau. Kedengaran Aiman sedang bercakap.

"Sayang kenapa ni. Sayang bangun" kejut Tengku Aqil. Aiman masih tidak bangun. Aiman terlihat kereta yang di pandu maksunya merempuh lori pasir di bahagian belakang. Aiman menjerit sekuat hati dan tersedar

"Maksuuu!!!!!" Aiman tersedar dari tidur dan terus memeluk tubuh lelaki itu. Tengku Aqil tersentak melihat ke bawah. Dia
membalas pelukan serta menenangkan Aiman yang masih terkejut.

"Sayang ok tak ni?"tanya Tengku Aqil. Aiman yang sedikit tenang leraikan pelukan. Dia masih memandang ke bawah.

"Sayang mimpi tadi tapi sekarang dah ok" itu sahaja jawapan yang diberi. Tengku Aqil masih tidak yakin akan jawapan yang diberi. Tangannya digengam lembut. Mata bertentang mata.

"That's not the answer to hubby's question. Now tell me what you dreamed about a while ago. Hubby wants to know." kata Tengku Aqil. Aiman pun cerita semua yang dilihat dalam mimpi. Tengku Aqil tekun mendengar setiap penjelasan.

"Sayang gi mandi ya. Tenangkan diri . Mimpi tu hanya mainan tidur sahaja. Jangan risau"kata Tengku Aqil sambil tersenyu manis.Aiman yang kelihatan tenang terus masuk ke bilik air...

"Dah kenyang sayang hubby ni?"

"Dah kenyang pun."Aiman baring di atas paha Tengku sambil melihat rancangan di kaca tv.

"Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya merempuh bahagian belakang lori muatan pasir. Mangsa Melissa Binti Abdul Rahman 40 tahun,maut di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah di kepala,patah tulang rusuk serta patah tangan. Hasil siasatan polis mendapati, mangsa gagal mengawal kenderaan dan tidak sempat menggelak lori di hadapan. Mayat akan dibawa ke hospital untuk di bedah siasat." Aiman yang mendengar terkejut berita yang disampaikan bangun dari riba boyfriendnya

"Mak...maksu dah tiada" Aiman cuba menahan sedih tapi tidak berhasil. Aiman menangis di bahu Tengku Aqil. Sejahat manapun maksunya, tetapi Aiman masih sayangkan dan anggap masku sebagai ibu kedua.

"Sayang kena kuat dengan takdir ya. Mungkin Allah lebih sayang dekat maksu sayang." Ujar Tengku Aqil sambil tenangkan Aiman.

"Sayang tak sangka maksu pergi awal. Semua yang sayang mimpi jadi betul."kata Aiman yang teresak-esak.

"Sayang jangan fikir macam tu. Tak baik tau. Kita kena percaya dekat tuhan dan kita sebagai hampa kena terima. Kita hanya pinjaman sahaja. Mungkin suatu hari nanti allah ambik hubby dari sayang."

"Nanti kita urusakan jenazah maksu ya. Kita tidur dulu sebab dah lewat malam. Esok pagi kita gi hospital." Mereka berdua terus naik dan masuk ke dalam bilik. Aiman yang masih sedih akan berita maksunya terus menangis sehingga terlelap.

Tengku Aqil menarik Aiman ke dalam pelukan dan mencium dahi Aiman. Tengku Aqil juga berasa sedih dengan keadaan Aiman yang kehilangan orang tuanya dan terbaru maksunya. Tengku Aqil meleraikan pelukan lalu melihat Aiman yang sudah tidur lalu baringkan dan menyelimut tubuh Aiman. Tengku Aqil baring tubuh sebelah kekasihnya.

"Hubby akan bersama dengan sayang sampai akhir hayat."ucap Tengku Aqil sebelum memejamkan mata dan akhirnya tidur.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now