SEMUANYA bermula ketika dia masih remaja. Lelaki itu adalah jiran sebelah rumah. Juga sahabat abangnya, merangkap anak angkat kepada Tuan Hakim iaitu abah. Walaupun lelaki itu masih ada ibu dan ayah, tapi Tuan Hakim sudah menganggap dia seperti anaknya sendiri.
Nama lelaki itu His Rayyan, 21 tahun. Seumur dengan abangnya, Haiden Mateen. Tak pernah dengar nama depan orang bermula dengan His. Hmm pelik tapi unik.
Huda tersenyum sambil mata diam memerhati lelaki yang sedang berbual dengan abangnya, Haiden itu.
Kulit cerah, rambut coklat keperangan, bibir pink neutral.. Nampak sangat tak merokok. Bila lelaki tu tersenyum, timbul lesung pipit di kedua belah pipinya. Comel! Gigi pun tersusun elok.
Huda ketika itu hanya mampu mengintai disebalik tingkap biliknya. Entah apa yang Rayyan dan abangnya bualkan sampai mereka terkekek ketawa.
"Huda."
Huda menoleh bila Puan Mariam mengetuk pintu biliknya.
"Ya umi." Pintu bilik dia buka.
"Esok pergi sekolah pukul berapa?"
"Ermm.. Macam biasa la umi. Pukul 6 lebih. Kenapa?"
"Kalau macam tu esok angah hantar ke sekolah. Kebetulan esok dia dan Rayyan nak ke airport. Hantar uncle Henry dan aunty Nara."
"Diorang dah nak balik London ke umi?"
"Haah."
Hati Huda tiba-tiba berdebar. Entah kenapa dia rasa sebak pula bila jiran yang sudah lama mereka kenali akan berpindah ke London semula.
"Abang Ray?" sedar dia tersasul, Huda mengemam bibirnya. Puan Mariam tersenyum.
"Ray tak balik lagi. Maybe minggu depan." Beritahunya sebelum berlalu pergi dari situ. Huda menepuk-nepuk mulutnya. Pintu bilik dia tutup.
Dulu Rayyan dan keluarganya pernah tinggal disebelah rumah mereka selama 2 tahun. Waktu tu umur Huda baru 12 tahun. Rayyan pula 16 tahun. Ayahnya, Henry berpindah ke sini untuk menguruskan anak syarikatnya yang baru.
Haiden dan Rayyan memang rapat kerana mereka sudah lama kenal. Tuan Hakim selalu mengajak Haiden pergi melawat keluarga angkatnya itu di London.
Puan Mariam, Huda dan Haiqal jarang dapat pergi sebab bersekolah.
Setahun saja mereka di sini, kemudian kembali semula ke London. Dan baru-baru ini, Rayyan, ibu dan ayahnya datang semula atas urusan kerja. Henry jadi business partner Tuan Hakim. Agak lama juga mereka di sini.
HUDA menelan liur. Mata sesekali mengerling manusia ciptaan Allah yang paling segak disebelah. Umi kata abangnya Haiden yang akan hantar dia ke sekolah tapi kenapa..
Kenapa yang disebelahnya ini Rayyan?!!
"Abang hantar Huda ke sekolah, tak apa kan?" Rayyan bersuara. Dia sedar yang Huda tidak berapa selesa.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N