AWAL PAGI lagi Hilal dan Lily naik basikal pergi bersiar-siar di sekitar kampung. Sekali pergi mencari sarapan kerana Puan Mariam kata di tempat berdekatan ada gerai menjual sarapan.
Ayahnya mengayuh, dia pula duduk ditempat duduk belakang. Comel je anak beranaik naik basikal. Puan Mariam dan Tuan Hakim pula santai lepak di luar rumah. Menunggu anak sulung mereka pergi beli sarapan.
"Haa kenapa Hanan merengek tu?" omel Puan Mariam bila Haiden menggendong Hanan di luar rumah.
"Baru habis menyusu, umi. Sara pula tengah mandi." jawabnya bila si ibu mengatur langkah ke arahnya.
"Sini dengan nenek." Hanan diambil dari dukungan Haiden. Didukung saja oleh neneknya, terus Hanan ketawa suka. Berkerut wajah si ayah.
"Oh dengan nenek suka eh." Haiden mencekak pinggang.
"Dah, dah. Kamu pergi mandi. Biar umi jaga Hanan. Nanti keluar sarapan."
Haiden tersenyum. "Okay umi." dia berlari anak masuk ke dalam rumah semula. Nak mandi dengan bini! Hahaha
"Alolo.. Awal pagi lagi dah bising eh. Aktif betul cucu atok ni." Tuan Hakim tersenyum lebar bila Hanan menyapa matanya. Comel sungguh cucu-cucunya.
Puan Mariam meletakkan Hanan dipangkuan Tuan Hakim.
"Jaga kejap. Nak pergi bancuh kopi."
Tangan kecil Hanan memegang dagu Tuan Hakim yang berjanggut itu. Si atuk tersenyum saja.
HILAL tersenyum seraya memberhentikan basikal yang dia kayuh di depan satu gerai.
"Assalamualaikum." Hilal memberi salam sambil mengangkat Lily turun dari tempat duduk belakang basikal yang mereka naiki.
"Walaikumsalam.." jawab seorang gadis yang tadi membelakangkan dirinya. Saat gadis itu berpaling, Hilal tergamam. Si gadis pula terkaku.
Sesaat.
Mata tidak lari dari merenung si gadis yang kelihatan ayu bertudung bawal.
"Papa, ada donut!"
Suara Lily memecahkan suasana. Hilal berdehem. Gadis tadi terus tersenyum melayan Lily yang memilih kuih apa yang dia mahu beli.
"Lily nak yang mana?" tanya Hilal. Tangan mengusap belakang tengkuk. Rasa segan. Sesekali dia melirik gadis itu.
"Nak donut! Ada kuih bakar juga. Yang ni apa kakak?" Mesra Lily bertanya. Macam dah lama kenal.
"Yang ni nasi lemak. Ada lauk telur, ayam goreng.." Lembut gadis itu menjawab.
Lily mendongak memandang Hilal. Berkerut kening bila papanya masih merenung kakak penjual kuih itu.
"Papa." Seluar pajama Hilal dia tarik perlahan. Hilal menunduk memandang dia.
"Ya sayang?"
"Nak beli apa? Untuk nenek, atuk, uncle dan aunty?"
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N