𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 30 END (M) 🌼

6.1K 193 57
                                    

KERETA Rayyan parking di tempat biasa. Tapak yang sudah dia book untuk keretanya. Briefcase di tempat duduk belakang, dia capai sebelum melangkah keluar dari kereta.

Kaki dibawa melangkah laju ke bahagian lif. Security yang menjaga di situ menyapanya mesra. Rayyan balas dengan senyuman. Jam di pergelangan tangan dia kerling. Tak sabar mahu sampai ke rumah. Pintu lif terbuka, dia menapak masuk.

Senyuman terukir saat melangkah keluar dari lif. Isterinya sudah menunggu di luar pintu rumah. Huda tersenyum.

"Welcome home my husbaby~." Huda depa tangan.

"Aww I'm your husbaby now huh.." Rayyan memeluk tubuh isterinya.

"Abang will always be my husbaby." Keduanya tertawa kecil sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Di entrance pula, Rayqal menyambut kepulangan papanya di dalam walker.

"Little prince papa.." Rayyan angkat Rayqal keluar dari walker. Pipi si anak dikucup di gomol hingga Rayqal ketawa kuat.

Suka bila papanya buat macam tu.

"Anak papa dah tak perlu dah walker ni. Sekarang dah boleh belajar jalan kan?" Rayyan turunkan Rayqal ke lantai yang berlapis karpet tebal. Dari duduk, Rayqal bangun merangkak. Laju saja anak kecil itu merangka ke playpennya.

Rayyan apa lagi, keluarkan telefon dan rakam gelagat anaknya.

Huda hanya memerhati sambil mengusap perutnya. Rayqal kini setahun 5 bulan. Kandungan Huda pula sudah capai 9 bulan. Due datenya minggu depan. Dan mulai hari ini, Rayyan akan cuti sehingga isterinya bersalin.

"Abang, Huda rasa Huda nak masuk hospital awal sikit la." adu Huda. Rayyan dari duduk bertinggung, bangun mendekati isterinya.

"Sayang sakit nak bersalin dah ke?"

Perut Huda dia usap lembut.

"Huda rasa tak selesa. Due date minggu depan, tapi macam nak keluar esok pula."

"Princess papa, nak keluar cepat ye?" Perut Huda dikucup.

"Abang mandi dan solat dulu. Lepas tu kita hantar Rayqal ke rumah nenek atuk dia ya. Baru kita pergi hospital."

Huda mengangguk faham. Rayyan bantu dia duduk di sofa sebelum suaminya itu kelam kabut masuk ke bilik.

.

HAMPIR dua jam di dalam bilik bersalin, Huda akhirnya selamat melahirkan anak kedua mereka. Tangisan anak kedua mereka kedengaran.

Rayyan yang setia menemani isterinya, mengucap syukur pada Ilahi kerana isteri dan anaknya selamat. Dia mengucup dahi Huda. Lama.

Huda hanya mampu tersenyum lemah. Doktor membawa bayi itu pada Rayyan.

"It's a girl." beritahu doktor tersebut.

Rayyan dukung anaknya dekat pada Huda. "Little princess kita sayang.."

Huda pejam mata seketika. Air mata syukur mengalir di pipi.

"Abang pergi bersihkan anak kita dulu ya?"

Huda angguk kepala. Dia terlalu lemah untuk bersuara. Rayyan keluar mengikuti nurse untuk memandikan anak mereka. Sementara nurse yang lain menguruskan dia.

.

SELEPAS ANAK perempuannya sudah bersih, barulah Rayyan membawanya ke wad yang menempatkan Huda. Kelihatan Huda sedang berehat. Tidur. Mungkin sebab terlalu penat melahirkan.

"Mama tengah rehat sayang. Papa azan dan iqamat kan Ena dulu ya?" Rayyan melabuhkan duduk di sofa sebelah katil Huda.

His Raheena, adalah nama anak kedua mereka yang dipilih oleh Huda sendiri. Rayyan mengazankan Raheena di telinga kanan, kemudian iqamat di telinga kiri dengan suara yang perlahan. Sempat juga dia membacakan beberapa ayat suci Al-Quran pada anaknya.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now