𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 18 🌼

3.6K 164 33
                                    

"EH TAK APE, baju ni boleh tukar juga. Tak basah mana pun."

Rayyan hanya tersenyum mendengar ejekan si isteri yang mengulang balik apa yang dia katakan pada pramugari di dalam kapal tadi. Huda menjulingkan matanya ke atas saat melihat senyuman suaminya.

Huda peluk tubuh bila Rayyan yang tadi memindahkan pakaian mereka dari bagasi ke almari, bangun mendekatinya yang duduk di sebelahnya. Kepala Huda paling ke arah lain. Hmph!

"Sayang marah?"

Diam.

"Sayang.." Rayyan capai tangan si isteri yang berpeluk tubuh itu lalu digenggam erat. Di kucup-kucup sayang. Saja mahu meredakan kemarahan si isteri. "Comel la sayang marah macam ni. Abang suka tengok." usiknya.

Huda menjelingnya tajam.

Rayyan hanya tersenyum. Comel pula isterinya merajuk macam ni. Nampak sangat Huda sayangkan dia sampai cemburu kalau dia bercakap dengan perempuan lain.

"Sayang. My Malika, look at me please?" pujuk Rayyan. "Abang minta maaf. Abang tahu abang salah sebab bercakap lembut dengan perempuan lain selain sayang."

Huda hanya diam, tidak memberi sebarang balasan. Dia bukan sakit hati. Cemburu. Entah kenapa dia tidak suka bila suaminya jadi bahan percakapan pramugari-pramugari dalam kapal tadi. Tahulah Rayyan ni hensem. Tapi isteri dia ada kat sebelah kot?! Suka suki diorang je duk lalu lalang sebelah Rayyan. Siap tak sengaja tertumpah air lagi kat suami dia. Nak saja Huda menyembur pramugari tadi tu tapi dia tengah mabuk.

Rayyan meminta air minum sebab dia mahu minum ubat. Eh tetiba terTUMPAH pula. Lepas tu pramugari tadi gatal tangan nak lap baju yang basah di bahagian dada suaminya itu dengan tisu.

Tapi Huda dengan pantas menepis tangan pramugari itu dan mengambil tisu tadi lalu dia sendiri yang lapkan baju suaminya. Rayyan tersenyum melihat tingkah laku si isteri.

Ya tahu, Rayyan sedikit pun tak pedulikan diorang. Tapi Huda tetap tak suka. Rayyan hanya untuk dia!

"Sekali lagi Huda jumpa perempuan tu, tahulah apa Huda nak buat." Huda mengetap bibir.

"Abang ni hanya untuk Huda tau. Jangan risau. Abang takkan pandang diorang."

"Eleh. Yelah tu. Huda ni, lepas melahirkan nanti dah tak cantik tau. Badan Huda akan berparut. Mesti abang dah tak suka-."

Cup!

Terhenti bicara Huda bila bibirnya ditindih lembut tadi oleh bibir Rayyan. Dia pandang suaminya.

"Abang cintakan Huda bukan sebab rupa tau. Hati abang ni memang dah terpaut pada Huda sejak dulu lagi. Mungkin Allah dah takdirkan hati abang untuk Huda saja. Sebab tu bila dah jumpa Huda, abang dah tak ada rasa nak pandang perempuan lain."

"Apa masalahnya kalau lepas melahirkan nanti sayang berubah? Apa gunanya duit abang kalau tak guna untuk kecantikan sayang? Untuk keselesaan dan kembalika keyakinan isteri abang ni." Hidung Huda dia cuit lembut.

"Abang tahu, sayang akan rasa insecure kalau tiba-tiba sayang dah tak cantik ke apa ke lepas melahirkan. Di mata abang, sayang sentiasa indah dan menyenangkan. Setiap saat, abang ni jatuh cinta dengan sayang tau. So please jangan rasa insecure. Abang sayang dan cintakan Huda sepenuh hati abang." katanya penuh harapan yang Huda akan percayakan dia. Dia tidak suka kalau Huda ragu-ragu dengan perasaannya yang ikhlas ini.

Huda memuncungkan bibirnya. Timbul rasa bersalah di hatinya bila dia seakan meragui perasaan ikhlas si suami.

"Huda minta maaf."

Rayyan menggeleng perlahan. "Sayang tak ada salah pun." Dia mengusap lembut pipi isterinya. "Ramai je sayang, lelaki setia dengan isteri mereka selepas bersalin. Lelaki yang cari lain tu memang tak sayang bini. Kahwin sebab nafsu saja. Ada juga lelaki yang tak pernah cukup satu. Isteri dah cantik, dia cari lain juga. Tapi abang bukan macam tu. Abang, His Rayyan ni hanya untuk isterinya, Huda Malika."

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now