𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 3 🌼

4K 203 16
                                    

"HAIHH happy nampak?" Tegur Ehsan pada Rayyan yang baru masuk ke dalam mansion itu. Siap menyanyi kecil lagi.

"Uish malaikat maut ni. Kau saja kan nak aku cepat mati?" Rayyan yang terkejut dengan sapaan Ehsan itu mencekak pinggang. Fael menutup pintu rumah. Lupa dia bagitahu Rayyan yang Ehsan sedang menunggu di sini.

"Kau tak baca whatsapp? Haiden ajak bertolak awal beberapa hari. Risau hotel penuh. So kau arrange la cuti awal-awal."

Rayyan melabuhkan duduk di sofa single sebelah Ehsan.

"Aku jumpa kekasih hati tadi. Hehehe. Sampai lupa nak check whatsapp." Katanya seraya memeriksa telefonnya. Ada beberapa pesanan whatsapp di group chat mereka. Kepalanya mengangguk membaca pesanan whatsapp Haiden.

"Huda? Dah dah hampir seminggu lebih kau balik dari London, baru kau pergi jumpa dia tadi?"

"Haa yelah. Aku sampai je terus sibuk dengan bisnes. Banyak kerja nak buat."

Natt datang menghidangkan kopi buat dua orang lelaki itu. Fael pula membawa pinggan berisi biskut dan kek yang sudah siap di potong.

"Thanks." ucap Ehsan seraya menyuap kek pisang ke dalam mulut.

Fael angguk kepala kemudian berlalu ke dapur dengan Natt, lelaki yang bertugas sediakan makanan serta minuman buat mereka di rumah.

"So dia jadi juga nikah dengan Zatul tu?"

"Yelah. Kenapa?" Berkerut kening Ehsan dengan pertanyaan Rayyan itu. Mata beralih dari Rayyan ke arah tv yang memaparkan berita pukul 8 itu.

"Fael." panggil Rayyan.

Fael datang menghampiri Rayyan.

"Kau dah jumpa lelaki yang aku suruh kau cari tu?"

"Dah, tuan." katanya seraya menyentuh skrin ipad di tangan sebelum diserahkan pada Rayyan.

"Siapa?" tanya Ehsan. Ada curious. Rayyan yang sedang membaca info dalam ipad itu tersenyum sinis.

"Bapak budak dalam kandungan Mayzatul. Hehe." Rayyan sengih.

"What?!"

"KAU CONTACT lelaki tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"KAU CONTACT lelaki tu. Aku nak jumpa dia nanti." Rayyan menyuarakan hasratnya mahu jumpa lelaki yang dia ceritakan pada Ehsan semalam. Dia rasa dia perlu berbuat sesuatu supaya Haiden tidak jadi kambing hitam untuk kandungan Mayzatul.

Ada hati nak jadikan sahabat baiknya itu kambing hitam? Kau cari masalah dengan orang yang salah, Zatul!

Tangan lincah mengikat necktie biru gelapnya. Fael di muka pintu mengangguk faham. "Agak-agak pukul berapa?"

"Suruh dia bersiap je. Nanti aku call suruh dia datang. First, kau bagitahu yang kau tahu di mana Mayzatul sekarang."

"Baik."

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now