𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 12 🌼

4.3K 192 40
                                    

"RAY cakap dengan ibu. Betul ke apa yang Teresa bagitahu?" desak Hisnara. Suaminya disebelah sudah mengurut kepala.

Teresa menelefonnya semalam. Menangis mengadu yang Rayyan sudah kahwin dengan orang lain.

"Betul. Apa yang ibu dengar dari perempuan tu. Semuanya betul. Dan Ray kahwin dengan dia sebab Ray cintakan dia."

"Cin- Ha! Mengarut! Apa yang perempuan tu dah buat dengan Ray sampai Ray kononnya cintakan dia?"

"Dia tak buat apa pun, bu. Ray yang buat benda tak elok kat dia." balas Rayyan. Hatinya dah mula sakit sebab ibunya tidak percaya tentang perasaannya pada Huda. "And.. She's pregnant, ibu. Anak Rayyan."

"But why her?!" marah Hisnara. "Ibu tak suka perempuan tu!"

"HISNARA!" Henry bersuara dengan suara yang tertahan. Geram dengan sikap isterinya ini.

"Apa yang kurangnya isteri Ray, ibu? Cuba ibu bagitahu kat Ray?" Rayyan sudah mula hilang sabar. "Ray sayangkan dia, ibu, ayah. Ray cintakan dia sepenuh hati Ray."

Wajah kecewa ibunya dia pandang, kemudian ayahnya. Henry mengangguk kecil tanpa disedari Hisnara. Mereka ada rancangan sendiri untuk batalkan majlis tunang antara Rayyan dan Teresa.

Rayyan telan liur.

"Tolonglah. Bagi Ray hak untuk mencari kebahagian Ray sendiri." rayunya. "Dulu, Ray selalu ikut cakap ibu. Ray tak pernah melawan. Tapi tolonglah. Kali ni saja. Ray dah masuk 27 tahun. Dah boleh buat keputusan dan pilihan sendiri."

Hisnara tersentuh melihat Rayyan yang berusaha untuk meluahkan isi hatinya itu. Bergetar bibir anaknya membuka bicara. Tangan pula Rayyan genggam erat. Seolah-olah mencari kekuatan.

"Ayah." Rayyan pandang ayahnya yang menunjukkan riak dingin. "Ray taknak kat Teresa, ayah. Tolonglah.." Rayyan turun melutut di atas lantai.

"Hati Ray hanya untuk Huda dan bakal cucu ibu dan ayah. Tak pernah timbul sedikit pun rasa sayang atau cinta di hati Ray untuk Teresa. Ray dah cuba. Tapi hati Ray ni.." Rayyan menampar lembut dadanya. "Hanya untuk Huda."

"Dan Ray dah bagitahu kat ibu kan? Yang Teresa bukan orang yang selamatkan Ray malam tu? It's a male doctor. Teresa dah tipu kita."

"Tolong ayah, ibu. Terima Huda selayaknya kerana Huda sedang mengandungkan anak Ray. Huda juga cinta pertama dan terakhir Rayyan."

Henry bangun dari duduknya.

"Bawa dia ke sini."

Rayyan mendongak.

"Ayah nak kamu bawa dia ke sini. Bawa bukti yang dia mengandungkan anak kamu." katanya sebelum melangkah naik ke biliknya di atas.

Rayyan pandang ibunya.

"Apa yang tak elok kat Teresa, Ray? Sampaikan Ray taknak kat dia? Teresa perempuan yang baik, ada kerjaya, cantik." puji Hisnara. Seolah-olah menantunya sendiri tidak mempunyai ciri-ciri itu.

Rayyan mengerutkan keningnya. Dia bangun dari melutut. Kepala sakit. Agak stress dengan ibunya yang tak reti buka mata. Tak faham bahasa.

Fael di tepi dia pandang. Fael mengangguk faham. Dia menghulurkan satu sampul pada Hisnara.

"Jawapan kenapa Ray taknak kat dia ada kat dalam sampul tu, ibu. Ray balik dulu." Rayyan tarik nafas sebelum hembuskannya perlahan. "Kalau dia baik, cantik macam mana pun bu.. Huda Malika tetap pilihan Rayyan."

Rayyan mencapai kotnya di atas sofa sebelum melangkah keluar dari mansion besar itu. Diikuti Fael di belakang.

Rayyan tidak tinggal bersama ibu dan ayahnya. Dia lebih selesa tinggal sendiri. Selepas dia membubarkan organisasi atuknya itu, hanya Fael yang setia bersamanya. Anak-anak buah atuknya semua pergi mencari kerja di tempat lain.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now