𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 8 🌼

3.1K 160 8
                                    

YASMIN tersenyum bila Uwais akhirnya mengajak dia keluar makan. Sudah lama dia tidak bertemu lelaki itu. Dan hari ini, Uwais tiba tiba menghubunginya. Mahu membawa dia keluar makan.

Dia yakin yang Uwais sudah menyesal memutuskan hubungan dan membatalkan majlis mereka. Dan dia pasti lelaki itu tidak tahu yang dia mengupah orang untuk memberi pengajaran pada Uwais.

Usai bersiap sesopan yang mungkin, Yasmin keluar dari biliknya. Yasleena yang sedang menghayun Yuyu dalam buaian itu dia jeling sekilas.

"Aku keluar. Kau jangan pandai-pandai nak keluar dari rumah ni." katanya pada Yasleena atau Lee itu. "Kalau kau kantoi nak keluar lagi, kau dengan anak buah kau tu mati aku kerjakan. Kau faham?!"

Lee hanya mengangguk. Yasmin senyum sinis melihat lebam di wajah Lee. Lebam itu berpunca darinya. Lee kantoi mahu membawa Yuyu lari dari sini. Sebab itu adiknya ini dia belasah teruk sampai lebam. Telefon Lee juga dia rampas.

Salam kedengaran di luar rumah. Kelam kabut Yasmin membuka pintu. Uwais tersenyum.

"Dah lama ke sampai?" tanya Yasmin.

"Baru je." balas Uwais. Sempat dia mengerling Yasleena di dalam. Melihat lebam diwajah adik Yasmin itu, Uwais mengetap rahang. Tahu itu adalah perbuatan Yasmin.

Dia tahu tentang ini dari Fael. Orang kanan Rayyan itu memberitahu yang Yasmin mendera adik dan anaknya sendiri. Dan kata Fael lagi, kalau tidak percaya dia suruh Uwais datang ke rumah Yasmin tanpa pengetahuan wanita itu.

Dan ya. Dia sebenarnya sudah lama sampai. Apa yang Yasmin katakan pada Yasleena tadi semua dia dengar.

Uwais keluarkan sesuatu dari poket seluar dan diletakkan di tepi tingkap bersebelahan pintu rumah. Yasmin tidak perasan kerana dia sibuk memakai high heelsnya.

"Jom." ajak Yasmin. Mereka berdua keluar dari situ.

Yasleena mengesat air mata. Sakit satu badannya kerana di pukul Yasmin. Yuyu yang sedang tidur itu dia pandang. Yuyu juga terkena tempiasnya. Tergamak Yasmin menampar Yuyu yang baru berusia 4 tahun itu.

UWAIS berhentikan kereta di depan rumah mewah milik lelaki itu. Yasmin tersenyum lebar.

"Sebelum kita masuk.. Boleh I tutup mata you dengan kain ni?"

Yasmin tersenyum. Dia mengangguk. Uwais ukir senyum menggoda seraya mengikat kain untuk menutup mata wanita itu.

"I ada sediakan kejutan untuk you." bisiknya perlahan. Pintu di buka dan dia membawa Yasmin masuk. "You duduk sini dulu."

Yasmin dia dudukkan di satu sofa yang terdapat di ruang tamu. Kedengaran derap langkah kaki Uwais melangkah meninggalkan dia.

Tiba-tiba Yasmin terasa kedua pergelangan tangannya direntap dan diikat dengan tali yang tebal.

"Is? Uwais?! Apa you buat ni?!" Yasmin meronta namun tidak dapat bila kakinya turut diikat. Cemas. Yasmin berdebar takut.

Takkanlah Uwais nak buat sesuatu yang kasar dengannya? Lelaki itu seorang yang lembut dan penyayang.

"Yasmin." suara itu bukan suara Uwais.

Yasmin mengetap bibir. "Si- Siapa?"

"Kau dera adik dan anak kau kan?" suara itu bertanya.

"You siapa hah?! Mana Uwais?! Uwais!" jerit Yasmin.

"I'm here, Yasmin." suara Uwais pula kedengaran. Yasmin hela nafas lega.

"Is, tolong I. Tangan dan kaki I kena ikat!"

"I know." balas Uwais.

"Huh?" Yasmin terdiam.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now