𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 14 🌼

3.9K 188 14
                                    

SAMPAI saja ke apartment Rayyan, mereka berdua di sambut oleh kehadiran Fael di depan pintu rumah.

"Hi tuan, puan. Selamat datang." Fael tersenyum memandang pasangan itu. Rayyan mengerutkan dahi.

"Kau dah kena sampuk dengan apa ni El? Tetiba sopan macam ni."

Huda tertawa kecil. Fael bukakan pintu untuk mereka berdua. Ternganga mulut Huda melihat dekorasi dalam apartment Rayyan itu.

Walaupun tidak besar, tapi Huda dapat rasa keselesaan di dalam apartment itu. Fael dan Rayyan masuk dengan bagasi mereka. Sedang Huda berjalan-jalan di dalam, Fael menguis lengan Rayyan.

"Apsal?"

"Tuan Henry."

"Kenapa dengan ayah?"

"Tuan Henry bagitahu ayah aku.. Dia nak cerai dengan ibu kau."

Rayyan tergamam. Cerai?!

TERKEBIL-kebil mata Huda saat terjaga dari lena

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TERKEBIL-kebil mata Huda saat terjaga dari lena. Bunyi loceng pintu yang kedengaran punca dia terjaga. Tangan yang memeluknya dari belakang itu di tepuk lembut.

"Hmm.."

"Abang." Panggil Huda seraya mencapai telefonnya di atas meja sisi. Baru pukul 6 pagi. "Siapa yang datang awal pagi ni?"

"Sayang nak pergi mana?" soal Rayyan dengan mata masih terpejam. Pergerakan isterinya itu membuat dia terjaga.

"Ada orang datang."

"Hah?"

"Tu hah bunyi loceng." Huda capai cardigan sleepdressnya di atas meja. Spontan Rayyan bangun dari pembaringannya. Dengan mata masih terkebil-kebil lagi dia merangkak ke hujung katil. Gelagat si suami dia perhatikan dengan senyuman di wajah. Sudahlah rambut serabai, nampak sangat baru bangun tidur.

"Sayang stay sini eh. Manatahu yang datang tu lelaki." pesannya seraya mencapai t-shirt putih di kepala sofa lalu disarungkan di tubuhnya.

"Okay.." Balas Huda sambil mengikat rambutnya yang sudah panjang. Sempat lagi Rayyan mengucup pipi si isteri sebelum keluar dari bilik.

Huda capai telefon dan memeriksa segala notification yang dia terima. Whatsapp, instagram dan email.

Hampir terjatuh telefon di tangan bila telinga menangkap suara suaminya memarahi seseorang. Berbalas pula dengan suara seorang wanita dan seorang lagi lelaki. Huda bergegas menggantikan bajunya. Tudung sarung dia sarungkan ke kepala.

Sebelum buat keputusan untuk keluar, dia membuka sedikit pintu bilik. Mahu melihat apa yang jadi di luar.

"Sampai hati ibu buat macam tu dengan ayah! Ayah tak cukup baik ke pada ibu? Hah?!" suara suaminya kedengaran sangat kecewa. Rayyan sedang berdiri membelakangkan dia. Tangan suaminya mencekak pinggang.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now