RAYYAN dan Haiden sibuk mengusik Ehsan di atas pelamin itu dari tempat duduk mereka. Uwais hanya tertawa dengan gelagat sahabat-sahabatnya itu. Habis berona merah wajah Ehsan. Hayfa disebelah hanya tersenyum.
Kedua-duanya anggun dan segak dalam busana pengantin mereka yang berwarna serba putih. Duduk pula di tengah pelamin yang dihiasi rose putih, bunga yang Hayfa sukakan.
"Aku macam tu ke masa duduk kat pelamin?"
Rayyan dan Haiden tergelak mendengar apa yang Uwais katakan. Wafiyah isterinya di sebelah hanya menggeleng perlahan. Di antara mereka, hanya Uwais dan Ehsan yang dapat mengadakan majlis sanding seperti ini.
Sementara Haiden dan Rayyan, tiada. Namun keadaan ini menimbulkan idea di kepala Rayyan. Laju dia menoleh pada Huda. "Sayang, nak tak kita buat majlis sanding kita nanti?"
"Hah? Abang kita bukannya pengantin baru lagi.."
"Aku setuju idea tu, Ray. Aku pun nak buat juga dengan bini aku." sampuk Haiden. "Masa kami kahwin dulu, pelamin kecil je ada. Nak juga buat grand macam ni." Air sirap dia hirup sedikit.
"Sara tengah bunting ni abang nak Sara naik pelamin?"
Hampir tersedak Haiden dengan bicara si isteri. Maysara disahkan mengandung anak kedua mereka sebulan lalu. Yang lain semeja dengan mereka hanya tertawa.
Uwais dan Wafiyah, Huda dan Rayyan juga Haiden dan Maysara. Dan ada dua kerusi lagi tidak berpenghuni. Empunya tempat duduk belum datang.
"Kan tak nampak lagi bentuk perut tu. Kalau boleh kita buat dalam masa terdekat." Haiden tidak mahu kalah. Nak juga rasa turun naik pelamin, ganti baju tu semua.
"Apa-apa je lah. Yang penting Sara nak cari baju sanding Sara sendiri. Kan Huda?" tanyanya Huda disebelah.
Huda mengangguk. "Sekali cari baju untuk little bridesmaid kita, Hanan dan Lily."
"And tuxedo baby untuk Rayqal." tambah Rayyan.
"Dan pastikan masa tu bini aku masih sempat datang sebelum dia melahirkan. Sebulan lebih je lagi ni." Uwais pula bersuara.
Haiden mengetip jari. "Noted! Esok aku dan Rayyan urus."
EHSAN dan Hayfa turun dari pelamin bila masa untuk beramah mesra dengan tetamu tiba. Meja yang mereka tujui dulu adalah meja yang menempatkan sahabat-sahabatnya. Tangan Hayfa yang memaut lengan kekarnya dia pegang.
"Tak malu eh datang majlis aku lepas tu bincang majlis korang."
Rayyan, Haiden dan Uwais bangun dari duduk mereka. Serentak Hayfa meminta izin untuk ke tempat isteri sahabatnya. Ehsan angguk, membenarkan.
"Lah aku dan Haiden nak juga rasa sanding kat pelamin macam kau." Rayyan bersalam gaya lelaki dengan Ehsan. "Tahniah bro. Kahwin juga kau. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.."
"Aamiin.. In Sha Allah." Ehsan tersenyum manis hingga menampakkan giginya yang tersusun cantik itu. Ehsan jarang senyum seperti ini.
Hayfa berbual dengan Huda, Maysara dan Wafiyah di sebelah mereka. Dah macam kawan padahal tak pernah berjumpa.
"Jaga Hayfa dan Elyas. Comel je anak tiri kau tu." Puji Uwais sambil juih bibir ke arah Elyas yang duduk bersama keluarga mereka. Ehsan senyum lagi.
Hari ini, hari Ehsan murah dengan senyuman.
"In Sha Allah.."
"Aku doakan kau hal yang sama juga. Ada apa-apa masalah jangan lupa share dengan kitorang atau ask for our advice." Haiden tersengih. Selaku orang pertama tamatkan zaman bujang.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N