𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 22 🌼

3.2K 164 13
                                    

TANGAN Elyas yang bermain di wajah, Ehsan tangkap dan mengaca mahu makan tangan kecil itu. Elyas tergelak suka. Mereka berdua berdiri di hadapan Butik Pengantin milik Puan Mariam.

Hayfa, Datin Habibah dan Puan Qalish yang sedang menemani tunangnya mencuba baju pengantin. Sementara dia pula bawa Elyas jalan-jalan di luar butik. Anak kecil itu mengajak dia keluar bila ternampak belon kartun minion di kedai yang mereka lalui tadi.

"Cantik sangat. Sesuai dengan Hayfa yang bertudung." puji Puan Qalish.

Hayfa tersipu malu. Tak sangka seminggu lagi dia akan bersatu dengan Ehsan, lelaki yang sudah lama menghuni hatinya. Mata meliar mencari Ehsan, tapi tiada di situ.

"Yang ni pun elok juga." komen Datin Habibah yang sedang membelek katalog.

"Lebih elok kalau tak bagi nampak bentuk badan dia sangat. Sebab Hayfa kan bertudung. Lagipun Ehsan tak berapa suka perempuan yang pakai baju nampak bentuk tubuh ni." komen Puan Mariam pula.

"Hurmm.. Eh, Ehsan mana?" Seakan baru sedar ketiadaan anaknya, Puan Qalish melihat keliling butik.

"Oh tadi saya nampak dia keluar dengan Elyas." Puan Mariam tersenyum. Bunyi loceng menandakan pintu butik di buka seseorang.

"Hayfa, Elyas haus. Ada bawa botol susu dia?" Suara garau Ehsan menyapa.

Hayfa mengangguk laju. Beg berisi barang Elyas yang ada disebelahnya, dicapai. Botol susu yang sudah siap berisi dengan serbuk susu dia keluarkan.

"Kat pantry tu ada air panas dan suam." Beritahu Puan Mariam pada Hayfa bila gadis itu kelihatan seperti terlupa sesuatu. Ya. Hayfa terlupa bawa termos air panas.

"Terima kasih umi." Hayfa bangun dan berjalan ke pantry. Ehsan ikut saja di belakang bersama Elyas.

Masuk saja ke pantry, Hayfa terus ke tempat penapis air brand coway itu. Elyas pula Ehsan baringkan di atas sofa dua seat yang terletak di tepi dinding. Mata anak kecil itu semakin layu. Mengantuk.

"Aku keluar dulu. Nak balik hospital."

"Okay abang. Hati-hati."

Hayfa tersenyum nipis sambil tangan menggoncang botol susu Elyas. Mata melirik Ehsan yang bergerak keluar dari pantry sebelum dia mendekati anaknya.

"Hah nak ke mana?" tanya Puan Qalish bila dia nampak Ehsan mahu keluar dari butik.

"Mak, lunch hour San kejap lagi habis. Nak balik hospital la."

"Hmm yelah. Esok jangan lupa ambil cuti. Turn kamu pula fitting baju."

"Okay.." Ehsan keluar dari butik. Kaki diatur ke arah keretanya.

RAYYAN sandarkan belakang pada sofa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


RAYYAN sandarkan belakang pada sofa. Dahi berkerut berfikir sesuatu. Semalam Ehsan menelefonnya. Meminta tolong bagi warning dengan someone. Sebab dia syak, ada dua ekor langau bekerjasama mahu merosakkan hubungannya dengan Hayfa.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now