SELEPAS hari mereka makan tengahari di rumah Rayyan hari tu, Huda perasan yang Rayyan selalu mengelak dari bertembung mata dengannya. Kadang-kadang lelaki itu juga selalu memberi alasan kalau dia ajak berjumpa.
Telefon di tangan Huda tenung. Pesanan whatsappnya tidak di baca oleh Rayyan. Sejak semalam lagi. Dia mengeluh perlahan. Teringat perbualan antara dia dan Rayyan tempoh hari di rumah lelaki itu.
Rayyan mengajaknya kahwin. Huda jelas terkejut. Namun saat melihat Rayyan tertawa kecil dengan reaksinya, lelaki itu berkata dia hanya bergurau. Jantung Huda berdegup laju. Kalau saja Rayyan tidak bergurau, mungkin dia akan setuju. Siapa yang tidak mahu kahwin dengan lelaki yang mereka cintai?
"Huda, jom kahwin?" ajak Rayyan.
Tersedak Huda mendengar ajakan itu. Rayyan tertawa kecil seraya menghulurkan segelas air pada gadis di hadapannya. Huda meneguk air di gelas tersebut.
"Abang Ray gurau je. Kesian Huda tersedak pula."
Huda hanya diam. Wajahnya memerah mendengar gurauan Rayyan itu. Hampir saja dia bersetuju. Mujur Rayyan kata dia bergurau, kalau tidak mesti dia di serang rasa malu yang teramat.
KETUKAN perlahan di pintu bilik pejabatnya menyentakkan Huda dari lamunan. "Masuk."
Aqilah menolak pintu pejabat.
"Bos, dah petang ni. Tak balik ke?" soal Aqilah.
Huda kerling jam di atas meja. Aah.. Tak sedar dah pukul 5 petang. "Kejap lagi aku balik. Korang balik la dulu."
"Okay.." Aqilah tersenyum sebelum menutup pintu pejabat itu semula.
Huda menghembuskan nafas perlahan. Telefon dia offkan sebelum bangun mengemas meja. Dia mahu balik ke rumah dan berehat. Memikirkan Rayyan yang seakan bertarik tali dengannya membuat dia penat.
Sementara Rayyan pula, bukan tidak mahu membalas pesanan whatsapp Huda. Tapi dia sedang 'sibuk' menjaga sahabat-sahabatnya. Apatah lagi bila mendengar berita Maysara, isteri kepada Haiden sedang mengandung. Dia turut tumpang gembira untuk Haiden.
Sekarang, dia tengah 'menjaga' Uwais pula. Lelaki itu senang betul di butakan oleh cintanya pada Yasmin, bekas isteri Zariq. Bila dia dapat tahu Uwais dan Rina sudah putus, entah kenapa dia bersyukur yang Rina tidak bersama Uwais lagi. Kerana dia kenal Uwais macam mana.
Tengku Uwais, pada dia Yasmin itu adalah cinta pertamanya. Wanita yang dia anggap bidadari itu, dia mata Rayyan hanyalah seorang 'pelacur kelas atasan'.
Rayyan mengukir senyum sinis melihat gambar yang tertera di ipad itu. Gambar Yasmin dengan seorang lelaki tua.
Dato Ramli.
Dia kenal lelaki ini. Lelaki ini mempunyai seorang isteri dan empat orang anak. Info yang Fael dapat menyatakan yang Yasmin adalah 'sugar baby' orang tua ini.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N