𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 26 🌼

3.2K 163 10
                                    

MERIAH mansion Henry dengan kehadiran keluarga Tuan Hakim. Satu keluarga datang. Hilal, bersama Lily. Haiden, Maysara dan Hanan. Serta Haiqal, Tuan Hakim dan Puan Mariam. Rayyan bawa Huda dan Rayqal balik ke sini. Fael dan ayahnya Fahid turut ada sekali di situ.

Petang itu, Rayyan, Rehan, Haiden dan Haiqal bentangkan kolam belon di halaman belakang rumah.

Lily melompat suka. Hanan dipangkuan mamanya bersorak, sama dengan Rayqal yang dipangku oleh Huda.

Kolam yang agak besar itu hampir memenuhi ruang halaman belakang rumah Henry. Setelah bahagian kolam dipenuhi air, laju saja Rayyan dan Haiden melompat masuk.

Haiqal dan Rehan pula sediakan yang kecil, untuk Hanan dan Rayqal. Hilal sudah mengangkat Lily naik ke bahagian gelongsor. Anaknya dia pangku sebelum mereka berdua meluncur laju turun ke bawah.

Lily menjerit suka. Habis basah satu badan. Mujur kolam tidak terlalu dalam. Hanya di paras lutut orang dewasa saja.

"Ya Allah bertuah punya budak!" Puan Mariam bercekak pinggang melihat anak-anaknya main di kolam. Macam budak-budak. Dia dan Hisnara dari menyediakan ayam untuk di panggang tadi.

Rehan setia di sisi kolam kecil yang menempatkan Hanan dan Rayqal. Memandangkan mereka masih kecil, jadi Haiden tidak menyuruh mereka masuk kolam besar. Fael pula sudah ditarik oleh Rayyan untuk masuk ke dalam kolam. Nak tak nak menyerah saja lelaki itu.

Haiqal berlari kemudian melompat masuk ke dalam kolam. Tuan Hakim dan Henry hanya mampu menggeleng. Kedua orang tua itu sibuk menyediakan tempat memanggang. Kejap lagi mereka akan berBBQ.

Fahid pula bantu menyediakan bahan-bahan untuk masak spaghetti di ruang dapur bersama pembantu rumah yang lain.

Gelak tawa anak menantu serta cucu mereka sangat meriah di situ. Yang anak menantu lelaki macam budak-budak main di kolam belon yang ada gelongsor tinggi. Yang anak menantu perempuan pula menjaga anak kecil mereka.

"Ini ayam untuk di panggang ya tuan." Fahid meletakkan bekas berisi sayap ayam yang sudah di perap di sebelah tempat Tuan Hakim berdiri. Henry terbatuk batuk bila arang mula terbakar dan berasap.

Tuan Hakim dan Fahid tergelak melihat kerutan di wajah Henry. Tuan Hakim sudah biasa membakar sayap seperti ini, tapi tidak pada Henry. Fahid pun begitu. Ada masa, dia akan berBBQ dengan anaknya, Fael. Walaupun hanya mereka berdua, tapi hubungan mereka tiada masalah.

Isteri Fahid meninggal dunia disebabkan kanser. Sejak itu, dia sendiri yang besarkan Fael hinggalah anaknya itu menjadi pembantu serta sahabat Rayyan.

Hisnara dan Puan Mariam, menyediakan meja makan. Mujur cuaca petang ini agak redup. Berangin pun lembut saja. Tidak kuat.

"Keluar la, abang. Tolong abah tu!" marah Maysara pada suaminya yang dari tadi percikkan air ke arah dia dan Huda. Haiden tertawa melihat isterinya bercekak pinggang.

Rayyan pula sudah keluar terlebih dahulu. Sekarang duduk disebelah kolam kecil yang menempatkan Rayqal dan Hanan. Suka kedua anak kecil itu bermain air.

Tidak lama selepas itu, Huda menyuruh Rayyan mengeluarkan Hanan dan Rayqal dari dalam kolam kerana hari sudah petang. Haiden angkat Hanan dan di bawa masuk ke dalam rumah. Rayyan pula bersama anaknya. Mujur ada bilik air di tepi dapur, jadi tidak perlu mereka masuk ke dalam bilik air di bilik untuk bersihkan diri.

Huda datang membawa pakaian ganti untuk Rayyan, Haiden, Rayqal dan juga Hanan. Maysara sibuk membantu di luar. Rehan dan Haiqal pula masih bermandi manda. Hilal dan Lily sudah siap berganti baju. Kini mereka di luar bersama yang lain.

Usai solat maghrib, barulah mereka mula menjamu selera. Semua ambil tempat duduk masing-masing. Tuan Hakim mengetuai baca doa makan sebelum mereka makan. Bermacam-macam lauk disediakan. Tidak ketinggalan juga beberapa orang pembantu rumah Henry serta pengawal dan tukang kebun turut di ajak untuk duduk sekali.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now