𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 11 (M) 🌼

4.6K 187 22
                                    

PUAN MARIAM mengusap bahu anaknya. Huda kelihatan begitu anggun dalam busana baju nikahnya. Sopan duduk bersimpuh di sebelahnya. Walaupun wajah itu nampak kosong. Tiada perasaan dan pucat, anaknya itu tetap nampak berseri selepas di solek nipis.

Selepas balik dari Milan, Tuan Hakim dan Henry sepakat untuk menikahkan Huda dan Rayyan dalam majlis kecil-kecilan saja. Cukup ahli keluarga saja yang datang.

Ehsan, Uwais dan Henry ada bersama Rayyan. Sementara di pihak Huda pula, ada Tuan Hakim, Puan Mariam, Haiden dan Hilal. Maysara di rumah bersama Haiqal dan Lily.

Rayyan kelihatan tenang duduk dihadapan Tuan Hakim. Luaran saja tenang, dalaman. Dia rasa macam nak pengsan pun ada. Gementar.

Sesekali dia mengerling Huda yang duduk disebelah Puan Mariam. Hatinya tersentuh melihat wajah tanpa riak Huda itu. Kerana dia, Huda yang ceria dan riang itu hilang.

Rayyan pejam mata untuk seketika. Dalam hati berdoa yang usahanya untuk meraih cinta Huda semula akan berjalan dengan lancar.

Tuan Hakim dan Rayyan jabat tangan.

"His Rayyan bin Abdul Henry."

"Saya."

"Aku nikah akan dikau dengan anak perempuan ku, Huda Malika binti Hakim, dengan emas kahwinnya bernilai RM500 ringgit di bayar tunai."

"Aku terima nikahnya, Huda Malika binti Hakim, dengan emas kahwinnya bernilai RM500 ringgit di bayar tunai." sahut Rayyan sekali lafaz.

"Sah?"

"Sah."

"Sah."

"Alhamdulillah." Imam mula membaca doa. Kesemua yang hadir turut menadah tangan, bersama membaca doa yang diketuai imam. Ehsan, Uwais dan Haiden tersenyum.

Akhirnya, Rayyan tamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini Huda. Usai membaca doa, Rayyan berkata sesuatu pada Tuan Hakim dan Henry. Tok Imam yang mendengar hanya mengangguk faham.

Huda yang sejak tadi menundukkan, mengangkat kepalanya saat suara Rayyan kedengaran di microfon yang terletak di hadapan lelaki itu.

Rayyan berdehem, duduk dia betulkan. Mic dibawa dekat padanya, dengan sebelah tangan memegang sehelai kertas.

"Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya, Huda Malika binti Hakim selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih, dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk."

Serentak air mata Huda mengalir jatuh ke pipi usai Rayyan selesai melafazkan taklik. Puan Mariam tersenyum nipis. Tangan naik mengusap pipi Huda.

"Anak umi.. Jadi isteri yang baik untuk Rayyan." pesannya lembut.

Huda pejam mata seketika sebelum dia mengangguk perlahan.

Rayyan bangun untuk ke satu sudut. Dia mengerjakan solat Sunat Nikah. Huda hanya memerhati. Entah kenapa, hati yang dulu dia rasa sudah mati buat Rayyan, hidup dan berdegup semula saat melihat lelaki yang kini bergelar suaminya itu mengerjakan solat sunat.

Selesai solat sunat, Rayyan mendekati Huda. Duduk dilabuhkan di sebelah isterinya.

Isteri?

Rayyan tersenyum. Akhirnya, Huda Malika selamat menjadi isterinya yang sah. Puan Mariam hulurkan tempat cincin pada Rayyan.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now