"KAU KENAL Huda dari universiti lagi? Kau kata yang korang ada feeling for each other tapi terpaksa berpisah sebab kau sambung study ke luar negara. Hmm.." Rayyan tarik kerusi dan duduk disitu. Dia selamba melipat lengan baju kemejanya hingga ke situ.
"Kau tahu Huda dah kahwin dengan aku, kau still ada hati nak kacau dia?"
"Huda dan aku suka sama suka! Kau tak nampak betapa gembiranya dia bila jumpa dengan aku semula. Mengigil.. Sampai nak nangis. Hahaha.." Lelaki itu ketawa serupa orang tidak betul.
Fael tenang berdiri di depan pintu. Tidak mahu masuk campur. Selagi Rayyan tidak hilang kawalan, selagi itu la dia boleh tenang.
Ketawa lelaki itu, Rayyan balas dengan tawa sinisnya. Dia gelengkan kepala. "Bodoh."
Satu perkataan tu saja sudah buat lelaki di hadapannya membahang. Rayyan silangkan kaki, dia duduk menyandar merenung lelaki itu.
"Huda pernah cerita tau. Dia ada stalker masa kat universiti dulu. Nama stalker tu, Iqram. Tu kau kan? Kesian. Hahaha. Dia je yang perasan. Sementara isteri aku, anggap kau stalker dia." provoknya.
Iqram mengetap rahang. Mata merenung tajam Rayyan yang tenang itu.
"Kau rasa, isteri aku terima ke semua hadiah yang kau bagi tu?"
"Aku yakin dia terima! Sebab semua barang tu dia suka!"
Rayyan menggeleng.
"Satu pun dia tak terima. Semua dia bagi kat pekerja dia. Kesian.. Isteri aku sikitpun tak hargai apa yang kau buat. Sebab di mata dia, kau just someone yang dia gelar stalker. Dah banyak kali kena reject, tapi masih kejar-kejarkan dia."
"Tak.. Kau salah. Huda sukakan aku!" Iqram menggeleng. "Dia selalu senyum kat aku. Bila aku ajak dia makan, dia ikut. Aku ajak dia keluar jalan-jalan, dia ikut." Iqram senyum sinis. "Dan kau tahu? Aku ajak dia pergi hotel, dia ikut. Aku orang pertama yang sentuh-."
PAKK!!
Kayu baseball kena tepat pada pipi Iqram. Terdiam lelaki itu. Dia ludah sesuatu. Dua batang giginya patah. Mulutnya berlumuran darah. Kayu baseball tadi, terbaling ke dinding.
Rayyan tarik nafas, cuba untuk menenangkan diri.
"Apa yang aku tahu dari isteri aku, Kay dan Aqilah.. Korang keluar makan dan jalan-jalan bukan berdua. Tapi beramai-ramai. Pasal hotel tu.." Rayyan gelak sinis. "Korang ada trip satu kelas ke sana. Dan kau kata kau yang ajak dia pergi hotel? Hahahaha."
Rayyan menggeleng. Dia acah mengelap air mata sebelum mengeluh perlahan.
"Kau tak pergi pun trip tu, Iqram. Sebab mak kau meninggal. Am I right? Kesian betul la kau ni. Reka cerita untuk happykan diri sendiri."
Iqram mengetap rahang. Namun tidak lama, kedengaran esakan kecil dari lelaki itu.
Rayyan kerling Fael sekilas. Fael hanya menjungkitkan bahu. Tanda tidak tahu kenapa Iqram menangis.
"Lepas ni, berbahagia la kau kat penjara eh. Manatahu, dalam sana kau boleh stalk orang lain pula kan? Sebab Huda dah pun temukam kebahagiaan dia dengan aku. Aku dapat pukul kau sekali saja sebab aku taknak buat lebih. Aku fikirkan anak bini aku kat rumah. Kalau aku ni masih single, dah lama kau mati di tangan aku."
"Huda milik aku.. Huda milik aku seorang!"
Rayyan menjeling CCTV sebelum keluar dari situ. Dia malas nak lama-lama. Risau dia terlebih belasah lelaki itu, boleh mati dia buat.
Keluar dari basement, mereka di sapa kehadiran Adrean Muse dan Karl di ruang tamu.
"Dah habis?" tanya Karl.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N