EHSAN tersenyum melihat gelagat anak kecil di sebelahnya yang baru belajar mahu makan guna sudu. Si ibu anak kecil itu pula pergi ke tandas.
Kepala Elyas, Ehsan usap perlahan. Lembut dan tembal rambut anak Hayfa itu. "El suka makan ayam goreng?"
Elyas mengangguk. Ehsan mengukir senyum lebar. Tangannya lincah mencarik-carikkan isi ayam goreng lalu diletakkan di pinggan Elyas. Anak kecil itu makan dengan berselera. Mata Ehsan tak lepas merenung Elyas.
Tanpa dia sedar, Hayfa memerhatikan mereka berdua dari jauh. Melihat cara Ehsan melayan karenah anaknya, Hayfa tersentuh. Anaknya tidak pernah merasa kasih sayang dari seorang ayah. Lahir saja, hanya ibu yang ada di sisi.
Walaupun Ehsan kadang kasar dengannya, tapi bila dengan Elyas, lelaki itu berubah penyayang dan prihatin. Tiba-tiba dia teringat apa yang Puan Qalish katakan padanya tempoh hari. Emak kepada Ehsan mahu dia menjadi isteri lelaki itu. Apa orang kata? Di lamar? Hayfa tidak tahu mahu menjawab apa tapi dia minta diberi masa untuk berfikir.
"Wah banyaknya anak mama makan." Hayfa menarik kerusi di hadapan anaknya dan Ehsan.
"Lama jugak kau dalam tandas tu. Berbaris ke nak masuk sana?"
Hayfa menggeleng.
"Ta-Tandas restoran ni rosak. Jadi saya pergi ke tandas awam kat hujung sana." balas Hayfa. Menipu sebenarnya. Dia terlalu suka melihat cara Ehsan melayan Elyas sampai tak terasa sudah lama dia di situ.
"Makan cepat. Aku nak masuk kerja lagi ni."
"Okay." Hayfa membaca doa makan terlebih dahulu sebelum menjamu selera. Nasi goreng tomyam, itu yang Ehsan order untuknya.
Lelaki itu..
Masih ingat apa yang dia sukakan.
Apa yang dia tak suka.
Walau kadang cara Ehsan bercakap dengannya agak kasar, tapi ada masa lelaki itu merisaukannya. Ehsan ada hati dengan dia kah?
Hayfa menggeleng perlahan.
Tak mungkin.
Ehsan masih belum boleh move on dari Arissa. Kerana dia pernah nampak tiket fashion show yang Arissa sertai di dalam pejabatnya. Arissa adalah model ternama di peringkat antarabangsa. Gadis cantik itu sudah pernah menjadi model untuk Dior, Gucci dan Tiffany.Co.
Mana mungkin Ehsan akan berpaling pada dia yang berstatus ibu tunggal dan bekerja sebagai cleaner saja?
"Dah jom balik." Ehsan bangun dari duduknya. Elyas di tempat duduk kanak-kanak itu dia angkat dan dukung. Hayfa hanya menurut. Mujur dia sudah selesai makan.
Mereka berjalan keluar dari restoran tersebut selepas membayar. Elyas memeluk suka leher Ehsan. Hayfa yang berjalan di belakang mereka hanya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. Dah macam ayah dan anak.
Baru saja Hayfa mahu membuka pintu kereta Ehsan, lengannya di lelar dari belakang. Terpusing gadis itu menghadap gerangan yang memaut lengannya itu. Membulat mata Hayfa. Serta merta jantungnya berdebar kencang.
"Elmy? It's you. I've been looking for you."
Dapat Hayfa rasakan yang tubuhnya menggigil satu badan. Lelaki di hadapannya itu merenungnya tajam.
"Excuse me, don't touch my wife." Ehsan meleraikan pegangan lelaki itu pada lengan Hayfa sebelum dia menolak Hayfa ke belakangnya. Seolah-olah menyembunyikan gadis itu dari renungan tajam lelaki itu.
Hayfa terpana mendengar apa yang Ehsan katakan. Dalam hati terbit rasa yang tak dapat dia ungkapkan. Gembira? Tersentuh? Terharu?
"Wife? Oh saya tak tahu pula yang dia dah kahwin. Maaf." kata lelaki itu. "Saya Ku Eskandar. Owner restoran ni." Eskandar menyuakan tangannya, mahu bersalam.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N