𝓗𝓾𝓭𝓪 𝔁 𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 | 2 🌼

4.3K 234 25
                                    

BERKERUT dahi Haiden melihat Rayyan yang serabut itu. Dia mengerling Uwais di sebelah Rayyan. Uwais hanya mengjongketkan bahunya. Tanda tidak tahu.

"Kau dah kenapa Yan? Putus cinta ke?" sapa Ehsan yang baru datang.

"Kau diam la San." balas Rayyan.

"Aik? Aku tak ambil kisah, kau sedih. Aku ambil kisah, kau suruh aku diam pula." omel Ehsan seraya melabuhkan duduk disebelah Haiden. Beg sandangnya dia letakkan dibelakang.

"Kau masih tak dapat nak contact si pujaan hati kau tu ke?" Uwais hanya mengenali Huda sebagai pujaan hati Rayyan kerana sahabatnya itu tidak pernah menyebut nama Huda. Hanya Haiden yang tahu.

"Siapa?" Haiden bertanya. 'Rayyan ada someone other than Huda ke?'

"Ha'ah. Dah sebulan.. Dia block aku dah. Nak harap abang dia tolong. Memang tak la. Dia nak aku usaha sendiri." omel Rayyan seraya menjeling Haiden di depannya.

Haiden tunjuk dirinya sendiri. Hairan. Bila masa dia tak tolong Rayyan dan Huda? Dia siap bagi nombor Huda pada Rayyan kerana telefon lelaki itu hilang beberapa hari selepas mereka sampai di London. Sebab itulah nombor Rayyan, tidak dapat Huda contact.

Selepas itu dia sibuk belajar. Mereka berempat, hanya Uwais dan Rayyan saja mengambil bidang yang sama. Manakala Ehsan dan Haiden lain.

"Adik aku block kau?"

Mendengar perkataan adik itu, serentak Uwais dan Ehsan menoleh pada Haiden.

"Adik?!" Ehsan membulatkan matanya. Dia pandang Rayyan. "Kau suka Huda?!" tangannya menepuk meja dengan kuat.

Laju Rayyan menepuk mulut Ehsan berkali-kali. Bising! Kalau terkejut pun kawal la! Haiden pula hanya cuba menghentikan Rayyan dan Ehsan.

Sudahlah sorang duduk didepannya, sorang lagi disebelah. Nak terbalik meja oleh mereka berdua.

"Sudah la weh. Tak malu ke orang tengok?" Haiden mengeluh perlahan. Uwais bukan reti nak tolong.

"Huda, adik Haiden tu yang kau selalu panggil pujaan hati kau?" Uwais bersuara setelah agak lama berdiam diri.

"Haah. Pujaan hati aku tu namanya Huda Malika. Adik kepada kawan kita ni, Haiden ni. Aku suka dia. Puas hati?" Rayyan mendengus kasar seraya memeluk tubuh.

Ehsan tertawa sinis. "Jadi Huda la yang block kau? Buat kau serabut macam ni? Padan la dengan muka kau."

Haiden mengurut pelipisnya. Stress. Lebih baik dia balik bilik. Belajar. Dia keluarkan telefon dan menyentuh skrin sebelum diletakkan di atas meja.

"Kenapa Huda buat macam tu? Sejak bila?" Haiden menyuap fries di pinggan Rayyan ke mulutnya.

Ehsan sudah berdiri untuk ke kaunter order makanan. Dia dan Haiden belum order apa-ap lagi.

"Masa kau bagi number phone dia dengan Uwais tu, aku terus call dia. Kebetulan aku baru beli telefon dan simkad baru. Tengah berbual, tetiba Wani tegur aku dari belakang. Siap panggil sayang. Sekali aku tengok phone, panggilan tu dah di matikan oleh Huda. Aku try call balik, tak dapat." panjang lebar Rayyan menjelaskan.

"Patutlah kau masuk cafe masa tu kau marah Wani." Uwais mengangguk faham. Dia dan Rayyan sebenarnya keluar untuk makan bersama-sama classmate mereka. Sebelum itu Rayyan pergi beli telefon dan simkad. Jadi dapat saja number phone Huda dari Haiden, terus dia call gadis itu.

Nombor phone Huda, Haiden hantar pada Uwais.

Tray berisi 2 gelas minuman dan dua burger serta fries, Ehsan letakkan di atas meja. Untuk dia dan Haiden.

[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan RayyanWhere stories live. Discover now