FAEL rasa serba salah melihat tuan mudanya mundar mandir sambil cuba menghubungi Huda.
Selepas malam mereka memerangkap Yasmin, mereka berdua terserempak dengan Tuan Hakim dan Puan Mariam di lobi hotel. Ternyata orang tua Huda menghadiri majlis kahwin di ballroom hotel. Tuan Hakim kata Huda pun ada datang sekali. Tapi sudah balik awal dari mereka.
Saat itu baru Fael teringat. Dia ada terhidu bau minyak wangi milik Huda yang sudah serasi dihidungnya ketika dia berbual dengan Yasmin di luar bilik. Kerana Huda selalu memakai minyak wangi itu jadi dia memang kenal.
Lantas dia beritahu hal itu pada Rayyan setelah tuan mudanya cuba menelefon Huda yang tidak mereply pesanan whatsappnya. Sebab itulah Rayyan nampak cemas sekarang ini.
"Saya minta maaf, tuan. Sebab ni rancangan saya.."
Rayyan mendengus kasar. Dia stress. Marah. Tapi dia tidak boleh salahkan Fael kerana dia sendiri bersetuju dengan rancangan itu.
"Kau blah. Aku nak tenangkan diri aku dulu."
"Baik tuan." Fael keluar dari bilik Rayyan.
HUDA duduk menyilangkan kakinya sambil berpeluk tubuh. Menunggu kedatangan orang yang mahu bertemu dengannya.
Hatinya masih sakit. Tapi dia tetap mahu teruskan 'permainan' hati dan perasaan Rayyan padanya. Wajah dingin dia pamerkan. Langsung tiada senyuman di wajah itu.
Melihat Rayyan melangkah masuk ke dalam restoran, Huda menghembuskan nafas perlahan. Get ready. Since Rayyan sakitkan hatinya, biar dia berbuat demikian juga pada lelaki itu.
"Huda.. Maaf lambat. Abang Ray baru habis meeting." Rayyan tersenyum seraya menarik kerusi di depan Huda dan melabuhkan duduk. "Dah order?"
"Dah." balasnya sepatah. Rayyan angkat tangan, mahu memanggil waiter. Namun apa yang Huda kata, menghentikan pergerakannya.
"Saya dah orderkan awak." kata Huda.Rayyan pandang gadis itu. Ada senyuman nipis di bibirnya.
'Saya? Awak?'
Tiada panggilan 'Abang Ray' dan kata ganti diri, 'Huda' keluar dari bibir gadis itu. Kenapa Rayyan rasa lain? Dia rasa jauh dari Huda kerana itu.
Huda kelihatan sangat elegan dengan kemeja hijau lumut dan seluar slack jenis bootcut warna hitam. Rambutnya pula..
Rayyan berdehem. "Bila Huda potong rambut?"
Rambut Huda yang dulunya panjang hingga ke paras pinggang itu, kini hanya di paras bahu saja.
"Baru je."
Waiter datang menghantar pesanan makanan mereka. Rayyan telan liur melihat makanan yang Huda pesan. Makanan pedas! Rayyan tak makan pedas. Bukan tak makan, dia tidak tahan pedas sebenarnya.
Tteobokki, korean spicy fried chicken dan kimbap. Mungkin yang kimbap tu saja dia boleh makan.
"Sorry. Tiba-tiba nak makan makanan korea pula. Saya order yang ni. Awak makan tak? Kalau tak boleh order lain." Huda capai garpu. Mahu menjamah tteobokki yang di hidang di depan mata.
YOU ARE READING
[C] HUDA MALIKA : Wanita Milik Tuan Rayyan
RomanceBook 6 : H U D A M A L I K A & H I S R A Y Y A N