TUAN ARSYAD menyalami Dato Fadhlan. Mereka sudah berjanji untuk berjumpa di restoran tertutup bersama ahli keluarga mereka.Untuk berbincang tentang gosip Aralyn dan Fahrezzi ni la..
Fahrezzi berpeluk tubuh dihadapan Aralyn yang sedang sengih dihadapannya. "Awak..hye.." tegur Aralyn sambil melambai.
Fahrezzi menjulingkan mata. Tak sangka pula perempuan itu adalah anak ahli perniagaan berjaya. Tapi tak pelik pun kerana pakaian Aralyn juga boleh tahan mewah sewaktu pertama kali mereka bertemu dulu.
Tuan Arsyad berdehem kejap. Diberi isyarat mata kepada Areyna supaya anak sulongnya itu mengawal sikap tak semenggah si Aralyn tu.
Areyna mengangguk lalu menyenggol bahu adiknya. "Aww! Apa kaklong ni? Sakit la.." rengek Aralyn seraya menggosok lengan halusnya.
Tuan Arsyad memejam mata kejap. Malu! Malu pula apabila Dato Fadhlan dan Datin Farina memerhati mereka sekeluarga ketika ini.
Datin Farina senyum kekok ke arah Puan Areen yang senyum padanya.
"Maaflah datin.. anak saya ni.. err memang macam tu sikit.. mulut murai orang panggil.. ada je perkataan yang dia nak sebut.."
Datin Farina senyum lalu mengangguk. "Tak apa.. baguslah tu. Memeriahkan suasana.."
Tuan Arsyad senyum hambar. What? Memeriahkan suasana? Makin merosakkan suasana ada la..
Aralyn senyum sahaja mendengar itu. Hehehe at least ada orang backup kita tau!
Tuan Arsyad berdehem kejap lalu berpaling ke arah Dato Fadhlan yang senyum padanya.
"Saya minta maaf atas gosip ni. Saya.. tak tahu pula bila anak saya berjumpa anak dato tu.. saya pun tak sedar dia pergi ke mana waktu tu.."
Dato Fadhlan mengangguk faham. "Tak apa.. saya tak salahkan anak tuan 100%. Sebab anak saya tu dah bujang terlajak. Dah umur 33 tahun dah pun. Itu yang miang semacam."
"Papa! Apa ni?" Marah Fahrezzi tatkala bapanya membuka aibnya begitu saja.
"Hah? Umur awak 33 tahun? Sesuai la saya panggil awak pakcik kan? Sebab umur awak sangat tua dari saya.."
Fahrezzi menjeling 'si peramah' itu.
"Diam lah kau."
"Farez..." tegur Dato Fadhlan perlahan. Fahrezzi mendengus lalu berpeluk tubuh sahaja. Mata dipincingkan kepada Aralyn yang senyum kepadanya.
Tak penat ke perempuan ni asyik senyum je? Tak koyak ke bibir tu nanti?
"Maaf kalau saya mencelah, tapi anak tuan ni umur berapa ya? Saya tengok macam muda lagi.." tanya Datin Farina dengan senyuman.
Walaupun dia geng datin, namun dia langsung tidak sombong malah dia peramah seperti Aralyn. Tapi tak boleh lawan Aralyn la.
Aralyn tu, dengan monyet pun dia boleh buat kawan.
"Umur Alyn 20 tahun aunty.." jawab Aralyn dengan senyuman.
Terbeliak mata Amzar, Tuan Arsyad, Areyna dan Puan Areen apabila Aralyn membahasakan diri Datin Farina sebagai 'aunty'.
Manakala Fahrezzi senyum senget. Woa. Orang pertama panggil mama dia aunty..
"Alyn.. bukan aunty.. tapi datin.." bisik Areyna di telinga adiknya. Aralyn mengedip mata lambat.
"Apa beza dia?" Tanyanya dengan riak polosnya. Tuan Arsyad mengetap bibir. Geram dengan kelakuan anaknya yang semberono itu!
"Takde beza.. Alyn boleh je panggil aunty ni aunty.. aunty tak kisah pun.." jawab Datin Farina dengan senyuman.
Aralyn mengangguk. "Baik aunty.."
Tuan Arsyad mengeluh. Makin lama makin sesak pula berada disini. Makin malu, makin rasa tak selesa pula apabila keluarga dato dihadapannya itu perlu melayan sikap tak semenggah si anak.
"Macam mana ya? Maksud saya, macam mana kita nak hilangkan gosip tak betul ni?" Tanya Tuan Arsyad kepada Dato Fadhlan.
Dato Fadhlan mengerdip mata sekejap. Dia memandang Fahrezzi dan Aralyn silih berganti.
"Kamu berdua bercinta ke?"
"No!"
"Bercinta tu apa?"
Berkerut dahi Tuan Arsyad apabila anaknya bertanyakan itu. "Alyn!" Marah Areyna dengan nada berbisik. Malu la dia apabila Aralyn buat perangai macam ni!
Aralyn tahu sahaja maksud bercinta, tapi dia sengaja nak meriahkan suasana.
Tercetus tawa Dato Fadhlan dan Datin Farina mendengar itu. Manakala Fahrezzi ternganga. Biar betul perempuan ni? Skru otak longgar ke?
"Nakal la Alyn ni.. aunty suka.. nakal macam aunty.."
Aralyn sengih mendengar itu. "Kalau macam tu, kita jadi geng la aunty kan?"
"Alyn.." tegur Puan Areen pada anaknya.
Entah berapa kali ahli keluarganya perlu menegurnya hari ini. Sakit kepala dibuatnya!
Fahrezzi menggeleng. "She's crazy.." gumamnya perlahan namun didengari Areef.
"Betul pakcik! Akak saya tu memang crazy! That's true that's true!" Jerit Areef keriangan.
Fahrezzi menggigit bibir. Alamak.. budak ni.. dengar ke?
Fahrezzi mengerling ibubapanya. Dia meneguk liur tatkala Dato Fadhlan dan Datin Farina mencerlungnya.
"Crazy tu apa?" Tanya Aralyn lagi.
Tuan Arsyad memejam matanya kejap. Dia gelak hambar kepada Dato Fadhlan yang sedang senyum kekok kepadanya.
"Maafkan anak saya.." pinta Tuan Arsyad.
"Ya.. maafkan anak saya juga kerana kurang ajar tadi.." ujar Dato Fadhlan perlahan.
Fahrezzi mendengus. Rasa rimas pula dengan situasi ini! Dia terus bangun dari duduknya lalu membetulkan jaket kulitnya.
Terjungkit kening Dato Fadhlan. "Toilet." Jawab Fahrezzi ringkas sebelum bapanya bertanya padanya. Fahrezzi menjeling Aralyn sekejap sebelum dia melangkah keluar dari bilik tertutup itu.
Aralyn menggigit bibirnya. Tangan menyentuh 'bawahnya' tatkala pundi kencingnya hampir meletup. Padah minum air berkarbonat malam-malam waktu orang tidur.
Balasan!
"Err Alyn pun nak pergi tandas juga boleh tak? Alyn nak buang hajat kecil.." pinta Aralyn yang sudah tidak tahan di kerusinya.
Puan Areen mengangguk. Diusap kepala anaknya itu. "Okay.. jangan buat hal dekat luar. Lepas kencing, masuk bilik ni terus. Okay?"
Aralyn mengangguk. "Alyn keluar jap tau aunty dan uncle.." pinta Aralyn sebelum dia bangun dari duduknya dan berlari-lari anak ke pintu.
Dato Fadhlan dan Datin Farina senyum dengan tingkah anak itu manakala Tuan Arsyad, Puan Areen dan Areyna menggeleng.
Hari ini sudah banyak kali mereka menggeleng. Sakit kepala sangat gamaknya dengan sikap Aralyn tu.
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...