HAYYAN - BAB 1

1K 62 11
                                    



PRANGG!

BERGEMA ruangan itu dengan hempasan pasu kaca ke atas lantai rumah mewah itu. Kaki menyepak kuat meja di ruang tamu sehingga meja itu beralih ke arah lain.

Terpejam mata seorang wanita yang sedang duduk di sofa tatkala suaminya mengamuk mendadak.

Namun.. dia tahu mengapa itu terjadi..

"KAU CURANG BELAKANG AKU! DASAR BETINA MURAH!" Jerit Hayyan kepada isterinya, Serena.

Serena membalas cerlungan suaminya. Dia berdehem kejap lalu mengemaskan sedikit bajunya yang hampir terlorot ketika ini.

Hayyan bernafas laju. Dicerlung wajah Serena lalu matanya terkalih ke arah seorang lelaki yang tidak berbaju ditepi Serena.

Hayyan gelak sinis. "Lelaki macam ni yang kau pilih? Lelaki muka awam ni?"

Berkerut dahi Serena. "Atleast dia ada masa untuk i! I bosan la berkahwin dengan you, Hayyan! Ya betul! You memang kaya! Keturunan anak orang kaya! Tapi you langsung tak ada masa untuk i!"

"Eh sial, aku cari kerja untuk kesenangan kau la! Kau tu perempuan materialistik! Perempuan yang sentiasa nakkan kekayaan! Perempuan yang tahu bermewah sahaja! Aku yang terpaksa bekerja keras demi kau!"

Serena gelak sinis. Dirangkul lengan lelaki yang bernama Daniel itu. "Dia boleh puaskan i. Dia pandai layan i. Dia pandai belai i. You? Keras. Macam patung. Nak layan i pun macam nak taknak je. Macam lelaki yang tak bernafsu."

"Diamlah betina! Kau jangan salahkan aku! Kau langsung tak bantu aku dalam kehidupan perkahwinan kita! Aku yang berusaha selama ini! Kau? Ada kau nampak usaha aku? No. Kau hanya pandai kikis duit aku sahaja!"

Jerit Hayyan dengan dada berombak kasar. Suami mana yang tidak sakit hati tatkala dia sendiri menangkap basah isterinya berduaan dengan lelaki lain didalam rumahnya?

Syukur sahaja dia terlupa mengambil dokumen kerjanya tadi. Jika tidak, sampai bila-bila pun dia tidak akan tahu kerja jijik isterinya itu.

Serena mencerlung. "Kerja suami adalah tanggung isteri! Kenapa you nak mengeluh pula? Kenapa you nak mengungkit pula ni?!"

"Aku tak mengungkit! Aku bukannya mengeluh! Betul apa yang kau kata tu! Kerja aku sebagai suami adalah tanggung kau! Bayar semua keperluan kau! Tapi dah kalau kau hampir menghabiskan duit aku sebanyak rm10,000 dalam sebulan, kau fikir aku tak penat ke sial?!"

Tersentak Serena apabila Hayyan betul-betul menjerkah dihadapan wajahnya. Hayyan mencerlung tajam wajah isterinya dengan nafas tercungap-cungap.

"Kau fikir mudah ke kerja aku? Siang malam aku bekerja untuk menyara kehidupan mewah kau ni.. lepas tu bila aku tiada masa untuk kau, kau mengeluh? Dan kau boleh pula beromen dengan jantan tak guna ni belakang aku?!"

Hayyan menunding jari ke arah Daniel. Terpejam mata Serena dan Daniel ketika ini.

Hayyan menolak isian pipinya dengan lidah. Dia mengetap kuat rahangnya.

"Aku jaga kau, aku tanggung diri kau sehingga aku hampir mampus, tapi kau boleh pula mengangkang depan jantan lain?! Mana pergi maruah kau sebagai isteri aku?!"

Terdiam Serena mendengar itu. Dia menggigit bibir. Bukan kerana rasa bersalah, namun dia takut akan Hayyan versi ini.

Dia kenal Hayyan. Hayyan seorang yang beku dan garang.. Hayyan sentiasa dingin jika lelaki itu sedang tertekan.

Namun tidak pula Hayyan melayannya dingin.. lelaki itu cukup sempurna untuk dijadikan suami kerana lelaki itu bercakap lembut sahaja dengannya.
Inilah pertama kali Hayyan menjerkahnya.

Hayyan mengetap bibir. Dipandang Serena dan Daniel silih berganti.

"Kau beri badan kau pada jantan yang entah inginkan kau atau tidak. Kau terlalu murah memberikan diri kau kepada lelaki yang tiada hala tuju. Kau memang murah, Serena. Aku jijik dengan betina murah seperti kau."

Serena meneguk liur. Dia mendongak memandang riak tegang Hayyan ketika ini. Hayyan meraup kasar wajahnya.

Dia menarik nafas dan hembus perlahan. "Maaf Serena, setelah apa yang terjadi depan mata aku sekarang, aku mula rasa jijik dengan kau. Aku tak sangka bahawa kau berkongsi badan dengan lelaki lain..

....itu bermakna, kau.. barang terpakai.. yang disentuh oleh lelaki lain selain suami sendiri. Dan ia membuatkan aku jijik dan menyesal sentuh kau."

Serena mencerlung Hayyan tatkala Hayyan mengatakan itu. Hayyan membalas renungan maut Serena.

"Kau dengar sini baik-baik. Selepas sahaja kau disentuh lelaki lain, aku bersumpah pada kau bahawa aku menyesal dan jijik mempunyai isteri seperti kau.. aku ikhlas menjadi suami kau kerana aku cintakan kau. Tapi sekarang, demi Allah, aku geli dengan isteri aku sendiri."

"What do you mean?" Terdengar suara celahan gigi Serena ketika ini.

Hayyan senyum senget. "Listen me carefully. Serena binti Salehuddin, aku ceraikan kau dengan talak satu. Berambus dari rumah aku! Kutip semua pakaian kau serta pakaian jantan kaparat ni! Aku haramkan kau jejak kaki ke dalam rumah ini. Dan aku haramkan kau ambil apa-apa harta dalam rumah aku."

Terbeliak mata Serena mendengar itu. Digeleng kepalanya. "What?"

"BLAH! Hilangkan kotoran dalam rumah ni! Mulai hari ini, aku haramkan betina sundal seperti kau jejak kaki ke dalam rumah ni! Aku akan beritahu ibubapa kita tentang hal ni...

....dan dengar aku cakap, jangan pernah kau play victim depan mummy dan daddy aku. Kalau kau play victim, bersedialah bertemu aku di mahkamah. Segala bukti kau ada dalam genggaman aku. Cctv rumah aku adalah buktinya."

Serena mengetap bibir. Dia mendengus lalu ditarik tangan Daniel mengikuti langkahnya. "I pun tak hamak dengan jantan beku macam you!"

Serena terus menghempas kuat pintu rumah Hayyan. Terpejam mata Hayyan. Dia terus terjelumpuk jatuh ke atas lantai.

Diraup kasar wajahnya. "Allah.. kenapa semua ini jadi seperti ini.. kenapa orang yang paling aku cinta boleh mengkhianati aku seperti ini?"

Tanya Hayyan sendirian. Dia sudah lemah. Lemah dengan segalanya.

Siapa saja tak terkejut tatkala melihat isteri sedang bercumbuan dengan lelaki lain dengan matanya sendiri?

Hancur luluh hati Hayyan ketika ini.. akhirnya.. perkahwinan selama 5 bulan ini berakhir begitu sahaja..

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now