"URGGGGHHH Leo! Kenapa tak kejut i?! I kena jumpa client tau hari ni?!" Jerit Evalyn yang sedang menuruni tangga dengan rambut kusutnya. Kelihatan wajahnya masih dipenuhi mekap semalam.
Leonard yang sedang menyediakan makanan pagi panggung kepala ke arah gadis yang sedang menayangkan riak cemberut dihadapannya.
Leonard menjungkit kening. "Really? Siapa je yang bekerja hujung minggu?" Tanyanya sebelum dia menghirup kopi panasnya sambil mata merenung wajah terpinga-pinga Evalyn.
Evalyn berdehem. Dikemaskan sedikit rambutnya. Dia terlupa bahawa hari ini merupakan hujung minggu. Terlalu fikirkan kerja sehingga lupa akan itu.
"Clean yourself first. Lepas tu turun makan. I dah buat roti bakar untuk you." Evalyn mencebik. Dia menuruni tangga lalu melangkah ke dapur.
"I nak makan dulu.. i lapar." Baru sahaja dia ingin mencapai roti namun Leonard sempat memukul perlahan tangan lembut itu.
"Aww.. what's wrong with you?" Tanya Evalyn sambil menggosok tangannya. Dahi berkerut memandang Leonard yang sedang enak mengunyah roti.
"Brush your teeth. Busuk, bauan nafas pagi disertakan pula alkohol semalam." Evalyn menjulingkan matanya. Dia berpeluk tubuh dihadapan Leonard.
"Hoho you're so sensitive about it, Leonard?" Leonard mencebik. "It's not called sensitive. But we called it cleanliness. Apa guna muka cantik, kalau kebersihan tak jaga, hm?"
Evalyn mendengus. "Here we go again.. orang tua kerepot nak start membebel."
Leonard menjeling. "What ever. Call me anything you want. Yang penting, kemaskan katil kita tu, and then, kemaskan barang you di ruang tamu tu." Leonard memuncung bibirnya ke ruang tamu.
Evalyn menoleh memandang itu. Nafas berat dilepaskan melihat coat serta beg dan kasutnya berselerak disitu.
"Ahh one more thing. Minggu ni, tugas you bersihkan bilik air di dapur and dalam bilik."
"Oh my goodness, i'm very tired of this.." keluh Evalyn seraya mengusutkan rambutnya. Leonard senyum senget melihat.
"Nak i beritahu ibubapa you tentang ni or you nak kemaskan? Choose."
Evalyn menjeling rakannya. Dikuak rambutnya ke belakang.
"Like really Leo? You hancurkan pagi i dengan leteran you serta ugutan you pada i?"
Leonard menjungkit bahu. "I takkan membebel pada you jika you jaga kebersihan rumah ni. Dalam rumah ni hanya ada kita berdua. Itu bermaksud you dan i kena bekerjasama supaya kita berdua hidup dalam keadaan harmoni. And–"
"Okay then, okay. Stop it, okay? Telinga i hampir berdarah dengar you berleter. Just stop it already.. hampir beruban rambut you sebab asyik membebel aje."
Keluh Evalyn lalu bangun dari duduknya. Tangan dipanjangkan ingin mengambil roti dari pinggan namun tangannya ditepuk perlahan oleh Leonard.
"Aw.." desis Evalyn perlahan. Leonard senyum. "Brush your teeth first."
Evalyn mendengus. Dihentak kakinya melepaskan geram. "So strict. I hate you." Marah Evalyn sebelum dia melangkah menaiki tangga dengan riak masam mencuka.
Leonard menggeleng dengan senyuman. Mereka memang akan bergaduh dipagi hari kerana Evalyn sentiasa aci redah dalam semua benda.
Leonard pula seorang lelaki yang inginkan kebersihan serta kesempurnaan. Jadi, agak susah untuk mereka hidup harmoni.
Namun Leonard sudah lama kenal Evalyn. Jadi, dia tahu cara untuk mengajar gadis itu agar menjadi perempuan yang mementingkan kebersihan.
"LEO, can i have this?" Tanya Evalyn yang sedang menunjukkan gula-gula pada Leonard. Leonard menurunkan kaca mata hitamnya lalu mengangguk.
"Take it." Evalyn mengangguk. Diletakkan gula-gula ke dalam troli. Setiap hari sabtu, mereka pasti akan keluar pergi membeli-belah sama-sama.
Dan hari ahad pula, Evalyn akan menjengah ibubapanya jika dia rajin. Jika dia malas, dia akan layan movie bersama Leonard sahaja di rumah.
Evalyn mengeluh. Dilentokkan kepalanya ke bahu Leonard. "I think i need consume vitamin C supplement. I'm really tired these days.." rengek Evalyn perlahan.
Leonard menjeling gadis itu. Tangan kanan naik merangkul bahu Evalyn agar gadis itu tidak terjelumpuk jatuh. Risau juga jika gadis itu tertidur pula di bahunya.
Bukan boleh kira si Evalyn tu.
"No need supplement. Untuk dapatkan vitamin c, you just need vegetables and fruits only. Banyakkan makan buah oren dan buah epal. And one more thing, join i berjoging waktu petang untuk mengeluarkan toksin dalam badan you melalui peluh."
"I malas la Leo.. sayur tu pahit.. buah pula i tak suka.. joging? Gosh. I really hate that."
Leonard menggeleng. "You memang benci apa yang i suka dan suka apa yang i benci." Gumam Leonard perlahan. Lebih kepada menahan geram.
Evalyn tergelak. Diusap pipi Leonard dari tepi. "You're so cute la bila you membebel macam ni, Leo.."
Leonard berdecit. Ditepis perlahan tangan Evalyn. "Don't treat me like a kids.."
Evalyn mengangguk. "Tapi you still a kid for me. Sebab you takut ditinggalkan hidup bersendirian. Right?"
Leonard mengeluh perlahan. Dilepaskan rangkulan di bahu Evalyn lalu ditolak kepala Evalyn dari bahunya.
Tersentak kejap Evalyn. Terkedip-kedip matanya melihat wajah sugul Leonard.
"Listen Evalyn.. semua orang ada kekurangan dia. You pun ada kekurangan you, i pun ada kekurangan i. Tapi ia tak bermakna you ada hak untuk menjadikan kekurangan seseorang sebagai gurauan.."
Evalyn menggigit bibir. Dia silap! Dia terlalu selesa dengan Leonard kerana itulah dia tersilap bergurau kasar dengan lelaki itu.
"Leo, i.. i–"
"I know you selesa dengan i, kita dah berkawan lama.. dah kenal antara satu sama lain.. dah tahu apa kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dah kenal sikap masing-masing.. tapi itu tak bermaksud you boleh bergurau melampaui batas seperti ini..
....i pun taknak diri i macam ni.. kalau la you anggap kekurangan i ni istilah kanak-kanak bagi you, okay.. i'm sorry okay? I'm sorry sebab i susahkan you sepanjang kita bersama."
Evalyn menggeleng. "No.. no.. you're not.. i tak bermaksud macam tu pun.. i.. tersilap tadi. I'm so sorry, okay? I.. i promise i takkan bahas lagi hal ni.. i'm so sorry Leo.. okay?"
Bisik Evalyn dihadapan Leonard. Leonard mengeluh lalu mengangguk. Dia senyum segaris sebelum dia melangkah ke kawasan barangan basah.
Evalyn memejam mata kejap. Dipukul kepalanya. "Stupid Evalyn stupid! Kenapa bahas hal tu sedangkan dia sedaya upaya nak sorokkan hal tu dari semua orang? You're so stupid Evalyn!"
Marahnya dalam nada berbisik. Dia mengeluh lalu melangkah laju ke arah Leonard.
"Leo wait for me!" Jeritnya yang sedang berlari-lari anak ke arah Leonard.
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...