"ABIYYYY!" Terpejam kejap mata Hannan yang sedang memakai topi keledar tatkala mendengar suara bingit itu dari jauh. Ditunduk kejap kepalanya memandang jam ditangannya.7.15 a.m.
Entah apa yang merasuki si Hanim tu sehingga bangun diawal pagi ini? Biasanya budak mentah tu asyik tidur je sehingga tengahari walaupun dileteri ibunya.
"Abiy dah nak pergi kerja ke ni?" Tanya Hanim dengan mata terkedip-kedip dihadapan Hannan.
Hannan mengeluh. Dia menoleh ke arah Hanim lalu menjungkit kening.
"Awal kau bangun? Tak pernah-pernah awal macam ni." Ujar Hannan dengan mata memerhati sahaja wajah sembab gadis itu yang menandakan Hanim baru sahaja bangun tidur.
Sudahlah pakai tudung sarung senget. Aduh la budak Hanim ni..
Hanim senyum. "Nak jadi isteri abiy, mestilah kena bangun awal. Kan kan?" Tanya Hanim sambil menyengetkan kepalanya menayangkan senyuman manja.
Hannan melepaskan segugus keluhan. Dia berpaling ke arah Hanim lalu berpeluk tubuh dihadapan gadis itu.
"You know what Hanim? Aku rasa menyampah dengan panggilan serta cara kau layan aku. Tak boleh ke kau layan aku macam kawan je? Perlu ke kau layan aku seumpama aku ni special untuk kau?"
Memudar senyuman Hanim mendengar itu. Berkerut kejap dahinya.
"Kau kenapa? Ada masalah ke? Selama ni kau tak hairan pun aku panggil macam tu. Kenapa hari ni nak berhangin sangat dengan aku?"
Hannan berdecit. "Stop panggil aku panggilan manja macam tu. Dan stop cari aku kalau takde apa-apa yang penting. Kau buat hal kau dan aku buat hal aku. Got it?"
Tersebik Hanim mendengar itu. "Tapi kenapa... selama ni kau okay je dengan aku.. kenapa ni abiy?" Tanya Hanim lagi sambil menarik-narik baju kerja Hannan.
Hannan menghela nafas perlahan lalu ditepis kasar tangan Hanim. Entahlah. Selama ni dia okay sahaja Hanim melayannya begini.
Mungkin kerana Hannan terlalu berfikir dengan apa yang dibincangkan bersama ibunya semalam.
Kerana itulah dia agak.. kekok dengan Hanim pagi ni.
"Aku tak suka. Kau dengan aku hanya kawan. Tak lebih. Jadi, please stop cari aku. Jangan dekat dengan aku kalau tiada apa-apa urusan. Aku.. menyampah dengan kau. Faham tak menyampah?"
Terkedip-kedip mata Hanim ketika ini. Terasa la dia bila Hannan menyampah dengan dia..
"Kenapa pula kau menyampah? Selama ni kita okay je.. kau pun tahu kan aku tak ambil serius dengan panggilan tu? Aku main-main je.. tak perlu la sampai menyampah dengan aku.."
Ujar Hanim dengan riak sebiknya. Sekali lagi Hannan mengeluh. Dia menggeleng lalu naik ke atas motornya lalu menghidupkan enjin motornya.
"Hannan.. kau marah aku ke?" Tanya Hanim lagi. Hannan menjeling kejap Hanim lalu memberikan tupperware milik Puan Azira kepada Hanim.
Terkedip-kedip mata Hanim. "Ambik. Nanti ibu membebel pula aku tak beri tupperware kesayangan dia ni."
Hanim mengeluh. Diambil bekas itu lalu menatap wajah Hannan.
"Kau marah aku ke Hannan?" Hannan menggaru lehernya kejap.
"Aku tak marah. Cuma aku geram bila kau buat tak endah dengan amaran aku. Kau tahu tak mak dah salah faham pasal kita? Dia asak aku berkahwin dengan kau..."
Bersinar mata Hanim mendengar itu. "Kalau macam tu, jom lah kita kahwin. Aku pun nak berkahwin jugak dengan kau. Jom aa Nan.." ujar Hanim sambil menggoncangkan lengan Hannan.
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...