LEONARD memandang Evalyn yang sedang memakai mask timun ketika ini. Elok sahaja gadis itu berjalan ke hulur ke hilir dengan mask di muka.Aik? Tak jatuh pula mask tu..
Leonard elok sahaja berbaring diatas katil menonton televisyen didalam bilik mereka. Evalyn menghenyak punggung di atas katil lalu mengemaskan sedikit mask di wajahnya.
"You want it?" Tanyanya dengan mata terpejam. Bukannya dia tidak perasan Leonard memandangnya tidak lepas dari tadi.
"No thanks. I tak suka letak benda-benda sejuk dekat muka. Nanti muka i cramp." Ujar Leonard lalu dia sambung menonton movie di kaca tv.
Evalyn mencebik. Dia baring meniarap sambil membuka majalah yang diambilnya tadi. Kaki elok sahaja diayunkan ketika ini.
Leonard menjeling pakaian Evalyn. Evalyn memakai baju tidur lengan pendek dan baju itu paras paha sahaja.
"You tak sejuk ke malam ni? Malam ni diramal hujan tanpa henti tau?" Evalyn menggeleng. "I tak percaya ramalan tu. Cuba you tengok cuaca dekat luar tu. Tenang je kan? So shhhh.. don't disturb me. I nak baca cerita sensasi ni.."
Leonard tergelak lalu menggeleng. "Ouh by the way, esok you balik rumah mummy you ke?" Evalyn mengangguk.
"Yap. I rindu masakan mummy i. So i akan lawat dia esok. Don't worry, i balik awal, okay?"
Leonard mengangguk. "Ouh alright then." Berkerut dahi Evalyn mendengar itu. Dia terus berpaling ke arah Leonard.
"Why?"
"Why what?"
"Kenapa suara you macam tu? Macam tak suka je i jumpa parents i?"
Tercetus tawa Leonard. Dia menggeleng. "No la. Bukan itu maksud i. Tapi i baru ingat nak ajak you ambil Lilac dirumah Laura esok. Suami dia tak ada sebab nak settlekan semua urusan di Malaysia sebelum bertolak ke luar negara. Sebab tu dia tak dapat datang hantar Lilac ke sini. Ja–"
"Wait wait wait.." cantas Evalyn dengan riak berkerut. Terjungkit kening Leonard. "Why?"
Evalyn bangun dari duduknya lalu dia duduk bersila dihadapan Leonard. Selimut yang menutupi badan Leonard ditarik lalu ditutupi paha terdedahnya.
"Maksud you, suami dia tiada di rumah? Hanya dia berseorangan je? Macam tu?" Leonard mengangguk lambat. "Yap. Sebab tu dia suruh i datang ke sana. Dia tiada transport datang sini. Dia tak pandai memandu."
Evalyn menolak isian pipinya dengan lidah. "Kalau macam tu i ikut you!" tak manis kalau you berduaan je dengan dia. Sambung Evalyn dalam hati..
Leonard menekan pause pada movienya. Dia duduk menegak sambil memandang Evalyn yang sedang memandangnya.
"Tapi you cakap nak jumpa parents you kan?"
"Yes but cancel. Alaa takpa, i belum beritahu mummy pun yang i nak ke sana. So, i belum janji dengan dia. Lagi pula errr i nak tengok anak anjing tu! Haaa i tak sabar nak tengok dia. Mesti putih melepak dan cantik sangat kan?"
Ujar Evalyn dengan sedikit kekok. Yang sebenarnya, dia tidak begitu selesa jika Leonard rapat dengan perempuan lain berbanding dirinya.
Entahlah.. mungkin Evalyn sudah terbiasa rapat dengan Leonard. Kerana itulah dia rasa sedikit cemburu melihat rakannya rapat dengan orang lain.
Leonard tergelak. Dia mengangguk. "Okay, kita pergi sama-sama esok." Ujar Leonard lalu menekan remote untuk menyambung menonton movienya.
Evalyn senyum lebar. Dia berpaling ke arah TV untuk menonton apa yang ditonton Leonard.
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
Любовные романыEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...