LEONARD - BAB 3

602 39 2
                                    


TIDAK tenteram Leonard memandu ketika ini apabila ada jemari runcing yang mencucuk hidungnya. Kadang-kala jari itu galak mencuit dagunya, ada kalanya dia menekan-nekan pipi Leonard dengan jari telunjuknya.

Leonard berdecit. Ditangkap jemari nakal itu lalu digenggam kemas. "Ok what? What do you want, Eva?" Tanya Leonard pada Evalyn namun mata fokus dengan pemanduannya.

Evalyn mengeluh. "I want your attention.." Leonard berdehem mendengar suara tenggelam timbul Evalyn.

"I tengah memandu."

"But atleast bercakap la dengan i.. asyik i je bercakap dari tadi. You langsung tak beri respond.." adu Evalyn sambil bermain dengan kuku milik Leonard.

Hehe tangan kanan dah digenggam Leonard. Tangan kiri masih ada untuk mengusik Leonard..

Krik krik...

Evalyn memuncungkan bibir apabila Leonard hanya diam membisu. Sedari tadi hanya dia sahaja yang bercakap. Dah macam radio buruk dah..

"You hate me, huh? You hate me already, Leo? Huh?" Leonard menjeling. Dah mula dah perangai tak semenggah dia..

Evalyn mengangguk. "Fine. You hate me so much aren't you? Okay takpa. I lompat dari tingkap kereta you. I lompat tau?"

Leonard senyum senget. Tangan kanan menekan punat di pintunya agar Evalyn tidak boleh menurunkan tingkap.

Dia tahu Evalyn mengada je lebih.. bukannya dia lompat pun. Tengok la sekarang, elok sahaja dia pegang tangan Leonard. Nak ajak Leonard lompat sama-sama ke apa?

Habis tu siapa nak memandu?!

Evalyn menekan-nekan punat tingkap. Berkerut dahinya apabila tingkap tidak boleh dinaikkan.

"Heyy.. buka la tingkap. I betul-betul nak lompat ni.. jangan sampai i pecahkan tingkap you guna kasut tumit tinggi i?"

Tercetus tawa Leonard mendengar itu. Digeleng kepala dengan tawanya. Evalyn yang mendengar tawa Leonard hanya senyum melihat itu.

Sedari tadi Leonard bermasam muka dengannya. Sekarang Leonard sudah senyum padanya. Suka la dia..

"You tak payah nak mengada la Eva. Lompat katil pun takut, ada hati nak lompat dari kereta.." Evalyn senyum.

"Awww so sweet.. you kenal i sangat-sangat ke, Leo? Really?" Tanyanya seraya mengintai Leonard dari bawah. Leonard senyum mendengar itu. Dikerling sekilas Evalyn yang sedang mengerdip mata padanya.

"Jangan tanya i kenapa kita excident nanti kalau you tunjuk muka manja you depan i." Evalyn tergelak. Diperbetulkan duduknya lalu disandarkan badannya ke seat. Kepala berpaling ke arah Leonard.

"You dah tak marah i kan, Leo? I'm really sorry pasal tadi.. i janji i tak bahas dah..sepatutnya i diamkan je perkara tu.. hanya i dan you je yang tahu. Tapi silap i pula sebut depan awam tadi.."

Leonard senyum tipis. Diusap tangan Evalyn yang masih berada dalam genggamannya.

"Nah it's okay. Silap i juga sebab terlalu berhati tisu. Tak sepatutnya i terasa hati dengan ucapan you tadi."

Evalyn menggeleng. Tangan naik mengusap dada Leonard. "No.. sekuat mana pun you, hati you tetap lembut.. jadi, tiada istilah hati tisu.. kerana hati manusia ni lembut dan harus dijaga dengan baik.. ia bermakna, terasa hati itu perkara biasa lah walaupun bagi you ia perkara kecil. Why? Kerana hati kita seumpama kaca.. mudah pecah, dan sukar dicantumkan kembali."

Leonard senyum mendengar itu. Dikerling tangan Evalyn yang sedang mengusap dadanya.

"Thank you a lot Eva. But.. i think you pujuk i dengan ucapan pun dah cukup. Tak perlu rasanya nak raba dada i."

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now