TERSENTAK Marsha yang sedang mencuci tandas tatkala mendengar percikan air di kolam luar rumah majikannya. Berkerut kejap dahi Marsha.Dia menjentak tangan menghilangkan sisa air sebelum bangun dari duduk mencangkung. Bajunya yang dilipat tadi, dibuka lipatannya.
Leher dipanjangkan mengintai siapakah gerangan yang melompat masuk ke dalam kolam waktu begini?
Setahunya tuannya tidak pernah pulang awal sebegini. Sekarang baru masuk tengah hari, siapa pula yang mandi kolam ni?
Kaki mengorak langkah menuju ke kolam. Dia mengecilkan mata melihat seorang jejaka berbadan tegap sedang berenang didalam kolam.
Marsha membuka sliding door dengan langkah berjaga-jaga. Diambil penyapu di tepi pintu itu sebelum kaki mengorak langkah menghampiri jejaka tadi.
Jantung mula berdegup kencang ketika ini. Tangan diangkat tinggi untuk memukul gerangan yang sedang berenang sakan ketika ini.
Baru sahaja dia ingin memukul lelaki itu, namun lelaki itu sempat menarik tangannya sehingga dia terjatuh ke dalam kolam yang agak dalam itu.
"Arghh!" Jerit Marsha mendadak. Terpejam matanya tatkala air masuk ke dalam mata serta hidungnya saat ini.
Tangan kanan automatik merangkul leher jejaka tadi manakala tangan kiri meraup wajahnya yang basah. Kedua kaki pula elok sahaja melilit ke pinggang jejaka itu.
Zayeed gelak kuat melihat sikap gabra pekerjanya. Digeleng sahaja kepalanya melihat Marsha yang bernafas tercungap-cungap.
"Hey, kenapa ni? Kenapa nak pukul i?" Tercelik mata Marsha mendengar suara garau yang amat dia kenali. Berkerut dahinya ketika ini.
"Tu..tuan? Tuan dah balik?" Zayeed senyum. Tangan menarik pinggang Marsha sehingga badan hadapan Marsha melekap penuh ke badannya.
Terbeliak mata Marsha. Tak sangka Zayeed sesuka hati memeluknya sehingga mereka dapat merasai lekuk badan masing-masing.
"Yes. Kenapa? Pelik sangat ke i balik waktu macam ni sehingga you bawa penyapu nak pukul i?"
Marsha mengerling penyapu yang sudah terapung di permukaan air. Selipar Marsha juga turut terapung dek kerana Zayeed menariknya tadi.
Marsha memejam mata kejap dengan nafas tercungap-cungap. Dia makin memeluk leher Zayeed kerana paras air di kolam ini agak dalam.
Boleh dikatakan air ini paras leher Zayeed.Ketinggian Zayeed mencecah 184cm manakala Marsha hanya 155cm.
Kalau dengan Zayeed pun mencecah paras leher, kemungkinan dia cecah atas kepala gamaknya..
Zayeed senyum melihat wajah basah dihadapannya ini. Bulu mata lentik, mata basah, pipi basah, bibir juga.. basah.
Semuanya basah.. namun... Zayeed suka melihat itu. Terbukti bahawa Marsha ini sememangnya cantik asli tanpa sebarang solekan.
"You're very pretty young lady.." bisik Zayeed secara tiba-tiba. Marsha terus menoleh ke arah Zayeed. Terpinga-pinga dia apabila dipuji begitu tanpa bersebab.
Marsha berdehem. "Err tuan nak makan? Saya boleh masakkan.. sempat la saya masak sebelum tuan kembali ke syarikat."
Zayeed senyum. Digelengkan kepalanya. Dia mara mendekati Marsha lalu dilabuhkan kepalanya ke dada Marsha.
Terbuntang luas mata Marsha. Serasa seumpama ada aliran elektrik yang berlaku dalam tubuhnya ketika ini.
Zayeed memejam mata. Pelukan makin dieeratkan. Rasa hangat berada dalam dakapan Marsha.
"It's okay. Masak lambat sikit pun takpa.. i memang dah tak masuk office petang ni.."
Berkerut dahi Marsha. Dia masih menahan rasa debaran yang melanda dirinya saat ini.
Siapa je yang tak berdebar bila kepala lelaki betul-betul berada di dadanya ketika ini? Harap Zayeed tak dengar degupan jantungnya..
"Kenapa.. tuan dah tak masuk office?" Zayeed senyum. "Why? Tak suka ke i balik awal?"
Marsha beria menggeleng. "Bukan.. bukan macam tu maksud saya.. cuma, saya nak tahu kenapa tuan balik awal? Tuan ada masalah? Atau.. sakit ke?"
Zayeed senyum lebar mendengar soalan pekerjanya itu. Dianggukkan kepala di dada Marsha. "Yes, i sakit kepala."
Marsha menggigit bibir. Terbit rasa risau apabila mengetahui tuannya sakit.
"Alamak.. takpa tuan, nanti saya sediakan ubat pening kepala untuk tuan ya?" Zayeed menggeleng. Diangkat kepala mendongak Marsha yang sedang menunduk memandangnya.
"Nope, i taknak ubat tu.. i cuma nak you urutkan kepala i, can you?"
Marsha meneguk liur. Sudahlah Zayeed memandangnya dengan pandangan penuh berharap, terkedip-kedip dihadapannya.
Rasa serba salah pula jika tidak mengikuti kehendaknya..
Marsha senyum kekok. Dianggukkan kepalanya. "Baik tuan.. tapi saya nak masak dulu.. mesti tuan lapar kan?"
"Yes."
Marsha senyum. Rasa malu pula bila tersedar kedudukan mereka sangat intim saat ini. Dia berdehem kejap.
"Tuan.. saya nak masak." Tutur Marsha sekali lagi apabila Zayeed masih tidak melepaskan pelukan mereka berdua.
Zayeed senyum melihat reaksi gelisah pekerjanya itu. Dia mengangguk. "Okay.. i lepaskan you sekarang eh?"
Terbeliak mata Marsha tatkala pelukan mereka sudah longgar. Kalau dia lemas macam mana?!
"Err tuan!" Jerit Marsha. Tangan memeluk erat leher tuannya. Terpejam mata Zayeed tatkala wajahnya tersembam ke dada Marsha.
Marsha tidak sedar akan itu kerana dia hanya ingin berpaut di tubuh sasa tuannya agar dia tidak lemas didalam kolam yang agak dalam ini.
Zayeed senyum senget dalam pelukan. Digerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri untuk menikmati aset gebu itu.
Dihidu semahunya wangian yang terbit dari badan itu. Bergelora nafsu jantannya apabila Marsha menyerah seperti ini.
"Maksud saya, tuan lepaskan saya dekat darat.. saya tak pandai berenang.."
Tercelik mata Zayeed. Senyuman masih tak lekang di bibirnya. "Alright, but.. you tak rasa kedudukan kita terlalu extreme ke? I dapat rasa buah dada you tau?"
Terbeliak mata Marsha. Automatik dia melonggarkan lingkaran tangan di leher lelaki itu lalu dijarakkan wajah mereka.
Berona merah pipi Marsha apabila Zayeed senyum lebar mendongak ke arahnya ketika ini.
"M-maaf tuan.. saya.. saya tak sengaja.."
Zayeed mengangguk. Dibawa Marsha ke tepi kolam. "It's okay. I menikmatinya."Terasa seumpama darah menyerbu ke seluruh muka tatkala tuannya mengatakan itu.
Zayeed menyeluk tangan ke celah ketiak Marsha lalu diangkat Marsha keluar dari kolam. Marsha menyisir rambut basahnya dengan badan terketar. Zayeed pula merenung sahaja sekujur tubuh dihadapannya itu.
Mata gatal meliar ke tubuh Marsha yang melekat dengan baju dek air kolam tadi. Matanya tertancap ke dada Marsha.
Halkum mula bergerak-gerak apabila dia nampak dengan jelas bentuk dada serta warna baju dalam yang dipakai Marsha.
Automatik Marsha menutup badannya sehabis baik. "Tuan, saya tukar baju dulu.." ucap Marsha sebelum dia berlari-lari anak memasuki rumah Zayeed.
Zayeed senyum senget. Diraup kasar wajahnya yang basah itu lalu menggeleng.
"You innocent, Marsha.. but you sangat bahaya.. sikap you mampu buat i berdebar seperti sekarang.."
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
Roman d'amourEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...