HONEY - BAB 3

948 72 3
                                    



"ITU LAH kau, makan banyak lagi.. kan dah terberak tak henti.." bebel Hazmi pada Farid. Farid tergelak mendengar itu.

"Sorry weh.. banyak sangat makanan hari raya pertama ni.. rambang mata aku tengok."

Hazmi gelak perlahan. "Mana isteri kau? Tak beraya ke?"

"Macam biasalah.. dia mengandung. Penat la tu sebab tu rehat je.." Hazmi mengangguk sahaja.

"Ni, Haz dari mana ni?" Tanya Encik Halim yang hanya diam dari tadi. Hazmi senyum pada Encik Halim.

"Haz dari rumah Haz.. ingat nak pergi rumah keluarga Haz tapi Haz lupa mama dan papa beraya rumah kawan dia dulu.. jadi, Haz datang sini jap lah alang-alang sehaluan dengan rumah Farid.."

Encik Halim mengangguk. "Haz dah ada rumah sendiri?"

"Ya pakcik.. Haz dah ada rumah sendiri." Terbeliak mata Encik Halim.

"Wahh baguslah muda-muda dah ada rumah sendiri.. satu pencapaian tu.."

Hazmi tergelak. "Ya.. tapi hutang tak habis lagi tu.. ada beberapa tahun lagi kena bayar." Encik Halim senyum.

"Tak apa. Satu pencapaian juga tu.."

"Kalau abah nak tahu, Haz ni bekerja keras orangnya.. waktu dia muda dulu, 24 jam bekerja untuk beli kereta, tanah dan rumah.. sehingga dia tu dikejar ke hospital sebab tak cukup air dalam badan.."

Terbeliak mata Encik Halim. "Iye? Kerja tu kerja juga Haz.. kesihatan jangan lupa.. Haz muda lagi, kesihatan kena utamakan.."

Hazmi sengih tatkala dileteri Encik Halim. Dia pernah pengsan di tempat kerja kerana bekerja terlalu keras.

Dulu dia masih bawahan, jadi dia harus perah tenaga untuk menjadi pekerja terbaik agar dia naik pangkat. Dan sekarang, dia merupakan manager di tempat kerjanya.

Sesuai la dengan usaha dia selama ini..

"Ya pakcik.. dulu je Haz kerja keras sampai pengsan.. sekarang Haz buat kerja sedang-sedang je.."

"Tipu. Dia kerja terlalu keras sekarang, abah. Abah tolong la nasihatkan dia ni sikit. Penat achik nak marah dia.."

Encik Halim tergelak. "Tak apa lah.. tenaga Haz kuat lagi.. baru umur 28 kan? Kerja la dulu.. nanti dah masuk 35 ke atas, badan makin penat dan lesu.. susah nak bekerja keras.."

Farid menjeling Encik Halim. "Nak mengata abanglong la tu?" Encik Halim mengekek ketawa. Hazmi senyum melihat betapa bahagianya keluarga Farid.

"Ehh. Pakcik lupa nak jemput Haz makan. Jom la makan ketupat rendang dengan nasi minyak.. ada atas meja tu.. pakcik bawakan dari rumah tadi.."

Hazmi senyum. "Tapi pakcik--"

"Tak ada tapi-tapi.. Haz datang dari jauh ni.. tak tergamak la pakcik nak hidang kuih je pada Haz.. jom jom makan.." ujar Encik Halim lalu dia bangun dari duduknya.

Farid membantu bapanya bangun dari sofa. Hazmi senyum. Nak taknak, dia kena jamah juga la makanan.. dah kalau Encik Halim berusaha bangun demi dia, terpaksa juga la dia pergi.

"Amboi, sedap makan?" Tanya Farid pada adiknya yang elok sahaja mengunyah ketupat di dapur. Terbeliak mata Hani. Dia bingkas bangun dari duduknya.

"Aaa abangchik dengan abah nak makan ke?" Farid menggeleng. "Tak lah.. nak jemput kawan abangchik ni makan.."

Mata Hani terkalih ke arah lelaki yang berdiri disisi abangnya. Hazmi senyum pada Hani manakala Hani terus menunduk.

"Err duduk la.. saya.. panaskan lauk kejap." Hani mengangkat lauk nasi minyak serta kuah satey untuk dipanaskan.

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now