🧚‍♂️HAYYAN LOVE CONTRACT🧚‍♂️ - BLURB

1.9K 77 12
                                    



Kontrak.

Sebut je tentang kontrak, pasti ramai terfikir bahawa kontrak ni hanya melibatkan pekerjaan sahaja kan? Tapi siapa sangka dalam kehidupan sekarang, terdapat juga kontrak berkenaan perkahwinan dan percintaan?

Mungkin bagi orang ia pelik, namun bagi masyarakat kini itu perkara biasa.

Begitu juga dengan kisah Hayyan Al-Haq yang tidak mempercayai cinta selepas bekas isterinya membuat onar dibelakangnya.

Siapa saja yang tak sakit hati apabila sang suami bekerja keras demi menampung harian si isteri tapi si isteri pula boleh pula bersenang hati dengan lelaki lain di belakang Hayyan?

Perkahwinan itu berakhir kerana pihak ketiga. Jika pergaduhan hanya melibatkan dua pihak, perkahwinan masih boleh diselamatkan.

Tapi jika terlibat pihak ketiga? Maka, ucapkan selamat tinggal sahajalah dengan hubungan yang hancur itu.

Curang adalah punca kehancuran.

Hampir setahun mereka bercerai, namun Hayyan masih lagi tidak mampu melupakan bekas isterinya. Sehinggalah satu masa, dia menerima kad undangan hari jadi dari bekas isteri.

Namun Hayyan sedikit tergugat apabila terpancar wajah bahagia bekas isterinya bersama kekasih gelap didalam kad itu.

Dengan itu, dia harus cari cara untuk berlawan dengan bekas isterinya agar perempuan itu tahu bahawa dia juga mempunyai kekasih lain.

Hanya ada seorang sahaja yang berada didalam kepalanya sewaktu dia sedang ligat berfikir cara..

"Nawra suka duda.." -Nawra Inara-

Ya. Dia rapat dengan gadis nakal yang berumur 22 tahun itu. Dia rapat dengan gadis itu kerana gadis itu merupakan adik kawan baiknya, Naeem Ilham.

Tetapi dia lupa satu perkara bahawa.. agak sukar untuk dia mendekati gadis itu kerana.. abang sulong gadis itu merupakan musuh ketatnya.

"Along tak gemar Nawra rapat dengan dia.. dari dulu lagi along tak benarkan Nawra berkawan dengan dia. Jangan sesekali rapat dengan dia kalau Nawra sayangkan along." -Nadzir Irfan.-

Kusut. Itu yang melanda Hayyan. Dia amat baik dengan Naeem dan Nawra namun Nadzir? Bagai anjing dan kucing.

Ada sahajalah pergaduhan yang tercetus tatkala dua jejaka ini bertentang mata.

Tapi.. ni Nawra lah.. kan dah kata Nawra suka duda tadi kan? Pandai-pandai la dia atur strategi untuk menjalankan rancangan Hayyan. Dan ya, Naeem menjadi orang tengah.

Fikir Hayyan, perkara itu akan selesai disitu sahaja, namun Hayyan menghadapi satu masalah apabila Serena telah mencabarnya dengan cabaran yang agak susah baginya.

Dan.. dia memerlukan Nawra untuk meneruskan rancangan ini. Dengan itu, dia harus melakukan sesuatu agar rancangannya tidak ketahuan.

"Kontrak perkahwinan?" -Nawra Inara-

"Yes. Perkahwinan kita ada syarat. Jangan fikir perkahwinan kita ni seperti perkahwinan orang lain." -Hayyan Al-Haq-

Terkejut? Semestinya.. fikirnya dalam dunia kerja je ada kontrak, rupa-rupanya dalam perkahwinan pun ada..

Tipu la jika dalam perkahwinan, tiada cinta kan? Pasti ada salah seorang yang jatuh cinta terlebih dahulu..

Duduk sebumbung.. menghadap muka yang sama.. bertentang mata antara satu sama lain.. pasti ada hati yang berbunga-bunga.

Namun.. rasa cinta itu menyiksakan tatkala hanya satu pihak sahaja yang beria dalam percintaan.

"Sekarang hati Nawra masih menjadi milik abang.. walaupun Nawra tahu mustahil hati abang akan jadi milik Nawra.." -Nawra Inara-

"Abang bukan milik Nawra.." -Nawra Inara-

Between the contract and the heart, i prefer the heart..

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now