Dalam kehidupan ada pilihan. Sama ada pilihan itu merupakan pilihan yang tepat, atau sebaliknya.Sama ada ia pilihan yang sukar atau mudah. Semua akan menghadapinya walaupun kita tidak mahu ia terjadi.
Begitu juga yang terjadi kepada seorang gadis yang bernama Hani Khalila dimana dia harus memilih sama ada ingin melanjutkan pembelajarannya atau menjaga bapanya yang sakit dirumah.
Dia bijak dalam pembelajaran, namun keadaan tidak mengizinkan sehingga dia hanya melanjutkan pembelajaran sehingga spm sahaja.
Baginya itu semua takdir. Kerana di antara bapanya dan kerjaya, dia lebih memilih untuk menjaga bapanya untuk membalas budi bapanya yang menjaganya dari kecil sehingga dia berumur 23 tahun.
Disebabkan hampir bertahun-tahun dia hanya berkurung didalam rumah untuk menjaga bapanya yang sakit, dia jarang bertemu orang luar. Bertentang mata pun malu, apatah lagi ingin berbicara.
Sehinggalah satu ketika, dia bertemu seorang jejaka yang muncul di pintu rumah abangnya. Dan ia membuatkan nafasnya mula tidak teratur dan dia gelabah dalam berbicara.
"Aa..ada.. awak err maksud saya, encik ni kawan abangchik ehh- maksud saya, kawan abang saya ke?" -Hani Khalila-
Setiap masa dia akan tergagap begitu sehingga dia marah akan dirinya dan menganggap bahawa dirinya tiada keyakinan diri dan lemah dalam setiap hal.
Namun lain pula yang difikir jejaka ini tatkala melihat sikap malu-malu gadis itu.
"Awak ni comel.. lain dari yang lain. Sifat malu awak membuat saya tertarik." -Hazmi Haqeem-
Orang kata pertemuan pertama adalah kebetulan. Namun jika mereka bertemu berulang kali, apakah ada maksud yang tersirat?
Awalnya Hani fikir Hazmi hanya main-main dalam hubungan mereka namun salah telahannya apabila melihat Hazmi begitu bersungguh-sungguh sehingga jejaka itu memberanikan diri bertemu dengan bapa dan ketiga-tiga abangnya.
Tipulah jika dalam kehidupan tiada cabaran kan? Jika ahli keluarga Hani menerima Hazmi, apa pula pandangan dari keluarga Hazmi yang datang dari keturunan orang kaya dan bekerjaya itu?
Adakah.. mereka boleh menerima Hani yang serba kekurangan ini?
Hazmi tidak tahu. Yang pasti, dia tetap juga inginkan Hani Khalila dalam hidupnya.
Hazmi merupakan introvert. Namun entah mengapa dia mudah selesa dengan Hani di awal perjumpaannya. Apakah maksud semua ini?
🐝You're so sweet like honey. If you're honey, i will be your bee.🐝
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...