HANNAN - BAB 1

1.4K 74 20
                                    


KEPANASAN di Kampung Bunga Mekar agak perit dinihari dan telah menyebabkan seorang jejaka yang berbadan tegap berpeluh dan berkeringat ke seluruh badannya sehingga lekuk badannya kelihatan disebalik tshirt putihnya.

Dia mengesat peluh didahinya lalu kembali mencangkul tanah yang kering kontang itu.

Dia masih lagi mencari cacing untuk dijadikan sebagai umpan memancing walaupun ia agak sukar.

Mana taknya, matahari betul-betul tegak di atas kepala. Konfirm cacing mati dulu dalam tanah tu.. keadaan ini seperti kemarau pula kerana cuaca disini memang agak panas berbanding di kota sana.

"Ya Allah! Kenapa? Kenapaaa... kenapaaa!" Berkerut dahi jejaka itu mendengar rintihan pilu dari seorang gadis yang sedang melangkah longlai ke pondok kayu di tepi sawah itu.

Lelaki itu menggeleng lalu kembali mencangkul. Malas nak melayan.

Gadis itu menghempas kasar badannya ke atas pondok kayu itu lalu menghentak kakinya.

"Huwaaa!! Kenapa tak terima aku?! Aku nak kerja la nak kerja!" Jerit gadis itu lagi.

Lelaki tadi mengeluh. Diseluk tangan ke dalam poket seluarnya lalu diambil dua kapas kemudian dipakaikan ke telinganya.

Dah biasa dengan rengekan budak tak sememeh tu..

"Abiy! Dengar takk rintihan hati anje ni???" Tanya gadis itu apabila lelaki itu endahkannya. Dia memuncung sahaja apabila kelihatan lelaki itu fokus dengan kerjanya sendiri. Gadis itu mendengus.

Dia bangun dari baringnya lalu melangkah menghampiri Hannan. Ditampar kuat belakang badan lelaki itu.

"Aduh! Kau dah kenapa Hanim?! Sakit lah!" Marah Hannan seraya mengusap belakang badannya.

Pedih jugak tamparan si budak Hanim ni.. nampak kecik je tangan tu..

Hanim menjulingkan matanya. Ditiup kejap tudung bawalnya agar awning kekal on point.

"Kau la! Buat tak tahu je dekat aku. Dah nampak aku sedih tadi kan? Kenapa kau buat tak endah ha? Ish! Siap pakai kapas pulak tu!"

Hanim menanggalkan kasar kedua kapas tadi dari telinga Hannan.

Menyeringai Hannan dibuatnya. Dia berdesis sambil menggosok telinganya.

"Aku dah biasa la dengar kau merengek macam bayi nak susu tu. Memang hari-hari pun kau meroyan bila kau tak dapat kerja kan? Aku dah sebati dengan pe'el kau ni.."

Hannan dan Hanim merupakan jiran. Ibubapa mereka sangat rapat bagaikan adik-beradik. Dan semestinyalah mereka juga rapat sehingga sekarang.

Perbezaan umur mereka adalah tiga tahun. Hannan lebih tua 3 tahun dari Hanim. Puan Azira, ibu kepada Hanim seringkali menyuruh Hanim memanggil Hannan dengan sebutan 'abang'.

Tapi Hanim hanya endahkan sahaja. Excuse me? Dia geli okay.. dia tak suka panggil orang lain dengan gelaran abang kecuali abangnya sendiri..

Dia mempunyai seorang abang yang sama umur dengan Hannan. Iaitu Haziq. Namun Hanim lebih rapat dengan Hannan berbanding Haziq..

Pelik tapi benar.. Haziq seorang yang tegas sikit.. dia sporting tapi tegas. Kerana apa? Kerana si adik tu nakal.. haruslah dia tegas..

Hanim memuncung sahaja mendengar perkataan yang terbit dari mulut Hannan. Dia berdecit lalu tangan halusnya diangkat ingin menampar Hannan.

"Haa tampar aa. Aku beritahu abang kau yang kau sentuh aku sesuka hati. Aci redah je dia ni.. tak tahu halal haram ke apa?" Hanim berdecit. Ditarik balik tangannya.

EBOOK BY TYRASTORY_Where stories live. Discover now