HANIM menayangkan riak cemberut dihadapan Hannan yang sedang seronok memancing ikan di tepi sungai.Hannan perasan akan wajah sugul Hanim namun dia hanya endahkan sahaja. Dia tahu si budak tu sibuk nak attention dari dia..
Maklum lah, Hanim tu manja sikit dengan dia. Naik menyampah pulak si Hannan dibuatnya muahahhaha.
"Ikan oo ikan kenapa kau tak timbul-timbul? Macam mana aku nak timbul, Hanim busuk sangat.. Hanim busuk sangat.." nyanyi Hannan perlahan. Hanim berdecit. Benci betul!
"Apa ni kata orang busuk?! Dia tu yang busuk duk mandi peluh tapi mengata orang pula.."
termuncung-muncung bibir itu memarahi jirannya itu.Hannan hanya senyum sahaja mendengar itu. Diambil cacing lalu diletakkan ke mata kail. Entah kemana ikan-ikan ni pergi. Dari tadi lagi tak muncul.
Hanim perhatikan sahaja Hannan. Dari awal sehingga akhir dia memerhati tingkah Hannan.
"Kau ni.. semua benda pandai.." gumam Hanim seraya menampar tangannya yang menjadi mangsa gigitan nyamuk.
Shibal betul. Pergi gigit orang lain sana!
"Asal? Cemburu dengan aku?" Tanya Hannan dengan senyuman senget. Hanim memutarkan biji matanya.
"Ohh please! Jangan nak perasan sangat boleh tak?"
Hannan menggeleng. "Kau pergi masuk sana. Panas terik ni. Kang demam, aku juga yang kena jaga karang.."
Hanim sengih. Betul la tu muahahha. Biasanya kalau orang lain, jika diorang sakit, mesti ahli keluarga yang akan jaga kan? Tapi Hanim ni berbeza ya..
Waktu dia sakit, dia akan terlebih manja dengan Hannan. Dia selalu memanggil nama Hannan untuk menjaganya.
Pening kepala Puan Azira dan Encik Hasan dengan perangai anak dara mereka itu.
Nasib baik Hannan sekeluarga memang rapat dengan mereka. Terpaksa la Hannan menjaga Hanim siang dan malam sewaktu demam sehingga dia harus mengambil cuti dari kerjanya.
Cop. Bukan berduaan ye. Biasanya si Hanim tu merengek nak berbaring diruang tamu waktu demam.
Jadi, Hannan akan menjaganya disitu. Lagi pula Puan Azira sentiasa berada dirumah. Jadi tiada istilah duduk berduaan la..
"Aku taknak balikk.. nanti kalau aku balik, ibu tahu yang aku tak dapat kerja, mesti ibu leter lagi. Aku dah bosan dengar ibu membebel."
Hannan gelak kecil mendengar itu. Dia menoleh ke arah Hanim yang sedang duduk bersila sambil bermain batu-batu kecil ditepi sungai.
"Kotor la nanti seluar tu.." tegur Hannan perlahan lalu mengambil tuala kecilnya kemudian diberikan kepada Hanim.
Hanim memuncung. Diambil juga tuala itu lalu dilapik dibawah punggungnya.
Hannan memang seorang yang menyakitkan hati. Namun jejaka itu seorang yang gentleman.
Selalu menjaga Hanim dengan baik.. dia akan jaga kebersihan serta kesihatan gadis itu.
Hanim mengeluh. "Aku nak kahwin la Hannan.." gumam Hanim lagi. Hannan menggeleng. "Kenapa kau gatal sangat nak kahwin ni Hanim? Sebelum ni takde pula kau miang macam ni."
"Tah. Aku kurang kasih sayang.. abang aku selalu kerja pagi, balik malam. Langsung tak sempat jumpa aku. Abah pula pagi-pagi buta dah keluar menoreh. Lepas isyak terus tidur.."
Berkerut dahi Hannan. "Ibu? Ibu ada kan?"
Hanim menguis tanah dengan jarinya. "Ibu selalu membebel.. sakit kepala aku tau? Ibu kasar la.. aku nak menempel sikit je, konfirm ibu akan tolak lepas tu membebel lagi.."
Puan Azira memang seorang yang agak kasar. Dia tidak suka disentuh atau menyentuh. Dia cepat berpeluh.
Mungkin bagi orang lain dia seorang yang garang kerana suara nyaringnya. Namun Puan Azira baik orangnya.
Cuma.. biasalah.. dah keturunan macam tu. Tu belum jumpa nenek si Hanim lagi. Konfirm bergegar rumah dengan suara bingit mereka berdua.
Hannan hanya gelak sahaja mendengar itu. Hanim menoleh ke arah Hannan lalu tangan menarik-narik baju tshirt Hannan.
"Jom aaa Hannan kahwin dengan aku.. kau je yang selalu spend time dengan aku.. kau je yang selalu jaga aku masa aku memerlukan seseorang.. cepatlah Nan.. kahwin la jom.."
Hannan mengeluh. Diangkat jorannya lalu diletak ditepinya. Takde mood nak memancing kalau si budak tepi dia ni asyik merengek tak tentu hala.
Hannan membetulkan kedudukannya lalu menghadap gadis itu.
"Hanim.." Hanim menjungkit kening sahaja. Hannan merenung wajah bersih jirannya itu. "Kau cantik.. apa kata, kau cari orang lain je? Jangan pilih aku.. nanti kau hidup susah.."
ujar Hannan seraya menyapu daun diatas kepala Hanim.
Hanim memuncung. "Taknak.. aku taknak cari orang lain. Aku takut nak berkenalan dengan mana-mana lelaki.. aku cuma percaya kau je Hannan. Kita dah lama kenal. Aku tahu sikap kau. Aku kenal kau macam mana.."
Hannan menggaru kening mendengar itu. "Cuba kau pergi ke kota sana. Kau akan bertemu lebih ramai lelaki yang lebih sempurna berbanding aku. Kau pilih aku sekarang sebab kau tiada pilihan. But trust me, selepas je kau pergi ke kota, aku akan jadi pilihan buat kau. Mungkin kau akan terus buang aku dari pilihan kau nanti."
Hanim mengerdip mata lambat mendengar itu. Dia mengeluh sahaja. "Abiyy... aku nak kau.." Hannan memutarkan biji mata.
Ni yang dia benci ni. Setiap kali dia serius, mesti si Hanim tu akan buat main-main macam sekarang.
"Anje pergi bandar okay? Pergi jumpa dan blind date dengan mereka untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut.. okay anjenk?" Tanya Hannan dengan sengihan mengejek.
Hanim berdecit lalu menepuk kuat lengan Hannan. "Ish! Benci betul la aku dengan kau ni!" Hannan hanya gelak sahaja.
"Hanim! Balik! Dah senja ni!" Jerit Puan Azira dari rumahnya. Rumah mereka memang dekat dengan sungai. Berjalan kaki 2 minit je terus sampai.
Terbeliak mata Hanim mendengar jeritan ibunya. Dia terus menggoncangkan tangan Hannan.
"Hannan please please.. kau ikut aku balik sekali? Kalau kau ikut, ibu aku takkan bebel pada aku. Jom aa Hannan jom aaa.." rayu Hanim dengan bibir tersebik.
Hannan berdecit. "Malas ah aku. Aku nak balik rumah aku. Tak kuasa aku nak masuk campur urusan kau sekeluarga." Ujar Hannan selamba.
Tangan mengambil segala peralatan memancingnya.
Hanim memuncung. "Sampai hati.. tak sayang aku la tu.." Hannan hanya buat tak endah. Hanim tu memang suka buat dia menyampah kadang-kadang HAHAHHA.
Hanim terus bangun lalu berpeluk tubuh dihadapan Hannan. "Fine! Aku taknak kawan dengan kau! Kita putus! Hmph!"
Marah Hanim lalu melangkah ke rumahnya dengan langkah protes.
Hannan menggeleng. "Ye ye la tu... esok cari aku jugak.." gumam Hannan perlahan.
"Ibu! Takyah kawan dengan Hannan! Dia tak sayang Hanim!" Jerit Hanim dari jauh. Habis berterbangan burung-burung diawangan dek jeritan Hanim.
Hannan tergelak. "Aih.. kalau la kau tahu yang aku lebih sayang kau dari diri aku sendiri, Hanim.." gumam Hannan dengan mata masih memandang langkah protes Hanim.
YOU ARE READING
EBOOK BY TYRASTORY_
RomanceEBOOK TYRASTORY✨ 1) Crazy Aralyn In Love🧚♂️ 2) Playboy Obsession🧚♂️ 3) Poison Love🧚♂️ 4) Mr Zafran🧚♂️ 5) Hannan For Hanim🧚♂️ 6) Fire Of My Heart🧚♂️ 7) Addicted Of Love : Zayeed🧚♂️ 8) Hayyan Love Contract🧚♂️ 9) Sweety Honey🧚🏻 10) T...